Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
Aimran lupakan keperitan silam usah lagi pandang ke belakang biar ia jadi sejarah yang tersimpan dalam lipatan ingatan. Jalani hari-hari mendatang dengan hati girang usah gusar tentang semalam ibu abah ada meneman sepanjang zaman.
Jauh kamu renungkan moga yang molek-molek jadi impian doa dan harapan ibu abah iringkan moga kamu terus dalam kesejahteraan meniti alam kedewasaan.
No comments:
Post a Comment