Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya. Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya. Tiada sempadan tiada rahsia. Semua insan diundang membaca.
05 August, 2015
MALAYSIA SEHATI SEJIWA
Malaysia
Ampuh di persada dunia
Lantunan usaha teraju bangsa
Anjur pembangunan buat rakyat jelata
Yang terbukti mencapai agenda
Sosial ekonomi terlonjak ke menara
Insani terbina berlandas ajaran agama
Anggun di mata dunia.
Sehati
Ego ditolak ke tepi
Hayati erti kemerdekaan sejati
Amanat bapa kemerdekaan digenggami
Tunjang kecemelangan dikecapi
Imbalan selayak dinikmati.
Sejiwa
Etika satu bangsa satu negara
Jelmakan dalam tingkah bicara
Institusi keluarga terbela
Warga masyarakat bahagia
Anugerah bangsa merdeka.
CNM, 26/7/15
No comments:
Post a Comment