Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

05 December, 2011

Esok di tangan Tuhan.

Esok tetap di tangan Tuhan
bukan aku yang menentukan
bukan kamu yang rencanakan.

CNM, 5/12/11, 14.35 pm

Kita sama

Kita sama ketika lahir
kita lahir dengan berkaki ayam
tiada siapa yang berkasut
mahu pun berselipar jepun
belum dikira darah
kaya miskin hanya satu warna
merah mengalir
dan ketika dikembalikan kepada-Nya
kita juga sama
berkaki ayam
dibaluti tujuh lapisan kain putih
hanya takwa menentukan darjat di sisi-Nya.

CNM, 4/12/11, 22.39pm
BBB

Kueh Puak Kito



Akok nekbat kosui dijaja
lompat tikam laksa laksam menyelara
teri mandi onde-onde gula melaka
tahi itik koleh lebih kurang serupa
tepung bungkus seri muka
cuba sekali nak sokmo
nasi manis pulut kuning pembuka selera
tepung gomok butir nangka
semua ada di bulan puasa.

CNM, 4/12/11, 22.17 pm
BBB

Telefon Seterika

Syoknya teruna
menggosok baju hadiah si dia
menyanyikan lagu aku cinta dia
sedang leka
telefon menjerit lagu sambaria
tanpa banyak bicara
seterika di tekap ke telinga
gara-gara
ghairah menjawab panggilannya
garing telinga
dari seperti ceper astro bentuknya
dah jadi macam lempeng kelapa
ha ha ha! kesian dia.

CNM
, 4/12/11, 22.00 pm
BBB

Si Pisau Cukur

Si Pisau Cukur

Lembut bila bertutur
strategi memang diatur
mencukur hingga tersungkur
si tua tak tahu bersyukur
rumah kata pergi, mari kata kubur
galak mengerling si muka bujur
wang ringgit terkubur
janji nafsu digembur
lupa anak bini tiada barang dapur
asyik berkepit berlibur
sedar-sedar akaun melebur
cukup buat beli bubur
hancur.

CNM, 4/12/11, 18.31 pm
BBB

Cinta Sekerat

Cinta melarat
diselaputi karat
ciptaan pengkhianat
mengayat
macam gasing berpusing ligat
memasang jerat
dengan umpan yang memikat
denak memang hebat
duit ringgit ditabur lebat
dara jelita terikat
terasa terhutang budi yang amat
jiwa raga diserah tanpa siasat
rakus meragut apa yang dihajat
mula mengelat
'call' tak dapat-dapat
perut mula membulat
itulah natijah kalau tak nak dengar nasihat
hati-hati dengan buaya darat
membaham tak kira tempat.

CNM, 4/12/11, 16.57 pm
BBB

Laut Kasih 92

Di pinggiran pantai kasih
aku dan dia menghangat rasa cinta
bersaksikan;
langit yang membiru
pelangi yang melempar jeling
awan yang tersenyum memutih
deburan ombak mendendang lagu asmara
pasiran pantai mengemilaukan seri
batuan mengendeng pandang
asyik.

Ya Allah
Kumemanjatkan rasa kesyukuran
di atas kurniaan rasa kecintaan
yang sedalam dalam di hati antara kami
jangan sesakili menjauhkan kecintaan ini
kerana antara kami saling melengkapi
limpahilah laut kasih kami
dengan nur hidayah
penyuluh ke jalan keredhaan-Mu
agar kami tergolong dalam kalangan yang memperoleh kemenangan
meraih cinta kami dan cinta kepada-Mu.

CNM, 4/12/11, 15.35 pm
BBB

Hidangan seni

Chef-chef di PBKS
punya daya kreativiti yang tinggi
mengadunkan bait-bait kata
menjadi masakan bicara
enak membuka minda
ada kala resepi pedas mengigit
mengundang air mata
ada kala resepi lemak mendayu
membuai syahdu
ada kala terlebih garam
sukar nak ditelan
ada kala terkurang manis
tawar hambar
semuanya rencah masakan puisi
buat hidangan yang berhati seni.

CNM, 4/12/11, 14.36 pm
BBB

Sudah Remaja

Sudah remaja
hari esok ini
selamat ulangtahun ke dua belas
melangkah ke alam remaja
usah gusar abah tetap bersama
membimbingmu
jadi insan mulia
menghormati yang tua
mengingati yang Esa.

Abah doakan
adik dikurniakan kesihatan yang baik
hati yang gembira sentiasa
di kelilingi orang-orang yang menyayangi
mudahan perjalanan hidupmu penuh keceriaan
gelak tawa tiada duka
ketahuilah
kakak ibu dan abah amat menyayangimu
anugerah terhebat untuk abah junjungi.

CNM, 4/12/11, 12.44 pm
BBB.

03 December, 2011

Kepada Politikus

Nak berhimpun, berhimpunlah
nak bergelak ketawa, ketawalah
aku tak kisah pun
parti apa kau dukungi
idea apa yang kau junjungi
ingatlah kita mahkluk Tuhan
takwa lebih bermakna di sisi-Nya
usah terlalu takjub menyelongkar dalam kain orang
jagalah tepi kain sendiri yang barangkali menyeret tahi ayam candu
Islam tak mengajar membuka aib orang.

Kau Islam?

CNM, 3/12/11, 00.15 am
Kg. Joh.

Pengharapan

Pengharapan

Sesungguhnya anak-anak dan harta
hanyalah perhiasan dunia
beruntunglah mereka yang sering bermuhasabah diri
memperhitungkan amalan kebaikan
sebaik-baik bekalan
sebaik-baik pengharapan
pada hari yang anak pinak tiada gunanya
pada hari yang seluruh anggota menjadi saksi
hanya amalan diredha jadi penyelamat.

Duhai Ulama
bimbinglah kami
umat Muhammad S.A.W
dengan tingginya ilmu kamu
pimpin kami menuju jalan kemenangan
jalan yang menjauhi kesesatan
jalan yang menyedarkan kami dari kealpaan
tidak terpedaya dengan tipu daya dunia
tidak disibukkan nafsu yang melalaikan.

Duhai remaja
bersedialah dengan jati diri
kalian pewaris bangsa
usah telalu leka
dengan segala hiburan yang menjolok mata
terkinja-kinja tak tentu masa
lebih baik pergunakan masa
menambah ilmu ke dada
hidup diredha yang Esa.

CNM, 2/12/11, 14.31 pm
Kg. Joh.

Salam

Salam di hari Jumaat
apa khabar umat Muhammad S.A.W
sudah mengucapkan selawat dan salam?
sesungguhnya orang yang dekat dengan Rasullullah
adalah orang yang paling banyak mengucapkan selawat dan salam kepadanya
marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam kepadanya
kerana dengan sekali selawat nescaya Allah dan malaikat-Nya mengucapkan sepuluh kali selawat.

Apa khabar yang kurang sihat
jangan dilupa memakan ubat
didoakan cepat sihat
boleh ke pejabat
boleh beribadat
hidup berkat
pendapatan meningkat
keluarga dirahmat
terbina masyarakat
bangsa bermartabat
negara berdaulat.

CNM, 2/12/11, 11,19 am
Kg. Joh

Kau jangan

Aku sangatlah sayang
aku sangatlah bangga
punyai kamu yang cantik rupa
hari-hari kubelai
hari-hari kumandikan
hari-hari kuwangikan
tapi kau tak bersyukur
ada saja yang nak kau ragamkan
ada saja yang nak kau susahkan
kau jangan
aku jual baru pada muka!

Dialogku pada kereta citraku yang suka meragam
telah kujual pun
hah! Baru padan muka

CNM, 1/12/11, 22.22 pm
Kg. Joh.

Aku nak kelik

Aku nak kelik
macam nak patah balik
tapi;
aku tak mampu putar waktu
aku juga tak punya mesin rentas masa
aku bukan ahli silap mata
jauh sekali ahli sihir yang mengada-ngada.

Aku hanya mampu
memutar mainkan kenangan
di layar ingatan
yang buat hatiku tergeletek
mengulas senyuman
melayani memori silam
di kampung halaman.

CNM, 1/12/11, 21.37 pm
Kg. Joh

Masih segak



Dia masih segak
sudah 36 tahun berkhidmat
membawaku ke merata tempat
berhujan berpanas
meredah perjalanan hidup
masih gah
masih gagah.

Dia Kapcai 70 cc
DD 146
nombor pendaftaran
akan kujaga selagi ada hayat
satu-satu warisan ayahanda
yang tinggal menjujnung kenangan
tak akan terpadam.

Dia kukasih
dia kurindu
dia kusayangi
kerana dia;
besar jasanya,
sebahagian sejarah hidupku,
terima kasih kapcaiku.

CNM, 1/12/11, 20.16 pm
Kg. Joh

Gi Bekwah

Gi bekwah
makan gulai kawah
ramai sungguh kena padah
adik kakak mak ayah
semua datang memeriah
pengantin berseri senyum tak sudah
maklumlah raja sehari semuanya indah
moga bahagia dikurnia Allah
anak cucu soleh solehah.

CNM, 1/12/11, 18.09 pm
Kg. Joh

Yang besar-besar

Maka orang besar-besar
pangkat besar
jawatan besar
badan besar
bercakap pun besar
nak hadapi peristiwa besar
dibimbangi akan kalah besar
mengharap menang besar
boleh makan besar
dapat projek besar
beli kereta besar
beli rumah besar
tambah bini berbadan besar
pendek kata semua besar.

Kau dah besar?

CNM, 1/12/11, 13.37pm
Kg. Joh

Di bumi asalku

Aku
selamat menjejak kaki
ke bumi tempat asalku
mengalir derap darah ketenangan
menghirup udara segar dari pepohon menghijau
masih dibaluti kesucian
jauh dari kekalutan pembandaran
damai.

Aku
tak pernah melupakan
bumi ini yang aku pijak
dari kaki sebesar dua jari
hingga kini terpahat ampuh
pada dinding ingatan
tak terluluh dek zaman
kekal megah dalam lipatan memori.

CNM, 1/12/11, 12.38 pm
Kg. Joh.

Ketika kulena

Ketika kulena
kamu menyelinap masuk dari jendela
tanpa kusedari tubuhku kamu hajati
setiap inci kamu terokai
dengan rakusnya kamu mencumbui
meninggal kesan gigitan asmaramu
membuatkan kuterjaga
menahan perbuatanmu yang terlampau
sungguh bernafsu sekali kulihat
kulit mulus gebuku merangsang nafsumu
aku tak tertahan lagi
tak akan kubiarkan kamu terus beraksi.

Pap! Mati kau nyamuk.

CNM, 30/11/11, 18.59 pm
BBB

Kusetia

"Sayang sejak kamu menghuni kamar bersamaku
aku menyimpul janji akan setia menunggu
sedia berkhidmat untuk kepuasan dirimu
datangilah daku setiap waktu yang kamu mahu
aku rela menunggu dengan senyuman bermadu
aku tahu pasti kamu ghairah mendatangiku
bila saat kamu teruja kepadaku
kamu terlalu gelojoh menanggalkan pakaianmu
bersabar akan kulayan dengan tenang
selesakan dirimu
kerana kutak kisah jika kamu berlama denganku
aku senang sekali sayang
cuma kupinta selepas melempias hajatmu
mandikalah daku dengan air yang suci".

aku hanya mangkuk tandas.

CNM, 30/11/11, 17.30 pm
BBB

Aku rindu kecup bibirmu

"sayang kurindu kecup bibirmu
hangat membara seawal pagi
jangan biar diriku tertunggu
belaian dan sentuhan bibirmu kudambakan
pagi yang hening mengetarkan tubuhku
menunggu tanganmu menyentuh
mengecup meneguk air dari tubuhku"

kata mug kesayanganku.

CNM, 30/11/11, 14.45 pm
BBB

Cuaca

Cuaca tidak sama
walau dalam satu iklim yang sama
cuaca boleh jadi baik
cuaca boleh jadi buruk
seperti juga perasaan
bolah jadi baik
boleh jadi buruk.

Aku lihat hari ini cuaca terang
moga hati-hati kamu juga terang
seceria mentari menyerikan alam
semanis mentari memberi senyuman
indahnya hari dimulakan dengan ketenangan
segala urusan dalam hati keriangan
menambah kemesraan.

Anda cuaca berubah kehitaman
bersedialah dengan payung ketabahan
panas yang disangka hingga ke petang
barangkali dicelahi hujan di tengah hari
hidup ini ada turun naiknya
waspada mengurus tadbir
kebijaksaan perlu.

Kau bijak?

Goldkey, 30/11/11, 9.40 am
BBB

Aiskrim Malaysia

Memang terbaik
sirap bandung
bubur kacang
asam kelubi
masam manis
cendol
kacang merah
perisa terhangat.

Pulang dari sekolah
zaman itu
perkena aiskrim malaysia
dikapit dengan roti bai
adehsss!!! terasa di awang-awangan
hilang dahaga
tersenyum gembira
tak pernah mengecewa.

Kau pernah rasa?

CNM, 29/11/11, 23.34 pm
BBB

Satu Badan

Rambut; rambut sama hitam hati lain-lain,
Mata; mata keranjang,
Hidung; hidung belang,
Pipi; pipi tersorong-sorong,
Telinga; telinga lintah,
Mulut; mulut tempayang,
Leher; leher jinjang,
Dada; dada bidang,
Tangan; tangan panjang,
Hati; hati batu;
Jantung; jantung hati,
Kaki; kaki bangku,
Kuku; kuku besi,
Jari; jari hantu,
Belakang; belakang unta.
Kepala; kepala batu,
Dahi; dahi licin,
Gigi; gigi arnab,
Lidah; lidah bercabang,
Urat; urat dawai,
Tulang; tulang besi,
Darah; darah muda,
Otak; otak beku,

CNM, 29/11/11, 20.29 pm
BBB

7 4 2

7 4 2

Tujuh lapis kain putih
buat membaluti sekujur tubuh
yang telah terpisah dengan rohnya
putus sudah amalan dunia anak adam
kecuali
bekalan amalan soleh
doa anak-anak yang beriman
sedekah jariahnya
ingatlah sebelum dibaluti.

Empat kali takbir
disolatkan kali terakhir
sempurnalah urusan dunia
terlepas tanggungjawab saudara seagama
mengiringi ke makam tinggal kekal sehingga hari kebangkitan
menghadapi alam barzakh
luas dan lapang jika amalan kebaikan diterima
sempit dan menghimpit jika amalam tak diterima
ingatlah sebelum disolati.

Dua batu nesan
jadi tanda akan tempat disemadikan
jadi ingatan kepada yang masih hidup
tempat anak cucu mengingati akan kematian
yang bakal tiba tanpa amaran
sesungguhnya hidup dan mati itu pasti
hari khiamat juga pasti
bangkit di padang mahsyar juga pasti
ingatlah sebelum mati.

CNM, 29/11/11, 18.30pm
BBB

24 tahun dulu

24 tahun dulu
akulah yang menahan debar
masuk ke dewan STPM
menggeletar jiwa
berjuang untuk ke manara
alhamdulillah aku berjaya.

24 tahun dulu
anak didikku
aku pernah merasa apa yang kamu rasa
jika usaha telah dilaksana
tentu kejayaan berganda
milik kamu semua.

Nanti aku tumpang gembira
nanti aku tumpang rasa bangga
menghantar kamu ke menara ilmu
yang kamu cita-citakan
sebelum mengejar cinta.

Adehsss!!!! Aku terasa debarnya.

CNM, 29/11/11, 14.41 pm
KHS

Wajah-wajah mulus

Wajah-wajah mulus

Kuiringi wajah-wajah mulus
masuk ke dewan berjuang
demi sebuah harapan
menjejak kaki ke gedung impian
mudahan kalian berjaya.

Aku di sini
hanya mampu berdoa
moga dipermudahkan kalian
menjawab segala persoalan
yang dipertanyakan.

Bertenanglah
bacalah soalan berulang kali
agar pasti jawapannya
dan kejayaan
pasti menjelma.

CNM, 29/11/11, 14.12 pm
KHS

Wajah-wajah mulus

Wajah-wajah mulus

Kuiringi wajah-wajah mulus
masuk ke dewan berjuang
demi sebuah harapan
menjejak kaki ke gedung impian
mudahan kalian berjaya.

Aku di sini
hanya mampu berdoa
moga dipermudahkan kalian
menjawab segala persoalan
yang dipertanyakan.

Bertenanglah
bacalah soalan berulang kali
agar pasti jawapannya
dan kejayaan
pasti menjelma.

CNM, 29/11/11, 14.12 pm
KHS

Telah tiba saat dan ketika

Telah tiba saat dan ketika
usah berlengah memejam mata
masa tak menunggu kita
bangkit berwudhuk dan berdoa
dipermudahkan segala urusan di dunia
dirahmati di alam akhirat hendaknya
marilah kita bersegera sujud kepada-Nya
kita ini hamba
hanya dipinjamkan waktu ke dunia
sedarlah kita akan kembali kepada-Nya
moga tidak kosong amalan pahala
moga tidak berat timbalan dosa
diredha yang Esa
memperoleh syurga.

CNM, 29/11/11, 12.40 pm
BBB

Telah tiba saat dan ketika

Telah tiba saat dan ketika
usah berlengah memejam mata
masa tak menunggu kita
bangkit berwudhuk dan berdoa
dipermudahkan segala urusan di dunia
dirahmati di alam akhirat hendaknya
marilah kita bersegera sujud kepada-Nya
kita ini hamba
hanya dipinjamkan waktu ke dunia
sedarlah kita akan kembali kepada-Nya
moga tidak kosong amalan pahala
moga tidak berat timbalan dosa
diredha yang Esa
memperoleh syurga.

CNM, 29/11/11, 12.40 pm
BBB