Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
Andai rindu mampu merayu tak ingin katanya bertamu aku jadi lelah melihat air mata pilu aku jadi sebak melihat wajah sendu aku jadi gelisah melihat senyum tak bermadu. Andai rindu mampu berlagu akan didendang lagu kenangan masa lalu agar terbuai emosi yang membelenggu lupa sejenak rindu menyesak kalbu membuai rasa waktu ke waktu.
No comments:
Post a Comment