Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
di puncak cintamu tompokan salji asmara mencair menuruni lurah-lurah rindu menyusur tebing sungai keasyikan menuju muara impian menimbunkan kasih dan sayang menjadi delta kebahagiaan di celahan kepulauan laut kasihmu.
No comments:
Post a Comment