Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
10 March, 2013
Wahai Gadis
Wahai Gadis
kumbang jalanan
mempersembahkan sedulang janji bermadu
buat memecah liur cintamu
hati-hatilah dengan lemak santan penuh racun
kelak kelapa mudamu ditebuk tupai
diteguk manis airnya
ditinggalkan kamu gugur sebelum masanya.
No comments:
Post a Comment