Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

10 May, 2014

Pertanyaan 29


Pertanyaan 29

Seteruk mana perbuatan
sekejam mana tindakan
sebelum tahu
duduk berdiri hal berlaku
usah jatuhkan hukum.

Kautahu apa sebenarnya terjadi?

CNM, 3/2/14

Berpeluh

Berpeluh

Hari tu kena saman
pecut mengejar soalat Jumaat
biar kena hukuman dunia
bukan hukuman akhirat
tak tertanggung.

Malam tadi kena lagi
naik motor tak pakai 'helmet'
pi surau je pun
tapi kertas saman tak jumpa
kucuba ingat betul-betul bila?

Ah! Lega hanya mimpi ....

CNM, 1/2/14

Kecurian


Kecurian

Sesuatu yang tak ternilai
milikku telah kecurian
namun aku tidak pernah sesal
rasa teramat syukur
atas takdir ditentukan
maha suci-Mu ya Allah
yang terbaik Engkau kurniakan
untuk sekeping hati yang dicuri
dilimpahkan selaut kasih sayang.

CNM, 1/2/14, FTS

21 Tahun

21 Tahun

Terima kasih
atas kasih sayangmu
jadi suri hati
mudahan ada jodoh
ditakdir hingga akhir nanti.

CNM, 31/1/93-31/1/14

Tragis Kejiranan


Tragis Kejiranan

Masih segar
terpapar pada layar
senyuman dia
tatkala bertembung
sekitar kejiranan.

Padaku
dia bapa yang baik
sering solat jemaah
suka berkebun
baik dengan anak-anak.

Entah apa berlaku
apa yang merasuk diri
tragis telah terjadi
anak sendiri jadi mangsa amuk
perkara di luar imaginasi.

CNM, 30/1/14

Ingat Asalmu



Ingat Asalmu

Dia
dari perdu ke perdu
dikerumun agas
bersedekah darah
demi sesuap nasi

Dia
tidak pernah lelah
menjajat pohon ke pohon
berpencak dengan pacat
demi kertas ringgit

Dia orang tuamu.

CNM, 30/1/14

PunCAK BROga



PunCAK BROga

Sekian lama kuidam
menakluki bumbungmu
dari kkabaran media
dari cerita khalayak
indah panaroma
mentari muncul 
menyuluh serata alam
menggamit aku menapak
memijak puncakmu

Syukur dengan izin-Nya
aku tiba menyaksi agungnya ciptaan.

CNM, 30/1/14

Terhumban

Terhumban

Aku tak sepertimu
disayangi
dikasihi.

Aku terhumban
kerana rupa
kerana tiada lagi seri warna.

Aku tak pernah menyakiti
dibuang tanpa simpati.

CNM, 26/1/14

Terindah



Terindah 

Maha Suci-Mu 
setiap satu yang tercipta
tiada tolok banding
terindah
Subhanallah.

CNM, 26/1/14

Kembang Kecut

Kembang Kecut

Dulu panas
sekarang dingin
kembang kecut
kembang kecut.

Terlerai
terbarai
terburai
berkecai.

CNM, 25/1/14

Pertanyaan 28


Pertanyaan 28

Kerajaan lancar kempen jimat cermat
rakyat diminta belanja secara berhemat
memang baik bunyinya.

Aku cadangkan;
mesyuarat kabinet
mesyuarat kerajaan negeri
menu jamuannya ubi kayu rebus.

Boleh?

CNM, 22/1/14

Kulat Pusu




Kulat Pusu

Orang sini panggil cendawan
orang kampung aku panggil kulat pusu
rezeki muncul dari tanah
tanda kekuasaan Allah
Subhanallah.

CNM, 20/1/14

Hidup Sekali

Hidup Sekali

Kutahu
tempat menumpang berdiri
hanya pada batang reput
namun
tak kupeduli
hidup ini hanya sekali
inginku menyeri
jadi hiasan walau dipandang sepi.

CNM, 19/1/14, BBBangi.

Anugerah




Anugerah

Aku
dianugerah
seorang anak istimewa
reda dengan kurniaan
syukur kepada-Mu ya Allah

dia
dianugerah
dua anak istimewa
reda membesarkan dalam payah
moga dipermudah.

CNM, 18/1/14, Bdr Hilir.

Dulu Ceritanya


Dulu Ceritanya

Dulu,
mak ayah hormat cikgu
serah anak dengan suci kalbu
pada guru diletak harapan padu
ajarkan anak tulis baca jadi manusia berilmu

Dulu,
anak-anak sanjung cikgu
dari jauh dah tersipu malu
menyisih bila lihat kelibat guru
bila berselisih mohon tumpang lalu.

Dulu
ibu bapa sangat membantu
bila sukan sekolah berduyun menyerbu
meriah acara ringan beban guru
sama-sama pasti anak maju.

Dulu
cikgu kerja boleh kata separuh hari
kini dari pagi sampai dinihari
semua sistem guna ICT
maklumat nak ada di hujung jari.

Dulu
cikgu dibekalkan rotan
anak-anak gerun nak melawan
kini usahkan rotan
jeling pun jadi kesalahan.

Dulu
cikgu ramai yang garang
pastikan murid jadi orang
kini semuanya hanya dikenang
salah cakap boleh diserang.

Dulu situasi memihak cikgu
kini banyak hal disalahkan guru
murid tak datang salah cikgu
murid meragam berpunca guru
itulah hakikat yang menyembilu.

Duhai sahabatku
bertabahlah hadapi semua itu
perbanyakkan doa pada Yang Satu
mudahan dipermudah menyampai ilmu
jagailah nama keramat CIKGU.

CNM, 17/1/14, Bdr Hilir.

Pertanyaan 27

Pertanyaan 27

Selawat dan salam kepadanya
tanda rindu dan mengingati
andai dia adalah tetamu
datang memberi salam
tegakah menyambutnya;
dengan paparan majalah di kaki meja ruang tamu,
dengan susunan 'vcd' di sebelah 'tv',
dengan hiasan dalaman,
yang bukan sunnahnya?

CNM, 17/1/14

Pertanyaan 26

Pertanyaan 26

Zaman IT,
nak makan "update"
beli barang baru "update"
berbini berlaki baru "update"
semua kita nak kongsi
mari renungi
mungkin ada insan yang luka hatinya.

Sedarkah kita?

CNM, 17/1/14

Pertanyaan 25

Pertanyaan 25

Hebat bergaya
jam berjenama
harga juta-juta
demi masa
manusia terleka.

Buat apa jam mahal kalau tak tepati masa?

CNM, 15/1/14

Denggi

Denggi

Semakin menjadi
bilangan kes mati meninggi
awasi!
dia tukar strategi
pelepah pisang tempat bersembunyi
tin kosong tayar buruk tak kelas lagi.

Mari perangi aedes.

CNM, 15/1/14

Pertanyaan 24: Lewat

Pertanyaan 24: Lewat

Pi sekolah lewat kena denda
pi kerja lewat bos menyinga
pi jumpa marka lewat kena beli bunga
macam-macam kerenah manusia.

Tuhan maha pengasih dan penyayang.

Kalau pi solat jemaah terlewat, ada Allah potong 27 ganjaran-Nya?

CNM, 14/1/14

Pertanyaan 23: Tanggung+Jawab

Pertanyaan 23: Tanggung+Jawab

Kita diamanahkan;
diri sendiri,
anak isteri,
keluarga tercinta,
tugasan dalam kerjaya
amalan yang dikerjakan.

Semua kena tanggung
dan akan dipersoalkan.

Dah bersedia nak menjawab?

CNM, 14/1/14

Pertanyaan 22

Pertanyaan 22

dari kosong dada
setelah celik mata
dikurniakan-Nya minda
ada mata telinga
ada kudrat perkasa
dapat menghela udara
semua percuma.

Mahu apa lagi kamu untuk taat kepada-Nya?

CNM, 12/1/14

Ufuk sini

Ufuk sini

Di ufuk sini
aku berdiri memandang
menyaksi dia pergi
sebelum malam mengganti
sepi ...

Di ufuk sini
aku berdoa sendiri
moga dia kembali
hadir menerangi
dan mengusir sepi ...

CNM, 11/1/14

Pertanyaan 21

Pertanyaan 21

Aku kata;
"ini adalah cadangan,
aku tak kata itu
arahan".

Tak boleh beza arahan dengan cadangan?

CNM, 9/1/14

Aduhai!

Aduhai!

Pernah?
Kristal jernih
berkaca tertakung di kelopak mata
atas perilaku
yang menghiris kalbunya.

Pernah!
Titis jernih
menitis membasahi dada
atas tingkah
yang merobek jiwanya.

Ampun!
Syurga di telapak kakinya.

CNM, 9/1/14, BBBangi.

~Monolog Penyaman Udara~


"Huh!
nak cuci malas
apa lagi nak 'servis'
kedekut nak mampus
jangan kasi aku panas
nanti kamu yang berkipas"

~Monolog Penyaman Udara~

CNM, 7/1/14

Pertanyaan 20


Pertanyaan 20

Matahari berbahang
bara menghangat
unggun api marak membakar.

Kenapa?
masih ada yang tak ingin berteduh,
masih ada yang mengheret kaki ke dalam api ...

CNM, 6/1/14, BBBangi.

Walau


Walau

Tubuh
membawa air
jika kulit terluka
darah yang mengalir.

Hati
ketulan darah
jika hati terluka
air mata yang mengalir.

Subhanallah
maha agung ciptaan-Mu.

CNM, 6/1/14, BBBangi

Silih Berganti



Silih Berganti

Hujan
kilat memancar debar
petir memekik garau

Panas
mentari meludah bahang
bumi merekah berbara

Siang
malam
silih berganti
menuju nokhtah.

CNM, 6/1/14, BBBangi.

40-an



40-an

Katanya usia matang
lebih rasional buat keputusan
stabil dalam kehidupan
jiwa tenang
seimbang.

Dilupa jangan
40-an penyakit bertandang
lemah jantung biasa kedengaran
darah tinggi mula pasang
sakit sendi kelihatan.

40-an
buat pemeriksaan
elak yang memudaratkan
bersedia masuk fasa akhiran
sebelum dijemput pulang.

CNM, 6/1/14, BBBangi.