Dulu Sekarang
Dulu-dulu
cikgu banyak senang
mak ayah tak cepat berang
anak-anak mana berani main wayang
silap cakap lagi kena lempang
Cikgu-cikgu sekarang
ibu bapa boleh datang menyerang
silap cakap boleh kena tendang
usah hairan murid tak jadi orang
tegur sikit nak kena parang
Aduhai!
Apalah malang...
CNM, 30/10/13, BBBangi.
No comments:
Post a Comment