Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

29 April, 2013

Laut Kasih 259

Laut Kasih 259

...malam ini dinda
walau tak bertemankan purnama
detak rasa kian laju menerpa
merindui cumbuan kasih mesra
di ranjang asmara kita...

...malam ini dinda
ingin aku terlena
dalam dakapan hangat membara
dibuai elus bayu laut kasih yang manja
bahagia beradu bersama...

CNM

Laut Kasih 258

Laut Kasih 258

...kutempah jambangan mawar cinta
buat menghiasi kamar laut kasihmu
biar aroma haruman kasihku
menyelubungi seluruh hidupmu...

dan cinta antara kita mewangi selamanya.

CNM

28 April, 2013

Subhanallah


Selamat Pagi


Bayanganmu


Warna


Langit


Hakikat

Hakikat

terlihat
petah pejuang meninggi darjat
yang menongkah semua keparat
sedang aroma bicara diperalat
menjual maruah negara berdaulat...

hebat
empat penjuru disagat
memancing pandangan rakyat
sedang cerita dalam kelambu berselirat
tempias memercik meluntur martabat...

hakikat
indah permukaan di dasar berkarat
cacat yang tercatat
jelas terpahat
muslihat ditertawa yang melihat.

CNM

Aku Mencadangkan

Aku Mencadangkan

...hormati hak membuat pilihan
masing-masing ada pendirian
masing-masing ada kepercayaan
jika anda pendokong kedaulatan undang-undang
rasionallah dalam menerima keputusan
majoriti kerusi siapa yang pegang
dialah yang mendapat mandat pentadbiran
bekas kerajaan atau pembangkang
pada aku tiada halangan...

....kurangkan kontroversi tingkatkan kualiti
jangan hanya cakap berapi
tindakan lembap macam siput babi
kalau tak reti
duduk saja tepi
belajar lagi
mengurus bukan hanya main petik jari
mentadbir bukan hanya duduk di meja minum kopi
nilai diri mampu atau tidak berkhidmat penuh keikhlasan hati...

CNM

Alam

Alam

lihat
pada lembut titis
batu pejal terluluh
jangan berhenti
sehingga menjadi

lihat
pada ringannya awan
mengandungkan selaut air
tak terjangkau
kenali diri cungkil kualiti

lihat
pada teguh gunung ganang
sukar didekati
dialah penapis sejati
membekal minuman suci

belajarlah dari petunjuk alam.

CNM

nak muda

nak muda

semua orang nak muda
bertenaga
kalau wanita
dipandang jelita
kalau lelaki
dipandang sasa...

aku nak juga
nak cari kelapa muda
buat hilang dahaga
buat awet muda
isinya cukup menguja
selera terbuka...

kejap ya
nak pi ronda
kat mana ada diniaga...

CNM

Fanatik

Fanatik

...ada penyokong parti politik
pantang dikritik
bagai dijentik
mula mengherdik
konon dialah tercerdik
orang lain semua capik...

...aku tak pelik
emosi tak dicelik
hanya pandai mendabik
cakap tak berlapik
jangan sampai ada yang mencarik
fahami sistem demokratik...

yang memeritah juga yang membangkang cuba tertib.

CNM

kepenate

kepenate

kepenate
pagi-pagi dah keluar sare
raso nak lurus belake
pulih tenago dale
selamat male
sale kemaafe...

CNM
p/s loghat klate

Menggaru

Menggaru

...aik! Dah mula menggaru?
kenapa begitu?
takut pada seteru?
sebab janji palsu?
resah hilang undi dalam PRU?
jangan begitu
apa nak risau jika ada sokongan padu
kemenangan ada di pihakmu...

meow!!!

CNM

digenggam

digenggam

dulunya
minta izin berjauhan
tinggalkan abah ibu dan adik
berjuang mengapai cita di perantauan
demi sebuah kejayaan...

kini dia genggam
bawa pulang separuh kejayaan
doa abah moga kakak dipermudahkan
menempuh alam pengajian
dalam bidang yang diidamkan...

ketahuilah
anakku sayang
kami sentiasa di belakang
menyokong kamu ke medan
teruskan mendukung segulung impian...

CNM

kemaafan

kemaafan

...kemaafan bukan hanya pengucapan, pun juga bukan hanya emosi rasa, ia satu janji, janji tidak lagi akan menyiat sekeping hati, dengan lidah yang mengulang tayang kisah silam, jika ini terjadi kemaafan masih di penjara dendam...

CNM

hasilan

hasilan

tunggu 5 Mei
tumbuhkah benih janji?
yang telah ditabur...

saksikan
apakah hasilan?
lima tahun membaja...

berdirikah pohon kariermu?
atau layu mereput
jadi sejarah
tewas kerana gagal beramanah...

CNM

Selamat Pagi

Selamat Pagi

Selamat pagi semua
bersyukur kepada-Nya
masih ada baki nyawa
dapat melaksana
perintah dan suruhan-Nya
semoga diredha
dan jadilah kita
dalam kalangan yang dimulia
sejahtera
bahagia
ceria sentiasa.

CNM

sayang!

sayang!

"...sayang!
marilah hangatkan
marilah bercandaran
akan kutemani kamu ke pagi"

telah memanggil
tilam, bantal dan selimutku...

CNM

Pemuisi

Pemuisi

jangan lemas dalam kolam perasaan
kerana setelah kamu cantingkan
bait-bait kata di layar maya
kamu telah menyerah nyawa
biarlah pembaca
menilai menegur mencerca
kerana tidak mati pemuisi
hanya kerana apresiasi tak selari
dengan mesej sendiri...

CNM

Gelombang

Gelombang

Gelombang biru, gelombang hijau
jaga tingkah laku, orang tak kacau.

Gelombang biru, gelombang hijau
jangan tertipu, dek janji sasau.

Gelombang biru, gelombang hijau
dapatkan restu, sebelum dihalau.

Gelombang biru, gelombang hijau
hati berbuku, janji tak dihirau.

Gelombang biru, gelombang hijau
tadbiran padu, sokongan tak melilau.

Gelombang biru, gelombang hijau
pilih dengan jitu, tiada rongong langau.

CNM

Lima Tahun Masa

Lima Tahun Masa

Lima tahun masa
bukan sekelip mata
banyak jasa
andai jujur membela
kenapa ramai yang bersuara
meminta-minta
janji yang tak terkota...

Lima tahun masa
mana agenda
konon sempurna
saudara!
mentadbir bukan hanya kata-kata
mengurus bukan hanya memetik jari di meja...

ukur baju
sebelum menempah
lebih cakna...

CNM

Hurung

Hurung

...kerana ada puntung
nyalaan kata konon bawa untung
dihurung
dilambung
harapan menggunung
pada sang payung
cuma jangan sampai tergulung
dek lidah yang memasung
yang ternyata gelung
kelak hati rentung
amarah membusung
meletup kemeluatan tak terbendung...

CNM

Pengusung

Pengusung

duhai politikus
waktu kempenmu digetus
apakah status?
adakah kamu telus?
jangan sampai terjerlus...

berkhidmat kerana mandat
jangan khianat
ambil berat
kemahuan rakyat
tunaikan dengan cepat
jika tak ingin menjadi pengusung keranda karier politik.

CNM

Jika

Jika

...jika kamar hatimu
dipenuhi gumpalan rasa jelek
sewangi mana pun tingkah
ia tetap tidak cukup mengharumkan
ruang pandangan matamu...

CNM

betul?

betul?

Ya Allah
sesungguh Engkaulah pemerintah sebenarnya
kepada siapa Engkau beri kuasa memerintah
kepada siapa Engkau tarik kuasa memerintah
semuanya atas kehendak-Mu
utuskan kami pemerintah yang menjaga kebajikan kami.

Ya Allah
Engkaulah pemerintah yang maha berkuasa.

CNM

semoga

semoga

...semoga pagi ini
datang dengan seri yang mewangi
semoga senja nanti
memalapkan resah yang melingkari
bahagialah sahabat yang dikasihi...

CNM

Pagi tersenyum

Pagi tersenyum

pagi datang dengan senyuman
mengucapkan salam sejahtera
dan membisik lunak
bahawa akan tibar sinar
menelan mendung di hati
yakinlah ada pelangi ceria
selepas hujan perih...

CNM

aku penat

aku penat

letih sangat-sangat
dia datang menyengat
kiri kanan atas bawah dipiat
aku mohon rehat
biar esok boleh melingat...

CNM

andai kumampu

andai kumampu

andai kumampu
ingin sekali aku memeluk kalian
biar terasa degup harapan
biar mengalir getaran persahabatan
dan rasa kasih membuak
mewangikan haruman persaudaraan
depangkan tangan kemesraan
rangkullah huluran salam
salam kerinduan buat kalian
semoga dalam keredhaan Tuhan.

CNM

Aduh!

Aduh!

satu hari di padang
penat bukan kepalang
panas berbahang
muka dah tukar warna kacang
dua hari lagi mendatang
bertukar kulit berbelang-belang.

sedapnya kalau ada orang urut belakang
kendur segala urat yang tegang
boleh lena hati lapang
esok pagi-pagi nak berjuang
meneruskan tugas yang disandang
cukup bulan gaji masuk hati girang.

CNM

Salam Sejahtera

Salam Sejahtera

kukirimkan doa
agar sahabat semua
dalam limpahan rahmat dan nikmat-Nya
walau di mana pun berada
ucapkan syukur kepada Yang Esa
memberi satu lagi hari kepada kita
moga pagi ini hadir membawa ceria
moga sepanjang hari ini bertandang bahagia
moga kita melabuhkan tirai malam nanti amalan diredha
keuntungan kebaikan berlipat ganda menyucikan dosa
dan jadilah kita dalam kalangan orang-orang yang dimulia.

CNM

Pakat atau Pahat

Pakat atau Pahat

aku lihat
katanya berpakat
menumbangkan parti yang sedia diberi mandat
tapi macam tak sihat
lawan sesama sendiri di beberapa tempat
ini bukan pakat
ini saling memahat
macam mana nak kuat
awal-awal lagi dah tak sependapat
masing-masing nak tempat
sudahnya nanti terkulat-kulat.

ini kali aku kaji apa muslihat.

CNM

P166 LABUAN
1. Tan Sri Ibrahim Menudin - PKR
2. Hadnan Mohamad - PAS
3. Rozman Isli - BN

N2 - KOTA PUTERA
1. Adam Mat Said - PAS
2. Mohamed Abdul Ghani Ibrahim - PKR
3. Mohd Mahdi Musa - BN

N11 - SEBERANG TAKIR
1. Ahmad Nazri Mohd Yusof - PKR
2. Zakarian Dagang - PAS
3. Ahmad Razif Abd Rahman - BN

N21 SUNGAI ACEH
1. Badul Hisham Shaharin - PKR
2. Mohd Yusni Mat Piah - PAS
3. Mahmud Zakaria - BN

N25 - BUKIT BESI
1. Roslan Ismail - PAS
2. Mohd Shamsul Mat Amin - PKR
3. Roslee Daud - BN

N34 - PANTI
1. Azlisham Azhar - PAS
2. Mohd Annuar Mohd Salleh - PKR
3. Datuk Baderi Dasuki - BN

N39 - KOTA DAMANSARA
1. Ridzuan Ismail - PAS
2. Mohd Nasir Hashim - PKR
3. Halimaton Sadiah Hashim - BN
dan 3 calon bebas

Bagai Dedaun

Bagai Dedaun

...kita bagai dedaun
berpucuk bercambah menyeri
dek kerana embun dan mentari
subur menghijau melata di bumi Tuhan
meniti hari menempuh segala dugaan
angin ribut petir menyambar
tak goyah berpaut pada reranting tegar
tiba waktunya kering dan layu
gugur kembali ke perdu
seperti mana telah ditentukan-Nya.

CNM, 21/4/13

Kaji

Kaji

...kaji
dari semua segi
apa kelonggaran yang boleh dibaiki
mantapkan strategi
perkasakan amali
pasti menjadi...

...kaji
kenapa terjadi
lihat ke dalam diri
apakah sistem menepati
apakah dasar diperhalusi
jangan hanya duduk dikerusi
menunggu masuknya gaji...

CNM

Semuanya Cemerlang

Semuanya Cemerlang

tiada walang
semuanya cemerlang
seratus peratus turun padang
demi cemerlang
anak didik dijulang...

terkadang
ada yang tak pandang
sebelum menuding bersulam serkap jarang
mari sama-sama turun padang
apa kelemahan jadi penghadang
capai kejayaan terbilang...

CNM

Terjah

Terjah

...jangan suka terjah
nanti bawa padah
melayu kaya dengan adab yang tak goyah
adakah payah?
memberi salam bila nak masuk rumah
belajar berhemah
belajar erti ramah-tamah
tak pasal-pasal nanti kena tomah
nilai diri rendah
dek sendiri punya kerenah...

CNM

menukang

menukang

menukang dari dalam
terkesan ke tulang hitam
membetulkan yang kelam
suci dari segala dendam
prasangka tenggelam
timbul bahagia diidam...

CNM

Duhai Anak-anak

Duhai Anak-anak

...dalam bicara orang tuamu
ada rasa pahit yang menghadang
telanlah dengan redha
kerana ia penawar mustajab
sepanjang perjalanan hidup...

...dalam peringatan gurumu
ada butir-butir yang menggigit
rasai dengan tabah
kerana ia suntikan mujarab
sepanjang pelayaran hidup...

duhai anak-anak mengertilah.

CNM

Puisiku

Puisiku

puisiku puisi pendek
bagai pokok-pokok renek
subur menghijau bertenggek
tegak berdiri jarang sengek
tersusun molek
mudahan tidak jelek...

CNM

Esok

Esok

hari penamaan
hari pencalonan
bagi yang nak masuk pertandingan
merebut kerusi dewan
parlimen mahu pun undangan...

kepada calon
jangan kelentong
isi borang dengan betul
bagi SPR terima borang tak masuk tong
mudahan ada untung...

CNM

Hikayat Si Tukang

Hikayat Si Tukang

...tersebut satu kisah
kononnya di negeri bawah awan
diceritakan ada seorang tukang
yang diuar-uarkan sangat berkebolehan
membina rumah yang cantik dan disukai orang kebanyakan
dek terbuai oleh pujian
si tukang telah silap percaturan
membina rumah tanpa plan yang diluluskan
apabila rumah siap kelihatan cacat kiri kanan
lalu si tukang mula menuding sana sini
mahu melepaskan diri
dari dikeji atas kesilapan sendiri...

CNM

Menelanjang

Menelanjang

...untuk menang
calon-calon berperang
menelanjang lawan yang ada peluang
guna wang
guna jalang
guna konspirasi terancang...

jangan sampai sendiri terkangkang
jatuh terlentang
tak menang menelanjang.

CNM

alangkah!

alangkah!

...alangkah baiknya
andai semua pekerja
tidak sesekali lupa
tidak penah diulit alpa
seperti setiap bulan menerpa
mesin-mesin ATM tersedia
mengeluarkan kertas berchop gabenor bank negara...

CNM

Memilih

memilih

pilih
biar sahih
jangan salah pilih
hati pedih
jiwa mendidih
tersisih
hanyut bagai buih

CNM

15 April, 2013

Sengsara

Sengsara

bila datang kecewa
memerah jiwa
resah terbaja
menyubur barah luka
disirami juraian air mata
berbuahkan dendam berbara
hati rosak binasa
melahirkan sengsara...

CNM

Sihat

Sihat

i.
nak sihat
kena ambil ubat
kalau tak makin melarat
kian tenat
umur sekerat.

ii.
nak sihat
kena dengar amanat
semua pihak dilihat
keputusan hebat
pilihan tepat.

iii.
nak sihat
jauhi yang kurang sihat
arak dadah jangan rembat
amalkan pemakanan berkhasiat
biar berpeluh dan berkeringat.

CNM, 15/4/13, 8.29pm, THMK

Laut Kasih 256

Laut Kasih 256

memeluk kasihmu
memberi kekuatan pada cintaku
membugarkan rindu
membuakkan asmara
dalam keasyikkan gelora laut kasihmu.

CNM

bahasa apa lagi

bahasa apa lagi

bahasa apa lagi
nak kukatakan
untuk kaumengerti
ludahan bicara ke udara
bisa jatuh terjelepuk
ke batang hidungmu sendiri...

hati-hatilah berbicara
kerana yang berdegar-degar kata
selalunya kosong di dada...

CNM

Perang

Perang

i.
perang bersenjata
pengganas luar negara
menceroboh membabi buta
terkorban wira negara
mempertahankan negara...

ii.
perang poster
menjelang pilihan raya
bertetak berparang demi parti mereka
bila akal jadi tak rasional
provokasi membakar emosional...

iii.
perang media
menyerang individu di layar maya
video gambar lucah semua ada
apa nak jadi agenda tak beragama
membuka aib sini sana...

iv.
bertandinglah secara sederhana
demokrasi sihat yang membina
tidak menjatuh secara jijik sesama
pilihan raya sepatut jadi mulia
memilih pemimpin wibawa...

CNM, 14/4/13, 5.32pm, THMK

Dulu Ligat

Dulu Ligat

dulu aku ligat
beraksi tanpa rasa penat
sekali "training" tercabut urat
lalu kasut kugantung dengan rasa berat
kaki dah cacat
kenangan tak mungkin tersiat
dalam lipatan memori tersemat...

CNM

kasut yang paling aku suka
menjaring dengan bergaya
adidas Nova Mundial size 7

main wayang

main wayang

di pentas
berkata-kata
seelok rupa
seindah bahasa
menakluk jiwa

di kamar
beragenda
menconteng wajah
bertopeng syaitan
mengadai maruah

jual beli
untung rugi
tercatit kanan kiri
yang putih kekal abadi
yang hitam mungkin tersuci...

CNM, 13/4/13

Penat

Penat

i
tugasan makin berat
beban tugas berlipat
tenaga tinggal sekerat
di usia lewat
penat..

ii
media berselirat
memapar aksi bejat
konon bersih dari maksiat
tapi ligat
penat...

iii
pilihan raya kian dekat
kempen bertambah hebat
masing-masing tunjuk ambil berat
takut tak dipilih jadi ahli dewan rakyat
penat...

CNM

dia

dia

dulu dia
separuh nyawa
disinggahi leukemia
bertarung melawan kanser
syukur dipanjangkan umurnya
dia segalannya
dia mengajar erti tabah dengan ketentuan-Nya
terima kasih Ya Allah atas pijaman berharga...

CNM

Senyuman pagi

Senyuman pagi

Alhamdulillah
syukur kepada Allah
pagi tiba dengan senyuman terindah
merawat hati yang gundah
menangkupkan jiwa-jiwa terbelah
jadi lebih tabah
menerima ketentuan yang telah sudah
menempuh takdir yang bakal diredah
berserah lalu pasrah...

CNM, 12/4/13

menutup

menutup

kutangkupkan
daun jendela maya
dan kulabuhkan kelambu kalam
lalu aku berdiam
menunggu perginya pekat malam...

CNM

Layan

Layan

belum pun kenal
dilayan bagai telah terijab kabul
kerana memiliki sekeping hati yang tulus
ingin menyaksi kelopak senyuman
kembang di tangkai bibir
dia jadi pengucap ya
untuk apa saja...

CNM

Malam Memberi Isyarat

Malam Memberi Isyarat

dalam masa terdekat
akan belaku peristiwa hebat
apabila rakyat memberi mandat
maka semua pihak beri hormat
jangan pula timbul isu mengelat
sama-sama berpakat
negara dinaikkan darjat
semua merasai nikmat
semua memperoleh rahmat
dari perpaduan semua peringkat
dari rakyat untuk rakyat
sedarlah bakal Yang Berhormat...

CNM

Lima Haribulan Lima

Lima Haribulan Lima

marilah mari kita mengundi
tunaikan kewajipan pada pertiwi.

marilah mari jalankan kewajipan
memilih calon yang boleh diharapkan.

marilah mari keluar memangkah
kali ini usah silap langkah.

marilah mari usah gundah
keselamatan dijamin urusan dipermudah.

CNM

Izinkan

Izinkan

izinkan aku
melukis seulas senyuman
di bibir kasihmu...

izinkan aku
menyeka manik jernih
di tubir hatimu...

moga kamu
bertampan manis
hidup harmonis...

CNM, 9/4/13

hujan malam

hujan malam

hujan malam
sangat menggoda
suaranya membisik manja
ahh! aku jadi panasaran
giur pada kehangatan gebar gebu
di kamar ratu...

CNM

di matamu

di matamu

di matamu
aku soalah bebanan
katakan saja terus terang
aku boleh pergi
tiada sebutir zarah ingin menyakiti
aku masih ada Ilahi...

CNM

Mata

Mata

mata
hitam dan putih warnanya
ada juga yang biru mempesona...

hitamnya mata
hanya memandang ke luar sana
tak memandang ke dalam sukma...

putihnya mata
memandang ke dalam jiwa
membersih dari cacat cela...

sesekali terkeliru
dengan mainan nafsu
kembalilah ke perdu restu...

CNM, 9/4/13

malam gedik

malam gedik

malam tersenyum nakal
melirik kepadaku
dan kufahami benar
malam mengucapkan
selamat istirehat...

CNM

Buka

Buka

telah kausingkap
tirai jendela sukma
telah kaukuak
daun pintu jiwa
dan membiarkan bayu cinta
memenuhi kamar rasa
berlapang dada
bahawa air mata mungkin menitik
bahawa rindu mungkin berputik
sepanjang musim menunggu kasihmu...

CNM, 7/4/13

13 April, 2013

ada aku kisah

ada aku kisah

apa pun cerita
apa pun propaganda
telah kuputuskan
aku pilih mengundi
orang yang nak aku undi...

CNM

Laut Kasih 255

Laut Kasih 255

...andaiku mampu
mencanting pada kelir hatimu
akan kulukis siratan ranting kasih
berdaunkan rindu
berbungakan cinta
agar semerbak wangian bahagia
mengharum taman hatimu...

CNM

Kajang



aku datang
untuk jadi lebih matang
mengenali sepak terajang
dunia penuh wayang
sandiwara dalang-dalang...

aku bertandang
bukan hanya makan sate kajang
mencari ilmu dan rezeki terhidang
merebut peluang
demi kehidupan lebih senang...

kajang
katanya jenayah bukan kepalang
malam siang
tak kira masa menunggu ruang
mengenakan orang...

kajang
ada penjara buat petualang
bilik akhir untuk yang tiada peluang
hukum gantung sebagai jalan pulang
semoga menjadi penghadang jenayah terancang...

CNM, 4/4/13

Tukang

Tukang

pilihanraya menjelang
segala tukang
boleh buat wang
tukang tampal poster
tukang kibar bendera
tukang dakwat kekal
tukang peti undi
tukang rayu undi
tukang angkut pengundi
tukang masak kerani undi
semuanya masuk
pilihanraya menjana ekonomi negara...

CNM

Pakoh (loghat Klate)

Pakoh (loghat Klate)

Pakoh hok mok pakoh
jak dari mula ngundi
hok ni atuk nenek pakoh...

anok mok akan pakoh
hok mok mitak pakoh
tak sah gundah...

CNM

goblok

goblok

dalam kelompok
tak semua seronok
ada yang menyorok
tak nak menokok
hanya tumpang cedok
apa yang disogok...

Bubar

Bubar

terlakar
cabar mencabar
mulut celupar
bahasa kasar
menentang dasar...

tersiar
janji-janji dilempar
semoga benar
bukan onar
yang dikonar-konar...

sabar
akan tiba hari melakar
pilih yang tegar
pejuang sebenar
tidak pencalar...

CNM

Ranjang

Ranjang

...ranjang mengodaku
dengan haruman mawar
bercadarkan hamparan baldu
hati ditakluk bantal gebu
keseksian tilam memberahikan
nafsu tidurku...

CNM

hadir pergi

hadir pergi

...kita hadir
hadir dengan tangisan
tangisan kegembiraan
andai kita pergi
janganlah pergi
diiringi airmata kegembiraan...

CNM

tak sama

tak sama

...mengapa?
dilepaskan warna-warna kelopak hatimu
kepada pelukis jalanan
nescaya rona bancuhannya
tak menghasilkan potret jiwamu...

...kenapa?
dibiarkan pahat-pahat katamu
kepada pelarik jalanan
nescaya tusukan larikkannya
tak menghasilkan ukiran sukmamu...

CNM, 2/4/13

Selamat Pagi

Selamat Pagi

Syukur
senyum jangan terkubur
jalani hari tanpa takbur
berurusan dengan luhur
InsyaAllah akan makmur...

CNM 2/4/13

Putih Hitam Biru

Putih Hitam Biru

Putihnya malam
kerana adanya cahaya rembulan
Hitamnya siang
kerana adanya awan gemawan
dan
langit tetap membiru
pada siang dan malam...

CNM

Bergantung

Bergantung

saksikan;
pohon yang tumbuh
bergantung pada air dan tanah,
hujan yang mencurah
bergantung pada angin dan awan...

dan kita
bergantung pada alam
juga pada sesama manusia
untuk menyempurnakan hidup
tak akan mampu sendiri...

CNM

Pewarna

Pewarna

pasak-pasak bumi
berdiri teguh mengimbangi
putaran dan edaran di paksinya
hijau mendamaikan...

rerating sungai
bagai bulu roma
menghiasi wajah
biru mengasyikkan...

tujuh jalur pelangi
bagai kalung di leher bidadari
jingga senja
bagai kelubung sang dara
rona-rona pewarna...

CNM

memilih

memilih

...telah memilih
untuk menangis di kamar hati
ukirlah senyuman paling manis di pentas bibir
kerana yang berdarahan
adalah daerah paling sepi
tiada siapa akan mendekati
hanya kekuatan diri
mampu memulas tombol kesedihan
keluar ke dunia nyata mengejar sejalur pelangi
yang setia menanti...

itu pun jika mahu.

CNM, 8.10pm , 1/4/13, THMK

sah

sah

kauada;
televisyen,
sistem wifi,
telefon bimbit,
alat kawalan jauh,
pemanas gelombang mikro,
jika ada
sah kauhidup dalam gelombang...

CNM, 1/4/13

Berparut

Berparut

...selaut air mata tangis
tak mampu mengubah tragis
luka yang telah terguris
kekal berparut tak terkikis
hentikan titis
bersikap optimis
setiap sesuatu ada manis...

CNM, 30/3/13

Amanat Buat Kakak

Amanat Buat Kakak

telah kami terima
hadirmu dulu
penyeri hidup
membawa bahagia
menguat kasih sayang cinta...

telah kami sedaya upaya
beri kamu ruang dan masa
membantu apa yang ada
capai jaya
demi kehidupan di hari muka...

telah kamu bawa pulang
separuh kejayaan
teruskan berjuang
teruskan kecemerlangan
dalam mencari redha Tuhan...

ibu abah amanatkan
andai kami pergi dulu
bahawa adik itu
menjadi tanggungjawab kamu
membela sebagai mana abah ibu...

sesungguhnya adik amanah buat kita dari Yang Satu.

CNM, 30/3/13

Sekali dia datang

Sekali dia datang

sekali dia datang
beradu di teratak dada
sukar sekali dia nak pergi
datang menggangu kedamaian
datang menggugat ketenangan
aku jadi rimas...

wahai! batuk dan selsema
pergilah bersama bayu senja...

CNM

Pilih

Pilih

aku pilih mengundi
tak mahu demostrasi
negara ini demokrasi
boleh pilih yang rasi
tolak yang suka caci maki
maaf tidak kepada yang bersifat peribadi...

CNM

Politik dari Longkang IV?

Politik dari Longkang IV?

kepada pembangkang dan kerajaan
pemerintahan bukan medan ujian
silap langkah negara jadi habuan
bersatulah demi perpaduan
sama-sama menegak pembangunan
dalam mencari redha Tuhan...

berbeza pandangan
tak semestinya perlu bercakaran
jika sama-sama daulatkan kebenaran
tentu ada titik pertemuan
jangan kerana keegoaan
rakyat dimangsakan...

jika rakyat diutamakan
soal tetek bengek ketepikan
hidup dalam keharmonian
lebih mahal dari kekayaan
oleh itu aku mencadangkan
katakan tidak kepada politik keperibadian
politik longkang yang memualkan...

CNM, 29/3/13

Politik dari Longkang III?

Politik dari Longkang III?

kepada kerajaan dan pembangkang
usah terlalu lancang
mendedah hal pincang
aib orang
jangan diperkata sebarang
jika benar doakan mereka balik ke simpang
jika tak benar ia jadi fitnah yang menyongsang...

rakyat yang matang
usah mudah percaya pada berita goyang
siasat sampai ke tulang
buat keputusan ikut undang-undang
pilihanraya pangkah yang cemerlang
beri mereka peluang
membuktikan kejujuran berjuang...

jaga diri jangan diperkuda dalang
memecah belah kasih dan sayang
kita satu bangsa satu negara satu agama dalam satu dulang
jangan sampai tertumpah ke longkang
saling berperang
menegak kepercayaan dengan cara dilarang
sungguh tempang...

CNM, 29/3/13

Politik dari Longkang II?

Politik dari Longkang II?

...kepada kerajaan dan juga pembangkang
anda telah diberi mandat berjuang
laksanakan apa yang dirancang
jangan pula janji-janji hilang
menelan wang
rakyat dibiar terbongkang
menyelesai sendiri masalah mendatang
kelak kamu tak lagi ditatang
balik terperuk di tepi longkang
poket kosong suara sumbang
bagai telur tembelang
dibuang orang...

CNM, 29/3/13

Politik dari Longkang?

Politik dari Longkang?

pada kerajaan juga pembangkang
berpolitiklah dengan matang
pantang
idea bersilang
dikatakan curang
menghalang
sedang itu cadangan yang boleh dipertimbang
fikir renung sebelum dibuang
tilik pilih sebelum dikata penentang
baharu tadbir urus berkembang
bukan hanya terperap dalam wangian limbah longkang
berkilometer sudah menusuk hidung malang...

jangan sentap aku hanya beri pandangan.

CNM, 29/3/13

Mok! Aku Nak Make II (Loghat Klate)


...mok! aku nak make
suapan mok menyelera
biar aku cepat dewasa
gilire aku membela...

...mok! aku nak make
keringat mok tak akan kulupa
kasih saye mok bawa bahagia
moga kita ditakdir makhluk diredha...

CNM, 29/3/13

Ingat

Ingat

sahabat
kita telah diperingat
ikuti syariat
jalan hidup sihat
diberkat...

sahabat
kita saling memperingat
tegakkan syariat
sebelum berangkat
moga tiba dengan selamat...

CNM, 29/3/13

Salam Pagi Jumaat

Salam Pagi Jumaat

anda sihat?
alhamdulillah jika sihat
kalau kurang sihat
rajin-rajin makan ubat
semoga dalam limpahan nikmat dan rahmat
hidup selamat
dunia dan akhirat...

CNM, 29/3/13

Malam Membisik

Malam Membisik

"cikgu, lekas aku tak akan menunggumu, berpuisi ini esok boleh sambung lagi"
aku hanya mampu tersenyum dan malam berpaling dengan lirik nakal...

CNM, 28/3/13

tarik...

tarik...

jika malam ini
dingin menggigit naluri
tarik selimut
hangatkan rasa yang bergelora
dan lenalah dalam senyuman...

jika malam ini
hangat membahang diri
tarik daun jendela
biar bayu malam membelai
dan lelaplah dalam kedinginan rasa...

CNM, 28/3/13

Bila Meminta

Bila Meminta

selagi belum berakhir
tempoh berkempen
suara-suara meminta
jika dizahirkan
bagai musafir yang kehausan
mengharap seteguk air di Sahara...

setelah diberi mandat
dengan sepenuh kepercayaan
jangan pula jadi penjarah
mengikis hak rakyat
yang bertahun
menadah titisan hujan...

CNM, 28/3/13

Laut Kasih 254

Laut Kasih 254

...malam ini dinda
ingin aku berbaring ke dada rindu
mengucup wangian cinta
biar haruman menyelinap ke nadi
membangkit hangat laut kasih suci...

CNM, 28/3/12

Melompat



...pilihanraya dah dekat
jom pakat pilih pemimpin hebat
berkorban untuk rakyat
bukan calon cakap saja ligat
lepas dapat mandat
lesap entah ke mana melompat
bagai katak dihambat...

CNM, 28/3/13

Mok! Aku nak make (loghat klate)



...mok! aku nak make
kalu bulih nak hati belale
sedak bena nak tele...

...mok! aku nak make
ulat belecah atah daun mokte
sedak bena nak keme...

CNM, 28/3/13

Biar Ada dari Tak Ada

Biar Ada dari Tak Ada

...biar ada dari tak ada
boleh juga tengok di depan mata
kalau tak ada
asyik terbayang saja
lama-lama boleh jadi gila...

...biar ada dari tak ada
boleh juga bertegur sapa
kalau tak ada
sepi seribu bahasa
lama-lama boleh sakit jiwa...

CNM, 28/3/13

yang bersalah

yang bersalah

...yang bersalah
belum ditanya
air mata laju menitis
kelu tanpa bicara
hanya esak tangis sesalan...

...yang bersalah
belum ditanya
amarah membuak-buak
bagai karakatoa meletus
memuntahkan sandiwara...

CNM, 28/3/13

Pangkah

Pangkah

...orang kampung diperdaya
katanya pangkah kalau tak suka
jadi hati-hati dalam pilihanraya
pangkah bermakna itu yang dipilih
pangkah bukan tanda tak suka...

CNM

Seminggu Dua

Seminggu Dua

...seminggu dua
ramai calon-calon wakil rakyat
bergerak ligat
memberi amanat
minta diberi mandat
kalau tak kocek tak sendat
nak bercakap pun pelat...

...seminggu dua
kaki-kaki pasang bendera
kiri kanan masuk upahnya
tak kira hijau biru merah atau jingga
semua dipacak ikut selera
yang penting habuan berganda
poket penuh kertas bergambar gobenor bank negara...

CNM

Terbubar

Terbubar

esok
DUN Negori terbubar
pengundi dah tak sabar
ada yang nak tukar
ada yang tak nak tukar
masing-masing ada hak
gunalah dengan bijak
jangan main lantak
lima tahun dilanyak...

CNM

Cinta Kecut

Cinta Kecut

cinta yang mengecut
bikin hati takut
fikiran melalut
kerana kesetiaan bisa mereput
kasih sayang kian surut
rindu gugur melurut
jatuh ke bumi melarut
luput
jadi baja rumput...

CNM

singkir

singkir

...singkirkan
gusar yang menjalar
setelah gagal...

...kegagalan
tak bermakna
berakhir kehidupan...

...ia hanya permulaan
langkah mengejar
sebuah kejayaan...

CNM, 27/3/13

belum pasti



...sinar mentari
tak menjanjikan pelangi menyeri
adakala bayu
meniup awan kelabu
bergumpalan menyesak langit hati
dan titis jernih membelah pipi
gugur ke dada sepi...

CNM, 27/3/12, THMK

Daerah Paling Sepi

Daerah Paling Sepi

...sukar
memilih insan
menghuni daerah paling sepi
mewarnai hari dengan rona pelangi
di dataran sekeping hati...

...sukar
memahami insan
yang menghuni daerah paling sepi
untuk mengukir senyum di bibir
mengusir hambar yang mampir....

CNM

basah kering

basah kering

..jiwa yang seringkali basah dengan air mata hati
suatu ketika akan mengering bagai sahara
dan tiada lagi oasis buat menumpang teduh...

CNM

Hamparan

Hamparan

dari puncak
kelihatan menghijau
hamparan janji...

dari bawah hamparan
bertunas akar-akar kepalsuan
tersingkap kepura-puraan...

CNM

Laut Kasih 253

Laut Kasih 253

...ombak rindu
membelai pantai kasihku
sejak bayu cinta kita bertemu
di bawah langit kesetiaan
bersaksi pelangi kejujuran...

CNM

Terbit



selagi terbit mentari di ufuk timur
masih terbuka keampunan
dalam simpang siur
nista dan noda
yang diperingati...

waspada berpegang pada tali-Nya.

CNM

Cahaya Gasolin


...besar jasanya
cahaya gasolin ini
selain 'pelita ayam'
cahaya lampu ini
jadi saksi
aku pandai menulis baca
pandai mengukir suara
menitip kata
di dada maya...

CNM

Kudup Cinta

Kudup Cinta

...mekarkan kudup cinta
dengan janji tanpa dusta
moga harum nektar asmara
membugar kasih yang dibaja
bersaksi pelamin masa...

CNM

tak mampu

tak mampu

aku hanya insan biasa
tak mampu
pastikan semua hati
kering tanpa titis luka
dan bibir dengan merah senyuman...

aku hanya insan biasa
tak mampu
tanpa kamu di sisi
walau kutahu
akhirnya akan sendirian...

CNM

Jadi



...jadi seperti cahaya
lurus walau terhalang
tak sekali curang
melaksana tugasan
di segenap penjuru alam...

CNM

Cahaya Pagi



Cahaya pagi
menyuluh suci
sehari lagi
diberi menikmati
rahmat Ilahi.

Syukur Alhamdulillah.

CNM