Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
di sebahagian dunia
hujan mencurah bagai bertahun dilanda kemarau
di sebahagian dunia
bumi kekeringan bagai bertahun menanti setitis hujan
di sebahagian sudut hati
tersiat dek tingkah yang menyembilu luka
di sebahagian sudut hati
ketabahan menerima takdir ketentuan-Nya.
No comments:
Post a Comment