Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
Filem-filem kehidupan di atas pentas lakonan dunia berputar tanpa henti tema dan plotnya kita yang tentukan permulaannya kita yang mulakan pengakhirannya juga kita yang sudahkan pilihlah watak-watak yang dilimpahi nur ketakwaan berpandukan as-sunnah dan al-quran moga lakonan kita lakonan orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment