Laut kasih 363
Dari sinar mata yang berkristal
jelas terpintal sebuah kepastian
kerana setiap tutur katamu
mewangi haruman kejujuran
menawan sukma ini.
Dari manis lengkung ulas bibir
terpancar cahaya kebenaran
kerana dalam indah susun kata
aroma keikhlasan tertabir
menakluk sanubari ini.
Aku terbelenggu
dalam laut kasihmu.
CNM, 16/10/14
No comments:
Post a Comment