Duhai perantau
Duhai perantau
kala takbir raya bergema
muncullah di pintu hati orang tuamu
selagi mereka masih ada
kembalilah jangan dilupai
kerana tanpa mereka
tidak mungkin takbir itu didengari.
Duhai perantau
andai kamu mampu
bahagiakan hati orang tuamu
kerana nantinya
sampai waktu dan ketika
kamu menunggu kepulangan anak-anak tercinta
sama seperti mereka.
CNM, 26/8/11, 16.30 pm
No comments:
Post a Comment