Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

02 February, 2014

Aku Dulu 2

Aku Dulu 2

Aku anak kampung
cetek pengetahuan
hidup bagai bawah tempurung
akhbar utusan jadi bacaan
itu pun hak kedai makan

Aku anak kampung
lepas stpm mohon 'U' tempatan
sementara tunggu keputusan
kerja sambilan
isi tanah dalam polibag semaian

Aku anak kampung
alhamdullilah permohonan diterima
hati rasa berbunga
kalau tak kerana jiran pujuk bonda
aku tak ke mana-mana

CNM, 29/11/13

No comments:

Post a Comment