Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
tinta hati menganyam puisi mengetuk pintu-pintu hati seni menyerap wangi haruman kasturi dalam bait-bait kata penuh erti yang digubah dari ilham Ilahi.
tinta hati melakar realiti jadi panduan arah melayari samudera penuh onak dan duri belayarlah bertemankan jati diri yang dikutip sepanjang pantai kebenaran hakiki.
No comments:
Post a Comment