Renungkan
telah sering kita dengari
ayat-ayat suci firman Ilahi;
i.
demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian
masa tak pernah memandang ke belakang
jauh sekali mempeduli
apa yang kita himpunkan
untuk dipersembah di hadapan-Nya.
ii.
telah diutuskan kekasih-Nya
contoh teladan terbaik
pembawa kebenaran
yang mewariskan
al-quran dan as- sunnah.
iii.
telah diingatkan
iblis dan syaitan musuh yang nyata
mohon berlindung dari dakyah mereka
diberi pelindungan oleh-Nya
dari tipu daya dunia.
iv.
beruntunglah mereka yang bersabar
bersyukur atas kurniaan Yang Esa
dalam susah dalam senang
tiada berubah ingatan kepada-Nya
menjunjung titah perintah tanpa gagal.
Ya Allah
Engkau kurniakan kepada kami
hati yang tidak dibolak balik
hati yang bersyukur kepada-Mu
hati yang sentiasa mengingati-Mu
kerana hanya Engkau Ya Allah tempat kami meminta.
CNM, 29/5/12, 6.38pm
THMK
No comments:
Post a Comment