Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
11 September, 2013
Sasau
Sasau
berderau
suara yang parau
meracau
memalu degup seriau.
mulus selembar gebar
yang kauhampar
tercacah dek selumbar
keegoanmu meluncur layar.
No comments:
Post a Comment