Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

31 March, 2011

KHS



1 April 2011
genap 92 tahun usia
banyak sudah sejarah ditempa
nakhodamu silih berganti
sejarah demi sejarah tercipta
namamu megah dipersada
jadi kebanggaan seluruh warga.

Pada usia ini
setiap langkah diperhati
langkah bermaruah jadi jati diri
menempat diri dalam institusi disegani
membina modal insan dibangga pertiwi
wargamu punya paduan hati
membina empayar tersendiri.

Ramai tokoh bermula di sini
menempa kejayaan diri
setanding tokoh-tokoh dihormati
kembalilah membantu kemari
untuk generasi modenisasi
mewarisi kecemerlangan tradisi
zaman berzaman telah diketahui.

~CNM, 31/3/11, 20.38 pm~


29 March, 2011

Sepi

Biar sepi datang bertamu
kerana ia mencelikan mata
kita tak mampu hidup sendirian
telah dijadikan Pencipta
kita ini berpasang-pasangan
terimalah pasangan
seadanya
kerana dialah
pelengkap kekurangan kita
kitalah penampung kekurangannya
sepi mengajar erti ikatan silaturrahim.

~CNM -ilham rasa-, 29/3/11, 22.38~

Kunci



Keceriaan
ketenangan
Kebahagiaan
KUNCInya
ada pada hati.

Alangkah malangnya
jika hidup ini dipenuhi
hal-hal yang tidak mengembirakan
KERANA
"di sana" kita belum tentu bahagia.

Hanya
doa dan amalan kebaikan
yang mampu kita bekalkan
bersama iringan doa
anak-anak yang soleh.

~CNM, 29/3/11, 20.50 pm~

Gapailah




Dakilah walau tujuh gunung
renangilah walau tujuh lautan
panjatlah walau tujuh puncak
redahilah walau tujuh lembah
jika di sana
ada sebuah kejayaan
ada cahaya kegemilangan
yang diredha Tuhan.

~CNM, 29/3/11, 20.18 pm~

Senja ini



Senja ini
hati berbisik lirih
katanya tak ingin bersuara
menyata yang menyesak dada jiwa
biar saja resah itu pergi bersama hela nafas
pergi jangan kembali biarpun hati kian lelah.

Senja ini
hati kian lelah
lelah menanti penghujung episod duka
dipadamkan cahaya lentera pemulanya
biar gelita asalkan hati bercahaya pelangi
dalam diamnya yang penuh pengharapan.

Senja ini
kala malam menghambat langit jingga
kaku dan kelu lidah
diam termanggu
menatap gelita malam
menelan rakus cahaya mentari.

~CNM, 29/3/11, 19.34 pm~

28 March, 2011

Ditoreh sembilu nista



Hati yang ditoreh sembilu nista
akan bernanah duka
membajai pucuk dendam
menyubur rimbunan sengketa
merosakkan tali persaudaraan
terlerai ikatan persahabatan
menjerumuskan insan
ke lembah kebinasaan
tinggal dalam api kemarahan
yang membakar jiwa dan perasaan
mengepulkan asap dan debu kemusnahan.

~CNM, 28/3/11, 21.52 pm~

Usah lari



Usah lari dari masalah
teruskan berjuang sampai sudah
jangan cepat mengalah
tempuhi dengan tabah
InsyaAllah masalah akan belah
yang tinggal pengalaman indah
jadikan kita gagah
tidak alah
atasi kerenah
dengan megah.

CNM, 28/3/11, 18.31 pm~

27 March, 2011

Aku seekor kuda



Aku seekor kuda

hidupku tak seindah hidupmu insan
namun kusyukuri anugerah Ilahi
ditakdirkan hidupku kuat berlari
menjadi teman kepada yang sudi
menghargai ciptaan Tuhan tak seperti
kita sama jua makhluk di bumi
ada amanah dipertanggungi
redhalah insani
moga jadi makhluk dirahmati
sebelum nyawa pergi tak kembali.

~CNM, 27/3/11, 18.27 pm~

Akulah Ulat



Akulah Ulat

Aku ulat
bukan pengkhianat
bukan penjahat
hidupku membawa rahmat
kepada makhluk aku berkhidmat
seperti mana yang diamanat
pentadbir alam pemberi rahmat.

~CNM, 27/3/11, 17.20 pm~

Bicara Pohon ini



Bicara Pohon ini

Kesukaran hidup ini
ujian tak terperi
namun kekentalan diri
mampu buatku bertahan di sini
di persekitaran anugerah Ilahi
usah gusar usah ragu tentu ada rezeki
yang datangnya dari pintu-pintu tak disangkai
selagi ada keredhaan di hati
kehidupan jadi syurga duniawi.

~CNM, 27/3/11, 17.11 pm~

Dingin yang melemaskan



Dingin yang melemaskan
di penjara rindu
ciptaan jiwa yang kesepian
menanti tibanya suara kepastian
bersama angin seberang
melewati masa-masa silam
yang dirantai pengharapan
mendambakan kebahagiaan
bersama yang ditahtakan.

~CNM, 27/3/11, 16.16 pm~

Ketenangan



Ketenangan

Rasa ketenangan
menyerap dari alam
mengubati guris-guris di hati
bertaut kembali
mengusir duka
ke cenuram berpusara
lenyap bersama pusar air mata.

~CNM, 27/3/11, 15.21 pm~

Dingin

Air mengalir



Air mengalir

Pada usia mudamu
begitu hebat engkau menghakis
mendalam aluran
memamah dasaran
membentuk lurah V
jeram juga air terjun
lubang periuk juga lubuk pusar
begitu rakus kamu
mengukir muka bumi
jadi tali berarus tak putus
menuju ke muara
mencari delta hijau yang damai.

~CNM, 27/3/11, 10.51 am~

Suara air



Desiran air yang menderu
merungkai penjara pilu
dingin membaluti hati yang sayu
berputik kedamaian di kalbu
menelan gundah gulana yang membelenggu
dimamah percikan rindu
ketenangan datang bertamu
senyum meranum di ulas bibir tanda hati berlagu.

~CNM, 27/3/11, 7.48 am~

Embun



Embun di hujungnya daun
menitis lalu berderai
jatuh membasahi kekontangan bumi
menyubur benih-benih usang
tumbuh pohon
melata ke serata alam
jadi rezeki hidupan.

~CNM, 26/3/11, 23.14 pm~

23 March, 2011

Kesian cinta


Kesian cinta
sering dilabelkan buta
sedangkan cinta tak punya mata
sebenarnya cinta adalah emosi rasa
kurnia yang Esa
satu nikmat di dunia kepada manusia.

Kesian cinta
sering disalahkan uda dan dara
jadi punca hidup mereka merana
sedangkan mereka buta dalam bercinta
tak mengenal intan permata atau kaca
ikut nafsu semata.

~CNM, 23/3/11, 20.22 pm~

20 March, 2011

Cinta "Kayap"


Yang tiada harapan masih diharap-harap
merindu-rindu sampai tertiarap
sedangkan curahan kasih tak diharap
tinggallah sendiri meratap
sedih pilu menyentap
hati kian ranap
jiwa merayap
rasa kasih di kalbu kian lenyap
bersama kepalsuan cinta "kayap".

~CNM, 20/3/11, 21.13 pm~

Lampu minyak tanah



Di bawah sinaran lampu minyak tanah
aku belajar menulis mengira
hingga aku
pandai tulis baca
pandai mencongak
sinarmu
walau tak seterang neon
sungguh bermakna
cukup menerangi alam remajaku
menemaniku kala menimba ilmu
walau kini engkau semakin dipinggirkan
namun jasamu tetap kukenang
cahayamulah yang menyinar
menerangi hidupku kini.

~CNM, 20/3/11, 17.18 pm~

19 March, 2011

Kupohon



Ya Tuhanku
pada keheningan pagi ini
kumengangkat kedua tangan
memohon petunjuk-Mu
tunjukkan daku jalan yang benar
jalan lurus yang Engkau redhai
moga nantinya tergolong daku
dalam kalangan orang-orang
yang mendapat hidayah-Mu.

~CNM, 19/3/11, 7.12 am~

18 March, 2011

Maggi Kari Jantan



Senja ini
kecur mulutku
berahikan maggi kari jantan
lantas aku bangkit
memanaskan kuali
bersama air bersih
kuhangatkan hingga menggelegak
kumasukkan maggi kari bersama rencahnya
kupecahkan dua biji telur ayam
kubiarkan seketika
nah!!! haruman maggi kari jantan
sungguh menyelerakan
kunikmati bersama 'special hero'ku.

~CNM, 18/3/11, 18.18 pm~

Sayang anakku



Sayang,

Selagi ada hayat abah ini
akan abah gembirakan hatimu
kerana kamu anugerah
kerana kamu amanat
kebahagiaanmu,
kebahagiaan abah jua
deritamu,
derita abah jua
Ya Rabbi
perteguhkan kasih sayang antara kami
kurniakan kami hidup yang sejahtera
buat meniti ketetapan-Mu.

~CNM, 18/3/11, 17.18 pm~

Kuasanya air


Lihatlah pada air
tidak pernah berhenti mengalir
di serata pelusuk alam
lembut dingin lagi menyejukkan
namun kuasanya cukup mengerunkan.


Jika air mencurah
dari perut komulonimbus di pelantar langit
segenap lopak lurah lembah digenanginya
kita perlu waspada
limpahannya bisa meragut nyawa
merosakkan tanaman dan ternakan.

Jika air membadai
dari lautan luas terbentang hingga ke kaki langit
segenap lorong akan dirempuh
tiada siapa mampu menghalang
kuasanya tak akan tertahan
hanya doa dan harapan
mampu dipanjatkan kepada Tuhan
agar dilindungi dari kemusnahan.

~CNM, 18/3/11, 14.34 pm~



17 March, 2011

Di sini selesa



Di sini selesa baginya
kehidupan biasa-biasa
bagi kita daif menyiksa
namun bagi mereka syurga
lihatlah ramai lagi insan hidup melara
jangan bersedih jika kita ditimpa duka
jadikan semuanya
ingatan untuk lebih menyata
syukur kepada yang Esa.

~cnm, 17/3/11, 22.33 pm~

Jaga-jaga



Pada malam yang gelita
ada nyawa keluar meraja
memburu membunuh mangsa
demi kelangsungan hidup di dunia
yang kuat pasti berkuasa
licik memperdaya
cuma jangan dilupa
suatu ketika
giliran kita yang kena
waspada
jaga-jaga
hidup tak lama!!!

~CNM, 17/3/11, 18.40 pm~

16 March, 2011

Ukiran Pohon


Setiap kejadian ciptaan-Nya
tersembunyi seribu rahsia
jika kita mahu melihat petanda
tidak dijadikan-Nya sesuatu untuk sia-sia
kitalah yang perlu memerah minda
mencari akan tanda kekuasaan yang Esa.

Pada pohon itu
terukir jalur-jalur bisu
diam kaku
namun ia bukan palsu
memberi tanda yang jitu
dan yang hidup perlu tahu
kehidupan anugerah Tuhan yang satu.

~CNM, 16/3/11, 16.47 pm~

Dari kaki tangga ke puncak menara



Dari kaki tangga
kudaki ke puncak menara
bersama amanat bonda
kugenggam pesanan sepenuh jiwa
kuselusuri jalan ke puncak jaya
ditemani sang ratu yang setia
melolosi onak duri suka duka
jerih perih kecewa bahagia
bukan mudah untuk tiba
ke tahta yang bercahaya
syukur kepada yang Esa
menunjukkan jalan yang mulia
moga hidupku dan matiku diredha.

~CNM, 16/3/11, 14.33 pm~

Indah ciptaan-Mu



Indah ciptaan-Mu
Maha suci Engkaulah Pengurnia
tiada yang lebih Agung dari-Mu
tiada yang lebih Pemurah dari-Mu
Tuhan seluruh semesta Alam
Maha mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi
lindungilah kami dari segala musibah
lindungilah kami dari petaka dunia dan akhirat
sesungguhnya balasan-Mu amat pedih
hanya kepada-Mu Ya Allah kami berserah.

~CNM, 16/3/11, 12.36 pm~

Bangkitlah


Kita dari lembah
merangkak dan bangunlah
daki anak-anak tangga cabaran
kumpulkan segunung kekuatan
agar puncak kajayaan akan jadi milik kita
muridku!!!
bangkitlah
dalam masa yang masih tersisa
kamu mampu gapai puncak impian
meletak diri sebaris yang telah menjejaki
gendung ilmu itu.

~CNM, 16/3/11, 12.10 tgh~

Syukur



Ya Rabbi
kuucapkan syukur kepada-Mu
mengurniakan rezeki
jadi aku hidup lebih selesa
kulihat ada lagi insan lebih derita
hidup dalam kedaifan
semua yang aku lihat
memberi pengajaran
memberi peringatan
bersyukurlah
dengan apa yang kita miliki.

~CNM, 16/3/11, 11.55 am~

11 March, 2011

Tsunami

Namamu asalnya dari negara matahari terbit
datangmu selepas gegaran gempa bumi
datangmu selepas meletusnya gunung berapi
di dasar laut penuh rahsia.

Begitu lebar dirimu sepanjang 200 kilometer
kau bergitu tangkas bergerak mencecah 800 kilometer sejam
ketinggianmu menggalah 27 meter
kau memusnahkan ruang suci yang kau lewati.

Tanggal 11 Mac 2011
kau lawati kepulauan Jepun dengan terjahan maut
tanpa tanda tanpa amaran
menjemput insan ke pusaramu
tsunami sejarahmu pasti terpahat di lubuk memori.

CNM, 22.05 pm, 11/3/11

10 March, 2011

Ilham rasa

Ilham rasa
datang menguja
membuka pintu minda
tersingkap tirai kisah dulu kala
indahnya zaman remaja
teman-teman ramai sekepala
usik mengusik perkara biasa
meniti hari dengan gurau senda
kini cuma tinggal dalam album minda
sesekali terimbau cerita suka duka
hidup di desa
bahagia, sejahtera, aman sentosa.

~CNM, 10/3/11, 22.47 pm~

Urbanisasi

Urbanisasi

Satu proses modenisasi
Ligat terjadi
mengubah ruang kini
dari kampung jadi bandar gergasi
manusia makin ramai lupa diri
kemudahan makin canggih menakluki
bandar kian besar merangkumi
ruang kian sempit untuk berdiri
kesesakkan bukan asing lagi
udara kotor sudah sebati
alam kian berdaki
itulah kesan urbanisasi
nak maju dengan industri
akhirnya sendiri rugi
pelbagai masalah membanjiri
sesak dada sehingga nafas terhenti.

~CNM, 10/3/11, 21.40 pm~

3G

3G: Gelinyau Gatai Gedik

Gediknya kau wahai dara
pakai baju tak cukup ela
nampak pusat macam telaga
baju belah nampak lurah di dada
kain belah tepi nampak paha
aduh!!! menyucuk mata
gelinyau tak kira masa
gatai tak mengira usia
ingatlah pengedik yang jelita
hidup ini sekejap saja
jangan bangga mengumpul dosa
kelak tak tertanggung seksa
kembalilah mentaati syariat yang Esa
maaf kalau terasa.

~CNM, 10/3/11, 21.17 pm~

09 March, 2011

Cahaya keinsafan

Malam menginjak tua
menguja gelojak hati muda
mencari sarang lubuk-lubuk noda
berpesta "jantan betina"
lupa akan dunia hanya fana
ya Tuhanku
mohon dijauhkan dari bala
musibah dari segelintir yang alpa
kurniakanlah cahaya
keinsafan kembali kepada syariat-Mu yang Esa.

~CNM, 9/3/11, 23.07 pm~

Hujan airmata

Hujan airmata tidak bisa
tidak bisa membasahi dataran jiwa
dataran jiwa kering tandus kekontangan rasa
kekontangan rasa di hati yang berbara
hati yang berbara dek kerenah sang pendusta
sang pendusta yang tidak pernah mengira
tidak pernah mengira akan tindak bicara
tindak bicara yang merobek dada
merobek dada insan-insan yang jadi mangsa
jadi mangsa kedurjanaan yang tak takut dosa.

~CNM, 9/3/11, 20.48 pm~

Ilham rasa

Ilham rasa
datang tanpa dijangka
lantas kugerakkan jemarian mengikut irama
menari di atas papan kekunci dengan selamba
menyusun bait bicara
berkongsi memori ilham rasa.

Aku duduk di sofa membaca
nukilan-nukilan teman seadanya
mengambil iktibar dan manafaat dari mesej tertera
kujadikan panduan dalam meniti kehidupan yang penuh pancaroba
moga aku dirahmati yang Esa
dipelihara dari musibah dunia
di akhirat ditadirkan mendapat syafaat kekasih-Nya.

~CNM, 20.26 pm, 9/3/11~

Sesekali

Sesekali inginku menulis sehebat sasterawan negara
namun kutak punya idea setinggi mereka
lalu aku tuliskan apa yang ada dalam minda
terzahirlah bicara biasa-biasa saja
moga tidak menjemukan anda yang membaca.

Sesekali aku kekeringan kata
lalu berdiam diri lebih bermakna
merenung akan diri yang lemah tak berdaya
untuk menyaingi kehebatan pemuisi bertaraf pujangga
namun aku akan terus menganyam bait kata
moga ada yang mendapat maanfaat darinya
walau dalam sebaris ayat yang dipandang hina.

~CNM, 9/3/11, 17.51 pm, BBB~

07 March, 2011

Malam sendiri



Malam berjalan sendiri
tiada bintang tiada bulan
yang ada hanya tangisan embun
membasihi pipi gelita malam
berkilau titisnya disinari neon
dingin embun seakan mengerti
sepinya malam sendiri menanti sinar pagi
di titik pertemuan bersaksikan isi alam.

~CNM, 7/3/11, 22.56. pm , bbb~

Kutak ingin



Kutak ingin berbicara pasal cinta
kerana cintaku telah kutahtakan
di singgahsana baldu berambu-rambu
di sisi sang ratu yang setia menunggu
dalam susah dalam senang hidupku.

~CNM, 7/3/11, 22.43 pm, bbb~

Mentari



Mentari ditirai awan mega
malu-malu memancar cahaya
di celahan kabus dan kabut senja
meronakan wajah langit seakan berduka
ditemani mendung berarak hiba
nantinya mencurah hujan sengsara
ke teratak jiwa yang bergelora
mencari sebutir permata kurnia yang Esa.

~CNM, 7/3/11, 21.52 pm , bbb~

Cahaya



Cahaya
terangilah alam gelitaku
moga nanti mata hati mampu
melihat tanpa ragu akan kebenaran
pada tanda-tanda kebesaran-Nya
di laut, di bumi dan di langit
agar jadikan aku hamba yang bersyukur
atas kurnia-Mu ya tuhanku.

~CNM, 7/3/11, 21.36 pm, bbb~

Malam ini



Malam telah tiba dengan senyuman
mengasak senja ke ufuk mengekori mentari pergi
redupnya gelita malam membangkit gundah
hati insan menerawang ke pelusuk alam semesta
merenung takdir sendiri yang menanti tak pasti.

~CNM, 7/3/11, 20.31 pm~

Senja hari ini




Senja ini redup lagi
awan tunjuk wajah ingin menangis
membawa sarat kandungan air suci
di bawah pelantar langit jingga
mengikut haluan angin
tiba detik mencurah membasihi
bumi gersang dek hangat bara mentari siang
menanti embun malam yang dingin bertamu
menemani gelita malam yang menunggu tiba cahaya fajar.

~CNM, 7/3/11, 18.16 pm, bbb~

06 March, 2011

Pelik3

Ramai yang ghairah mencari petua awet muda
tetapi tak ramai yang kisah alpa di usia muda,
Ramai yang berebut-rebut nak jadi kaya
tetapi tak ramai yang berebut memperdalamkan agama,
Ramai yang beriya-iya nak jadi ternama
tetapi tak ramai yang beriya-iya mencari keredhaan yang Esa.
Pelik!!!

~cnm, 6/3/11, 20.59 pm, bbb~

Harapan



Keindahan yang kita impikan
kecantikan yang kita dambakan
kebahagiaan yang kita harapkan
kedamaian yang kita inginkan
dalam perjalanan menemui Ilahi
andai
kejelikan,
keburukan,
kesengsaraan,
kekalutan,
yang ditemui
terimalah dengan reda
kerana itu semua hanya menguji
keimanan yang membawa ke alam abadi
keimanan yang dinilai tinggi
moga kita dirahmati
jadi hamba yang mampu mengucapkan syukur kepada Ilahi.

~CNM, 6/3/11, 15.54 pm, Bidor Perak~

05 March, 2011

Pelik2

Ramai ibu bapa
yang menyatakan kasih sayang mereka
kepada anak-anak tetapi;
Sayangkah?
anak yang tidak mempunyai lesen memandu
dibenarkan memandu/menunggang di jalanraya.
Sayangkah?
bawa anak naik motorsikal
tapi tak dipakaikan topi keledar,
Sayangkah?
anak-anak makan dalam kenderaan dimarah
anak-anak tak pakai talipinggang keledar tak kisah.
sayangkah?
jika
anak-anak diajar melanggar undang-undang.
Pelik!!!

~CNM, 4/3/11, 22.46 pm~

Pelik 1

Ramai orang kata dia prihatin
tapi dalam banyak hal depa buat 'sardin',
ramai orang kata dia penyayang
tapi bila ada kecemasan depa buat tak pandang,
ramai orang kata dia pemurah
tapi bila ada yang minta sedekah depa jerkah,
ramai orang kata dia tak kisah
tapi cuba kena batang hidung depa, terkeluar sumpah seranah,
ramai orang kata dia nak cantik
tapi bila makan depa pulun sampai tercekik,
Pelik!!!

~CNM, 4/3/11, 21.50 pm~

Aku 4/3/11

Aku duduk di sofa gebu
berwarna coklat kegemaranku
membaca bait-bait bicara kalbu
yang dikarang indah tanpa jemu
menyatakan isi hati yang terbuku
ada yang terkesan jadi panduanku
buat meniti hari yang berliku
menuju Tuhan Yang satu.

~CNM, 4/3/11, 21.02 pm~

02 March, 2011

Airmata

Dalam titisan airmata
ada warkah gurisan rasa
untuk tatapan pendusta
yang merobek jiwa
menabur duka menyemai sengsara.

Biarkan airmata
gugur membasuhi kata nista
yang hanya pemanis bicara
tiada apa makna
melainkan gerhana
yang akan melanda.

~CNM, 2/3/11, 23.23 pm~

01 March, 2011

Rama-rama



Rama-rama
pelbagai warna
hinggap menghisap madu bunga
manisnya mengecap aroma
pada bunga yang dipuja
direda yang Esa
meniti bahagia
ke syurga.

~CNM, 1/3/11, 20.35 pm~

Rezeki



Di kali itu
ada rezekimu
sabarlah mencari sampai ketemu
kerana rezeki akan hadir tanpa disangkamu
anugerah Tuhan yang satu
pohonlah kepada-Nya selalu
dalam setiap detik yang berlalu
nescaya akan diperkenankan-Nya berkat doa restu.

~CNM, 1/3/11, 20.20 pm~

Kecantikan



Kecantikan yang engkau punyai
iringi dengan hati murni
tingkah yang menakluki hati
jadi sempurna peribadi
jangan sesekali
carikkan kepesonaan anugerah Ilahi
dengan segala kerenah yang dibenci
hidup menempuh arus dengki
jadi barah mencacah rupa dewi
yang merendahkan martabat diri.

~CNM, 1/3/11, 20.05 pm~

Wajahmu



Berseri wajahmu
menguntum bagai kembang bunga
mencuit hati hatiku
memberi senyum semanis madu
terlukis tahta bahagia
pada dada langit sejahtera
yang mengamit jiwa
menyata rasa
berbunga cinta
kepada ratu yang bertahta.

~CNM, 1/3/11, 19.24 pm~

Aimran



Aimran
hadirmu menambah seri
menguntum hati abah dengan keletahmu
Ya Rabbi
terima kasih menganugerahkan amanat ini
akan kujunjung hingga hujung nyawa
yang terbaik jua kupersembahkan.

Aimran
Moga hatimu jua tiada duka
terima kasih kerana
memilih abah dah ibu
jadi penjagamu
selagi ada hayat kami
kamulah yang bertahta.

~CNM, 1/3/11, 18.52pm~

Wajahmu



Pada wajahmu
terukir makna beribu
sejuk mata memandang sayu
keagungan cipta Tuhan yang satu
memberi makna petunjuk kepada yang mahu
mengerti akan kuasa-Nya tiada yang mampu
menandingi apatah lagi meniru
syukur kepada-Mu Tuhanku
anugerah-Mu
kuterima dengan penuh syahdu.

~CNM, 1/3/11, 18.24 pm~

Keindahan



Keindahan yang kita punyai
bukan suatu yang abadi
hadir hanya buat menyeri
suka duka yang silih berganti
sedari
semuanya pengujian Ilahi
tiba saat ditarik kembali
merentap keimanan yang tak pasti
sesat di persimpangan jika salah mengerti
kembali
kembalilah ikuti
kembali kepada peringatan-Nya sejak azali
dalam susah dalam senang rasa hati
redai.

~CNM, 1/3/11, 17.27 pm~