Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
Siang cuma miliki mentari malam miliki bulan dan bintang mengapa? adakah kerana perimbangan gelita malam yang menghadkan pandangan diimbalkan dengan keindahan kerlipan berjuta bintang dipesonakan dengan cahaya bulan mengambang sedang siang sudah cukup terang mewarnai cakerawala alam Subhanallah indahnya ciptaan-Mu.
No comments:
Post a Comment