Aku sering kali menyimpan rasa
untuk kubisikan dalam kelambu cinta kita
kerana kutahu
saat cuping telingamu menyambut ayat cinta
merona merah pipi mulusmu...
Aku sering memandang ke dalam mata hitam
dalam-dalam kubongkar rahsia hatimu
kerana kutahu
saat matamu bertatapan mataku
kautertunduk malu mengiyakan rasa gelora asmara...
Aku cinta kamu dinda!!!
CNM, 5/8/13
No comments:
Post a Comment