Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
Lelah pun lelah bila diri tak mengendah tubuh badan yang termengah-mengah mengejar waktu menyelesaikan amanah amanah yang bertambah-tambah seakan tak sudah.
Nafas pun berhelah mencari ruang menghela gundah khuatiri sakit menyinggah kelak tugas punah ranah haruslah mengatur rehat dengan berhemah agar diri tetap berdiri gagah.
No comments:
Post a Comment