Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
aku membaca puisimu
walau dalam;
gelora tsunami
ribut pasir gurun
gelegak lahar berapi
hujan petir menyambar,
kerana aku yakin puisimu berinti
inti ilmu yang bererti...
No comments:
Post a Comment