Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

Showing posts with label 50pp. Show all posts
Showing posts with label 50pp. Show all posts

14 November, 2015

50pp Gebang Menteri

Khalayak hangat hati
pak-pak menteri
melontar akalan ngeri
apa sudah jadi?
Gebang mata gergaji
disorong memotong sanubari
ditarik membelah hati budi
ke mana hilang segala janji?
Membela rakyat pabila merayu undi
realiti bukan fantasi
dugaan menguji
himpitan demi himpitan mendatangi
kepada siapa lagi rakyat menagih simpati?
Ya Allah lindungi kami.

CNM, 5/11/15.

50pp Impian

Setiap dari kita pasti ada impian
hanjatkan sesuatu yang didambakan
yang bijaksana akan mengatur tindakan
menyusun langkah mengapai kejayaan
yang beralasan keinginan tinggal anganan
hanya duduk menyatakan seribu kepayahan
belajar daripada yang beroleh kesejahteraan
menempuh setiap dugaan penuh kesabaran
menyelesai ujian dengan segala kepintaran
janji-Nya pasti untuk yang gigih merencanakan.

CNM, 5/11/15

50pp Tercekik-Mencekik

Dahsyat orang politik
apabila tercekik dia mencekik
segala benda dinaik
bukan sikit tapi macam daik
tegak menjulang konon amalan terbaik
berkokok girang mendabik
khabarnya membela rakyat dari terbalik
sayang satu dunia pelik
rakyat rakus dicekik
buat menutup lompong dan carik
ya Allah lindungi kami dari dicebik
anugerahkan kami pemimpin baik.

CNM, 3/11/15

50pp Iradat

Hidup ini jalannya telah tercatat
usah menggelepar terperanjat
perbanyakkan doa bermunajat
mohon dipermudahkan segala hajat
dianugerahkan rahmat dan nikmat
andai hidup tersagat disiat
anggaplah ujian menjadi yang kuat
reda dengan segala kudrat
perah titisan keringat
perlu diingat
bahawa langit tak selamanya akan berkarat
bahawa setelah hujan pelangi mendekat
terimalah hakikat.

CNM, 2/11/15

28 August, 2014

50pp Merdeka.

Setelah tumpah berlaksa air mata
setelah begitu tebal lumpur sengsara
laungan keramat Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Bergema mengubati jiwa-jiwa luka seMalaya
tercatat pada tiang sejarah dunia
negara merdeka tanpa ufti darah satria
demi bangsa negara dan agama
bersatu warga sepakat kata
berpadu menjunjung panji-panji setia
tunduk di bawah payung Seri Paduka.

CNM, 28/8/14

02 February, 2014

50pp: Cerita Pisang

50pp: Cerita Pisang

Pisang
sungguh memberangsang
banyak khasiat antara diet seimbang
makan pisang montel perut boleh kembang
makan pisang tanduk lagi ‘melayang’
nak masuk jawi cari batang pisang
nak bungkus kuih cari daun pisang
nak berdangdut dengar memori daun pisang
nak tambah pendapatan tanam pokok pisang
nak ganda amal kebajikan sedekah buah pisang.

CNM, 14/11/13, BBBangi

27 October, 2013

50pp: Motivasi pagi

50pp: Motivasi pagi

Lihat kepada burung
terbang dalam kumpulan bergabung
tak seperti katak bawah tempurung
sendirian tak tahu dek untung
terbang merentas gunung
pandangan luas tak terselindung
kejelekitan tinggi saling berhubung
keakraban kelihatan dijunjung
ada ketua buat bernaung
bila lelah berhenti berlindung
tak berpecah sama-sama mengharung
patut diteladani warga kota juga warga kampung.

CNM, 27/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

Iri mencemburui
irilah jika untuk memotivasi
cemburilah untuk perbaiki kendiri
jangan iri kerana hasad dengki
cemburui untuk mencontohi
ingin jadi seperti
ingin cuba menjejaki
dan kata-kata seerti
amat perlu dalam memacu potensi diri
bukan bersikap mengkhianati
bukan jadi batu api
pun bukan menjadi duri
mencacah harmoni
bersainglah dengan jati diri.

CNM, 26/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Takut Suami!
itu boleh terjadi
ia biasa didengari
isteri dibuli
dibuat macam kuli
sepak terajang menyinggahi
satu badan dikasari
itu sebab fobia si isteri
sebaiknya saling menghormati
saling lengkap melengkapi
kesilapan isteri dimaafi
kelemahan suami diperbaiki
baru bahagia dimiliki
sayang menyayangi
kasih mengasihi
kekal aman ke alam abadi
dirahmati Ilahi.

CNM, 25/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Kita jarang
atau hanya kadang-kadang
mengucapkan ungkapan kasih sayang
kepada mereka yang kita sayang
mari kita ambil peluang
selagi kesempatan terhidang
pada setiap waktu terluang
menyatakan kasih sayang
kerana maut bila-bila boleh datang
lihatlah pegawai bank nyawanya melayang
tak terjangka dijemut pulang
angkara perompak bangang
sungguh tragedi dan amat malang.

CNM, 25/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Kopi-O

50pp: Motivasi Kopi-O

Jangan Ego
jika sekalipun bergelar Dato’
cuba berwatak baik seperti Zorro
walau bergerak secara solo
berhadapan dengan pelbagai risiko
biar digelar ‘superhero’
ada ummp! Macam kopi-O
bukan macam itu ‘tonto’
badan penuh ukiran tatoo
berwatak sungguh ‘poyo’
sumbangan memang zero
lebih naif dari penghuni zoo
terpampang dalam ‘most wanted’ foto.

CNM, 25/10/13, KHS.

50pp: Motivasi pagi

50pp: Motivasi pagi

Yang dibidas
usah terlalu berkeras
ada hati yang akan melelas
nanti kamu dicantas
jatuh terhempas
baik bincang secara waras
itu lagi bernas
dari tindakan tak berasas
bikin hati orang panas
responnya boleh jadi ganas
silaturrahim terbabas
ukhuwah mengelupas
jadi bertindak pantas
jangan biar rimas melemas
dengan tingkah yang sering memeras.

CNM, 25/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Takut bini?
dikontrol isteri?
ramai yang gelak geli hati
diperli-perli
dijadi bahan lawak pagi
cuba tanya yang laki
cuba risik sang suami
rasanya mereka kawal emosi
tak ingin konfrontasi
nanti yang salah tetapi lelaki
tak pandai layan permaisuri
tak sensitif dengan kehendak suri
macam-macam lagi
yang terbaik semai rasa menghormati.

CNM, 24/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Ada masalah?
usah gundah
fikir yang indah-indah
bawa bermuhasabah
kita ada Allah
mohon saja atas sejadah
insyaAllah akan dipermudah
cuba jangan cepat mengalah
sesuatu itu perlu diolah
pencapaian tentu menyerlah
hasilnya tentu bertambah
jadinya hadapi dengan tabah
jangan lari dari masalah
cuba selesaikan dengan penuh hemah
hidup pasti lebih meriah.

CNM, 24/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

Jangan duk merungut
pun juga duk mengugut
itu sikap yang bawa kusut
cuba jangan berserabut
juga jangan kelam kabut
cuba tarik nafas dada diurut
lapangkan fikiran yang terjerut
cucikan minda yang berselut
jangan terlalu takut
percaya pada diri yang sepatut
yang positif kena ikut
dari asyik menyebut-nyebut
perkara yang karut.

CNM, 24/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Jika merasa diri di level eksekutif
berfikirlah secara positif
gunakan imaginatif
buang sikap negatif
singkirkan sifat primitif
sentiasa cuba produktif
mencapai segala objektif
meracang dengan penuh kreatif
kritis memanipulatif
mencari alternatif
mengutamakan kolaboratif
lihat sesuatu dari pelbagai perspektif
moga segala tindakan efektif
menghindar situasi naif
dan berada dalam keadaan eksklusif.

CNM, 23/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

Kenapa alam ini bulat?
Allah jadikan supaya kita lihat
paduan unsur alam sangat hebat
saling berkait rapat
jadi kita contohi alam sejagat
kena ada muafakat
baharu manusia kuat
tiada musibat
bukan asyik saling menyagat
menunjuk siapa lagi berdarjat
selagi ada titik karat
nescaya tak selamat dunia akhirat
mari sucikan niat.

CNM, 22/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Makan
jangan sebarang makan
nanti naik badan
penyakit jadi kawan
buat kawalan
pada musim peperiksaan
jaga makan
makan yang biasa dimakan
jangan makan macam-macam
nanti perut meragam
cirit birit berulang ke jamban
pun boleh keracunan
ganggu tumpuan
nak menjawab soalan
jadi ibubapa sekalian
anak-anak perlu diingatkan
kalau boleh sediakan makanan.

CNM, 20/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

Membisu
adakala lebih baik begitu
dari terus merapu
pun mungkin dari terus menyembilu
menyiku-nyiku sekeping kalbu
diam itu
bukan bermakna tak berilmu
pun bukan bererti tak mampu
ia mungkin jalan mengelak seteru
tiada untungnya palu memalu
nak-nak kalau memang tak tahu menahu
berdiam pilihan terbaik padaku
mungkin kamu juga begitu.

CNM, 20/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Sahabatku
dalam kalangan guru
telah kita beri ilmu
pada anak didik yang setia menunggu
maka halalkan segala ilmu itu
mudahan ajaran kita bermutu
dapat membantu
anak-anak bangsa ke mercu
memenuhi harapan ayah ibu
jadi manusia yang berilmu
berjaya masuk ‘U’
hidup ada hala tuju
bukan jadi warga yang digelar kutu.

CNM, 19/10/13, BBBangi.