Laut Kasih 212
malamku dan malammu
menyatu dalam mimpi syahdu
deburan ombak laut kasih yang bertalu
memecah kesunyian alam bawah sedarku
tersentap lamunanku menerawang di awan biru
bertemankan pelangi cinta biasan cahaya kasih sayangmu...
CNM, 25/9/12, 10.15pm
THMK
Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya. Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya. Tiada sempadan tiada rahsia. Semua insan diundang membaca.
Followers: TQ
Carian Dalam Laman ini
Group Facebook Tinta Hati Menitip Kata
29 September, 2012
jangan gelak
jangan gelak
sayang!
sepanjang pemergian abang
sayang tolong tengok-tengok kebun abang
tolong petik buah yang dah masak...
abang!
bila masa abang buat kebun?
sayang, tak pernah tengok abang berkebun
sayang!
kebun abang dalam muka buku
tu hah! dalam laptop tu...
CNM
sayang!
sepanjang pemergian abang
sayang tolong tengok-tengok kebun abang
tolong petik buah yang dah masak...
abang!
bila masa abang buat kebun?
sayang, tak pernah tengok abang berkebun
sayang!
kebun abang dalam muka buku
tu hah! dalam laptop tu...
CNM
Semak Meninggi
Semak Meninggi
jika semak mula meninggi
menutupi mata akalmu
pergilah bercuti...
jika semak telah meninggi
menakluki dada hatimu
pergila jumpa pakar psikiatri...
semak akan jadi hutan andai tak diperduli.
CNM
jika semak mula meninggi
menutupi mata akalmu
pergilah bercuti...
jika semak telah meninggi
menakluki dada hatimu
pergila jumpa pakar psikiatri...
semak akan jadi hutan andai tak diperduli.
CNM
Dalam semak waktu
Dalam semak waktu
hidup makin bercelaru
diburu dan memburu
haru biru
langkah tak menentu
fikiran membeku
bicara bisu
akal tepu
hu hu hu...
CNM
hidup makin bercelaru
diburu dan memburu
haru biru
langkah tak menentu
fikiran membeku
bicara bisu
akal tepu
hu hu hu...
CNM
Buat-buat
Buat-buat
Ramai orang melihat
tentang bukti kebenaran
cuma buat-buat tak melihat
kerana ada muslihat...
Banyak orang mendengar
tentang tanda kebenaran
cuma buat-buat tak mendengar
kerana ada onar...
CNM
Ramai orang melihat
tentang bukti kebenaran
cuma buat-buat tak melihat
kerana ada muslihat...
Banyak orang mendengar
tentang tanda kebenaran
cuma buat-buat tak mendengar
kerana ada onar...
CNM
Terima
Terima
terima hakikat
ketentuan dari-Nya
apa yang terjodoh untuk kita
dialah pelengkap kehidupan ini
perancangan Ilahi terbaik walaupun pahit...
bimbing dia
kala kamu merintih dia jadi penenangnya
tika kamu tersisih dia jadi penemannya
saat kamu tersenyum bangga dia jadi penyerinya
terima seadanya...
CNM
terima hakikat
ketentuan dari-Nya
apa yang terjodoh untuk kita
dialah pelengkap kehidupan ini
perancangan Ilahi terbaik walaupun pahit...
bimbing dia
kala kamu merintih dia jadi penenangnya
tika kamu tersisih dia jadi penemannya
saat kamu tersenyum bangga dia jadi penyerinya
terima seadanya...
CNM
Laut Kasih 211
Laut Kasih 211
kerananya keasyikan laut kasih ini
pernahkan kita ketemu sebelum di sini
seakan beribu tahu telah mengenali
berpadu memegang janji
mudahan ke akhir nanti.
kerananya kenikmatan laut kasih ini
aku percaya kita ditakdirkan ada di sini
saling mengenali saling menyayangi
memadu kasih sejati
anugerah Ilahi.
mudahan kita ditakdirkan bersama ke firdausi.
CNM, 24/9/12, 10.46pm
THMK
kerananya keasyikan laut kasih ini
pernahkan kita ketemu sebelum di sini
seakan beribu tahu telah mengenali
berpadu memegang janji
mudahan ke akhir nanti.
kerananya kenikmatan laut kasih ini
aku percaya kita ditakdirkan ada di sini
saling mengenali saling menyayangi
memadu kasih sejati
anugerah Ilahi.
mudahan kita ditakdirkan bersama ke firdausi.
CNM, 24/9/12, 10.46pm
THMK
Tak Perlu Menunggu
Tak Perlu Menunggu
kerana janji-Nya
tak mungkin didustakan
tak perlu menunggu
rerambut memutih
untuk memohon keampunan
kerana yang muda belia
juga dijemput kembali
tanpa disangka-sangka...
CNM
kerana janji-Nya
tak mungkin didustakan
tak perlu menunggu
rerambut memutih
untuk memohon keampunan
kerana yang muda belia
juga dijemput kembali
tanpa disangka-sangka...
CNM
Di dalamnya ada
Di dalamnya ada
Di dalam senyuman itu
aku lihat ada garis-garis syukur
yang terpancar pada sinar matamu.
Di dalam tangisan itu
aku mendengar ada suara keinsafan
yang teresak sendu pada suara sesalanmu.
CNM
Di dalam senyuman itu
aku lihat ada garis-garis syukur
yang terpancar pada sinar matamu.
Di dalam tangisan itu
aku mendengar ada suara keinsafan
yang teresak sendu pada suara sesalanmu.
CNM
Tahu
Tahu
Kautahu akutahu
tahu sama tahu
aku tak tahu apa yang kamu tahu
kamu tak tahu apa yang aku tahu
mahu kamu tahu apa yang aku tahu?
hah! tak mahu tahu
bagus! jangan ambil tahu
mahu beritahu apa yang kamu tahu?
hah! tak apa aku tak nak tahu.
Tapi jangan buat-buat tahu
kalau tak tahu
cakap tak tahu
senang aku tahu
senang nak memberi tahu
apa-apa yang kamu tak tahu
dan kalau aku tak tahu
aku tanya orang tahu
sebelum memberi tahu
apa yang telah aku tahu
supaya kamu jadi tahu.
Kamu tahu
apa yang aku beri tahu?
kalau tak tahu
kamu tanya yang tahu
supaya aku tak perlu memberi tahu
perkara yang kamu tak tahu
setelah aku memberi tahu
kamu tetap tak tahu
aku pun tak tahu
apa lagi yang kamu tak tahu
aku rasa kamu pun tak tahu
apa yang kamu tak tahu...
tahu?...
CNM
Kautahu akutahu
tahu sama tahu
aku tak tahu apa yang kamu tahu
kamu tak tahu apa yang aku tahu
mahu kamu tahu apa yang aku tahu?
hah! tak mahu tahu
bagus! jangan ambil tahu
mahu beritahu apa yang kamu tahu?
hah! tak apa aku tak nak tahu.
Tapi jangan buat-buat tahu
kalau tak tahu
cakap tak tahu
senang aku tahu
senang nak memberi tahu
apa-apa yang kamu tak tahu
dan kalau aku tak tahu
aku tanya orang tahu
sebelum memberi tahu
apa yang telah aku tahu
supaya kamu jadi tahu.
Kamu tahu
apa yang aku beri tahu?
kalau tak tahu
kamu tanya yang tahu
supaya aku tak perlu memberi tahu
perkara yang kamu tak tahu
setelah aku memberi tahu
kamu tetap tak tahu
aku pun tak tahu
apa lagi yang kamu tak tahu
aku rasa kamu pun tak tahu
apa yang kamu tak tahu...
tahu?...
CNM
Menyuara dengan bisu
Menyuara dengan bisu
aku bukan sesiapa
hanya penari jemari semu
punya suara kerdil
tapi mahu jua menyuara
walau bukan sepopular menteri perdana
walau bukan sehebat sasterawan negara
laman maya
jadi wadah membega jiwa
sekurangnya ada yang membaca...
CNM
aku bukan sesiapa
hanya penari jemari semu
punya suara kerdil
tapi mahu jua menyuara
walau bukan sepopular menteri perdana
walau bukan sehebat sasterawan negara
laman maya
jadi wadah membega jiwa
sekurangnya ada yang membaca...
CNM
Mampukah?
Mampukah?
di saat hati tersiat
dek mainan janji keparat
kamu memberi senyum yang paling berdarjat...
ketika dikhianati
dek manusia keji
kamu melafazkan kemaafan dengan seikhlas hati...
pabila dihina
dek insan durjana
kamu duduk menahan sabar dengan tenang jiwa...
hebat kamu andai mampu.
CNM
di saat hati tersiat
dek mainan janji keparat
kamu memberi senyum yang paling berdarjat...
ketika dikhianati
dek manusia keji
kamu melafazkan kemaafan dengan seikhlas hati...
pabila dihina
dek insan durjana
kamu duduk menahan sabar dengan tenang jiwa...
hebat kamu andai mampu.
CNM
Hari ini pergi, Esok menanti
Hari ini pergi, Esok menanti
senja melabuh tirai
telah pergi satu lagi hari ini
meninggalkan kita tak kembali
apakah ada senyuman
untuk menyambut hari esok yang menanti
andai masih ada yang terbuku di hati
segeralah lepaskan ia pergi
kesibukan dengan keluhan emosi
teramat rugi kerana esok belum pasti
menjanjikan seri...
CNM
senja melabuh tirai
telah pergi satu lagi hari ini
meninggalkan kita tak kembali
apakah ada senyuman
untuk menyambut hari esok yang menanti
andai masih ada yang terbuku di hati
segeralah lepaskan ia pergi
kesibukan dengan keluhan emosi
teramat rugi kerana esok belum pasti
menjanjikan seri...
CNM
Senja menyampai pesan
Senja menyampai pesan
andai tiba kegelapan
susuri jejak-jejak cahaya semalam
agar ketemu jalan pulang.
andai kamu di dalam cahaya terang
berhati-hati kerana kegelepan melingkari
kelak terlanggar syariat Ilahi...
CNM
andai tiba kegelapan
susuri jejak-jejak cahaya semalam
agar ketemu jalan pulang.
andai kamu di dalam cahaya terang
berhati-hati kerana kegelepan melingkari
kelak terlanggar syariat Ilahi...
CNM
Teringinku
Teringinku
pabila panas
menghirup cendol tapai pulut
di bawah payungan rimba rimbun bersamamu...
pabila kedinginan
meneguk kopi jantan tiga dalam satu
di bawah limpahan cahaya purnama denganmu...
dan kita sama-sama menikmati nikmatnya anugerah Ilahi.
CNM, 23/9/12, 4.29pm
THMK
pabila panas
menghirup cendol tapai pulut
di bawah payungan rimba rimbun bersamamu...
pabila kedinginan
meneguk kopi jantan tiga dalam satu
di bawah limpahan cahaya purnama denganmu...
dan kita sama-sama menikmati nikmatnya anugerah Ilahi.
CNM, 23/9/12, 4.29pm
THMK
Sukar Sangatkah?
Sukar Sangatkah?
sukar sangatkah
memahami kehendak mereka
bukan untuk diri ini
pun bukan untuk dirimu
ketahuilah kehendak mereka
sedarlah ketetapan mereka
mereka yang menanda
mereka yang memberi nilaian
telah kucurahkan segala
aku hanya mampu membantu sampai di sini saja...
kamu berbuatlah seperti mana yang mereka minta.
CNM, 23/9/12, 3.43pm
THMK
sukar sangatkah
memahami kehendak mereka
bukan untuk diri ini
pun bukan untuk dirimu
ketahuilah kehendak mereka
sedarlah ketetapan mereka
mereka yang menanda
mereka yang memberi nilaian
telah kucurahkan segala
aku hanya mampu membantu sampai di sini saja...
kamu berbuatlah seperti mana yang mereka minta.
CNM, 23/9/12, 3.43pm
THMK
Hitam Putih
Hitam Putih
yang putih tak terpadam
kekal dalam catatan-Nya
dijanjikan ganjaran
menyelamat
di hari perhitungan...
yang hitam mungkin terpadam
andai noda dibasuh nur ketakwaan
dijanjikan keampunan
dengan meninggalkan larangan
penuh keinsafan sebelum dijemput pulang...
CNM, 23/9/12, 1.26pm
THMK
yang putih tak terpadam
kekal dalam catatan-Nya
dijanjikan ganjaran
menyelamat
di hari perhitungan...
yang hitam mungkin terpadam
andai noda dibasuh nur ketakwaan
dijanjikan keampunan
dengan meninggalkan larangan
penuh keinsafan sebelum dijemput pulang...
CNM, 23/9/12, 1.26pm
THMK
Laut Kasih 210
Laut Kasih 210
ingin sekali
kupuisikan bahasa cinta
yang telah engkau bisikkan dalam mimpi-mimpiku...
ingin benar
kulagukan bingkisan cinta
yang telah engkau lafazkan dalam alam bawah sedarku...
dan akan kuperdengarkan kepada seisi alam laut kasih kita.
CNM
ingin sekali
kupuisikan bahasa cinta
yang telah engkau bisikkan dalam mimpi-mimpiku...
ingin benar
kulagukan bingkisan cinta
yang telah engkau lafazkan dalam alam bawah sedarku...
dan akan kuperdengarkan kepada seisi alam laut kasih kita.
CNM
Laut Kasih 209
Laut Kasih 209
tanganku dan tanganmu
bertingkah memalu rebana cinta
bergema serata alam laut kasih kita
tiada pernah henti getarannya
mengelus gelora asmara...
CNM
tanganku dan tanganmu
bertingkah memalu rebana cinta
bergema serata alam laut kasih kita
tiada pernah henti getarannya
mengelus gelora asmara...
CNM
Beri Ruang dan Peluang
Beri Ruang dan Peluang
setiap tutur bicara
setiap aduan sesiapa saja
beri ruang curahan rasa
usah dientengkan
kerana sedikit masa
bisa merubah tindakan mereka...
tak percaya kamu cuba.
CNM
setiap tutur bicara
setiap aduan sesiapa saja
beri ruang curahan rasa
usah dientengkan
kerana sedikit masa
bisa merubah tindakan mereka...
tak percaya kamu cuba.
CNM
Ganasnya Manusia
Ganasnya Manusia
"aku pernah melihat manusia
dengan gergaji, kapak dan parang segala
memotong-motong, mengerat-mengerat
mengapa-ngapak, membelah-belah
memarang-marang, mencincang-cincang
bukan mereka mengira
janji poket berisi kertas bergambar Gabenor Negara
hari-hari aku berdoa
semoga aku tak menjadi mangsa
namun apa daya akhirnya aku juga dikerja
menunggu masa untuk dibakar manusia"...
perkisahan sebenar sepotong kayu api yang tak berdaya.
CNM
"aku pernah melihat manusia
dengan gergaji, kapak dan parang segala
memotong-motong, mengerat-mengerat
mengapa-ngapak, membelah-belah
memarang-marang, mencincang-cincang
bukan mereka mengira
janji poket berisi kertas bergambar Gabenor Negara
hari-hari aku berdoa
semoga aku tak menjadi mangsa
namun apa daya akhirnya aku juga dikerja
menunggu masa untuk dibakar manusia"...
perkisahan sebenar sepotong kayu api yang tak berdaya.
CNM
Monyet dan manusia
Monyet dan manusia
manusia rakus membina
hutan dan bukit ditarah sesuka
habitat monyet dinyah begitu saja
ke mana mereka nak meminta?
manusia bising pabila
monyet-monyet mula meronda
masuk pekan cari habuan mereka...
manusia sama macam monyet terkinja-kinja
menganggu gugat ekosistem mereka
aku lihat di Kuala Selangor
monyet dah banyak macam manusia
bukan lagi terasing di dalam hutan dara
boleh dilihat merata-rata
mungkin jadi ancaman satu masa...
CNM
manusia rakus membina
hutan dan bukit ditarah sesuka
habitat monyet dinyah begitu saja
ke mana mereka nak meminta?
manusia bising pabila
monyet-monyet mula meronda
masuk pekan cari habuan mereka...
manusia sama macam monyet terkinja-kinja
menganggu gugat ekosistem mereka
aku lihat di Kuala Selangor
monyet dah banyak macam manusia
bukan lagi terasing di dalam hutan dara
boleh dilihat merata-rata
mungkin jadi ancaman satu masa...
CNM
Torpedo Kata-kata
Torpedo Kata-kata
siapapun kita
yang diberi akal sempurna
guna dengan bijaksana
guna dengan cakna
usah suka mentorpedir kata
kelak diri menjatuhkan wibawa
di mana budibicara?
di mana timbang tara?
jadilah yang realistik ikut tempat dan ketika
jadilah yang rasional dalam tindakan sesama...
kesabaran keperibadian terindah.
CNM, 20/9/2012, 11.04am
THMK
siapapun kita
yang diberi akal sempurna
guna dengan bijaksana
guna dengan cakna
usah suka mentorpedir kata
kelak diri menjatuhkan wibawa
di mana budibicara?
di mana timbang tara?
jadilah yang realistik ikut tempat dan ketika
jadilah yang rasional dalam tindakan sesama...
kesabaran keperibadian terindah.
CNM, 20/9/2012, 11.04am
THMK
Bang! Bang!
Bang! Bang!
Bang! Bang!
dulu masa muda-muda
selalu abang bancuhkan air untuk saya
dengan senyuman suami membancuhkan air...
Bang! Bang!
dulu masa muda-muda
selalu abang urut badan saya
dengan senyuman suami mengurut belakang isterinya...
Bang! Bang!
dulu masa muda-muda
selalu abang gigitkan buah rambutan untuk saya
suami bangkit dari meja makan tanpa senyuman...
Bang! Bang!
nak ke mana tu bang?
kata nak suruh gigit rambutan
nak ambil gigi palsu abang...
isteri tersenyum dengan penuh kasih sayang...
CNM
Bang! Bang!
dulu masa muda-muda
selalu abang bancuhkan air untuk saya
dengan senyuman suami membancuhkan air...
Bang! Bang!
dulu masa muda-muda
selalu abang urut badan saya
dengan senyuman suami mengurut belakang isterinya...
Bang! Bang!
dulu masa muda-muda
selalu abang gigitkan buah rambutan untuk saya
suami bangkit dari meja makan tanpa senyuman...
Bang! Bang!
nak ke mana tu bang?
kata nak suruh gigit rambutan
nak ambil gigi palsu abang...
isteri tersenyum dengan penuh kasih sayang...
CNM
Bang! Bang!
Bang! Bang!
Bang! Bang!
dulu masa muda-muda
selalu abang bancuhkan air untuk saya
dengan senyuman suami membancuhkan air...
Bang! Bang!
dulu masa muda-muda
selalu abang urut badan saya
dengan senyuman suami mengurut belakang isterinya...
Bang! Bang!
dulu masa muda-muda
selalu abang gigitkan buah rambutan untuk saya
suami bangkit dari meja makan tanpa senyuman...
Bang! Bang!
nak ke mana tu bang?
kata nak suruh gigit rambutan
nak ambil gigi palsu abang...
isteri tersenyum dengan penuh kasih sayang...
CNM
Bang! Bang!
dulu masa muda-muda
selalu abang bancuhkan air untuk saya
dengan senyuman suami membancuhkan air...
Bang! Bang!
dulu masa muda-muda
selalu abang urut badan saya
dengan senyuman suami mengurut belakang isterinya...
Bang! Bang!
dulu masa muda-muda
selalu abang gigitkan buah rambutan untuk saya
suami bangkit dari meja makan tanpa senyuman...
Bang! Bang!
nak ke mana tu bang?
kata nak suruh gigit rambutan
nak ambil gigi palsu abang...
isteri tersenyum dengan penuh kasih sayang...
CNM
Cerita Telefon
Cerita Telefon
dulu-dulukan
satu kampung satu telefon terpasang
kena pusing-pusing bila mendail nombor rakan
maju sikit tukar jenis tekan-tekan butang,
yang bercinta bergayut sakan
yang kecemasan beratur panjang
ada yang bertengek berbaring memegang ganggang
punya asyik dari malam membawa ke siang,
era sembilan puluhan
telefon bimbit diperkenalkan
saiz punya besar tak muat tangan
punya bangga miliki telefon tangan,
zaman sekarang
telefon semakin canggih tak terbayang
aplikasi pelbagai sistem gelombang
persekitaran semakin tercemar dek aliran gelombang,
kamu tak bimbang?
CNM
dulu-dulukan
satu kampung satu telefon terpasang
kena pusing-pusing bila mendail nombor rakan
maju sikit tukar jenis tekan-tekan butang,
yang bercinta bergayut sakan
yang kecemasan beratur panjang
ada yang bertengek berbaring memegang ganggang
punya asyik dari malam membawa ke siang,
era sembilan puluhan
telefon bimbit diperkenalkan
saiz punya besar tak muat tangan
punya bangga miliki telefon tangan,
zaman sekarang
telefon semakin canggih tak terbayang
aplikasi pelbagai sistem gelombang
persekitaran semakin tercemar dek aliran gelombang,
kamu tak bimbang?
CNM
Cerita Berus
Cerita Berus
nak dengar cerita berus
banyak jenis berus
orang rajin selalu memberus
pantang nampak berus;
i.
berus gigi
pagi malam setiap hari
senyuman berseri
nafas mewangi,
ii.
berus besi
nak sakat karat dan daki
lantai atau pagar besi
sental sampai peluh membasahi,
iii.
berus sabut
yang ini buat cuci kasut
gosok perlahan-lahan dengan lembut
putih berseri pandangan tak serabut,
iv.
berus plastik
boleh tahan nampak cantik
tak kasar tapi elastik
sesuai berus bahan sintetik,
puisi pun kena berus...
CNM
nak dengar cerita berus
banyak jenis berus
orang rajin selalu memberus
pantang nampak berus;
i.
berus gigi
pagi malam setiap hari
senyuman berseri
nafas mewangi,
ii.
berus besi
nak sakat karat dan daki
lantai atau pagar besi
sental sampai peluh membasahi,
iii.
berus sabut
yang ini buat cuci kasut
gosok perlahan-lahan dengan lembut
putih berseri pandangan tak serabut,
iv.
berus plastik
boleh tahan nampak cantik
tak kasar tapi elastik
sesuai berus bahan sintetik,
puisi pun kena berus...
CNM
dimamah usia
dimamah usia
kusedari
kian lemah memori
banyak yang tak diingati
lupa itu ini
susahkan diri sendiri
Ilahi Ya Robbi
lindungi diriku dari perkara tak diingini
atas kelemahan diri ini...
CNM
kusedari
kian lemah memori
banyak yang tak diingati
lupa itu ini
susahkan diri sendiri
Ilahi Ya Robbi
lindungi diriku dari perkara tak diingini
atas kelemahan diri ini...
CNM
malam mengerut dahi
malam mengerut dahi
malam semakin mengerut dahi
dek kepelikan dengan tingkah manusia
segala peringatan telah ada
namun terus menzalim diri sendiri
tak takut kepada Ilahi...
malam semakin mengerut dahi
dek kebimbangan dengan sikap manusia
entah apa lagi esok akan dikerja
mengundang malapetaka
dimurkai Yang Esa...
CNM
malam semakin mengerut dahi
dek kepelikan dengan tingkah manusia
segala peringatan telah ada
namun terus menzalim diri sendiri
tak takut kepada Ilahi...
malam semakin mengerut dahi
dek kebimbangan dengan sikap manusia
entah apa lagi esok akan dikerja
mengundang malapetaka
dimurkai Yang Esa...
CNM
Laut Kasih 208
malam ini
ingin aku berbaring ke dadamu
mencuri dengan melodi jantungmu berpuisi
apakah syair laut kasih yang dilagukan
seperti selalu mengulikku hingga terlena...
malam ini
ingin aku memaut tanganmu
merasakan setiap denyut nadi bertingkah
apakah getaran cinta laut kasih yang berdendang
seperti selalu mendodoiku hingga terlena...
CNM, 17/9/12, 10.18pm
THMK
Subscribe to:
Posts (Atom)