Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

27 October, 2013

50pp: Motivasi pagi

50pp: Motivasi pagi

Lihat kepada burung
terbang dalam kumpulan bergabung
tak seperti katak bawah tempurung
sendirian tak tahu dek untung
terbang merentas gunung
pandangan luas tak terselindung
kejelekitan tinggi saling berhubung
keakraban kelihatan dijunjung
ada ketua buat bernaung
bila lelah berhenti berlindung
tak berpecah sama-sama mengharung
patut diteladani warga kota juga warga kampung.

CNM, 27/10/13, BBBangi.

Boleh bang!

Boleh bang!

Sayang!
abang nak makan mempelam muda.
Boleh bang!
nanti sayang usaha.

Sayang!
abang nak kunyah sirih berpinang muda.
Boleh bang!
nanti sayang ambil di rumah tok ketua.

Sayang!
abang nak berbini muda.
Boleh bang!
malam ni abang tidur atas sofa.

CNM, 26/10/13

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

Iri mencemburui
irilah jika untuk memotivasi
cemburilah untuk perbaiki kendiri
jangan iri kerana hasad dengki
cemburui untuk mencontohi
ingin jadi seperti
ingin cuba menjejaki
dan kata-kata seerti
amat perlu dalam memacu potensi diri
bukan bersikap mengkhianati
bukan jadi batu api
pun bukan menjadi duri
mencacah harmoni
bersainglah dengan jati diri.

CNM, 26/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Takut Suami!
itu boleh terjadi
ia biasa didengari
isteri dibuli
dibuat macam kuli
sepak terajang menyinggahi
satu badan dikasari
itu sebab fobia si isteri
sebaiknya saling menghormati
saling lengkap melengkapi
kesilapan isteri dimaafi
kelemahan suami diperbaiki
baru bahagia dimiliki
sayang menyayangi
kasih mengasihi
kekal aman ke alam abadi
dirahmati Ilahi.

CNM, 25/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Kita jarang
atau hanya kadang-kadang
mengucapkan ungkapan kasih sayang
kepada mereka yang kita sayang
mari kita ambil peluang
selagi kesempatan terhidang
pada setiap waktu terluang
menyatakan kasih sayang
kerana maut bila-bila boleh datang
lihatlah pegawai bank nyawanya melayang
tak terjangka dijemut pulang
angkara perompak bangang
sungguh tragedi dan amat malang.

CNM, 25/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Kopi-O

50pp: Motivasi Kopi-O

Jangan Ego
jika sekalipun bergelar Dato’
cuba berwatak baik seperti Zorro
walau bergerak secara solo
berhadapan dengan pelbagai risiko
biar digelar ‘superhero’
ada ummp! Macam kopi-O
bukan macam itu ‘tonto’
badan penuh ukiran tatoo
berwatak sungguh ‘poyo’
sumbangan memang zero
lebih naif dari penghuni zoo
terpampang dalam ‘most wanted’ foto.

CNM, 25/10/13, KHS.

50pp: Motivasi pagi

50pp: Motivasi pagi

Yang dibidas
usah terlalu berkeras
ada hati yang akan melelas
nanti kamu dicantas
jatuh terhempas
baik bincang secara waras
itu lagi bernas
dari tindakan tak berasas
bikin hati orang panas
responnya boleh jadi ganas
silaturrahim terbabas
ukhuwah mengelupas
jadi bertindak pantas
jangan biar rimas melemas
dengan tingkah yang sering memeras.

CNM, 25/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Takut bini?
dikontrol isteri?
ramai yang gelak geli hati
diperli-perli
dijadi bahan lawak pagi
cuba tanya yang laki
cuba risik sang suami
rasanya mereka kawal emosi
tak ingin konfrontasi
nanti yang salah tetapi lelaki
tak pandai layan permaisuri
tak sensitif dengan kehendak suri
macam-macam lagi
yang terbaik semai rasa menghormati.

CNM, 24/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Ada masalah?
usah gundah
fikir yang indah-indah
bawa bermuhasabah
kita ada Allah
mohon saja atas sejadah
insyaAllah akan dipermudah
cuba jangan cepat mengalah
sesuatu itu perlu diolah
pencapaian tentu menyerlah
hasilnya tentu bertambah
jadinya hadapi dengan tabah
jangan lari dari masalah
cuba selesaikan dengan penuh hemah
hidup pasti lebih meriah.

CNM, 24/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

Jangan duk merungut
pun juga duk mengugut
itu sikap yang bawa kusut
cuba jangan berserabut
juga jangan kelam kabut
cuba tarik nafas dada diurut
lapangkan fikiran yang terjerut
cucikan minda yang berselut
jangan terlalu takut
percaya pada diri yang sepatut
yang positif kena ikut
dari asyik menyebut-nyebut
perkara yang karut.

CNM, 24/10/13, BBBangi.

Ngada-ngada

Ngada-ngada

Aku dah kata!
engkau tak dengar kata
ngada-ngada
buat apa kesat air mata
ketawa!

Aku dah kata!
engkau buat buta
ngada-ngada
buat apa luah bicara
telan saja!

Aku dah kata!
engkau buat toya
ngada-ngada
buat apa nak menyinga
terima saja!

CNM, 23/10/13, BBBangi.
http://www.facebook.com/group

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Jika merasa diri di level eksekutif
berfikirlah secara positif
gunakan imaginatif
buang sikap negatif
singkirkan sifat primitif
sentiasa cuba produktif
mencapai segala objektif
meracang dengan penuh kreatif
kritis memanipulatif
mencari alternatif
mengutamakan kolaboratif
lihat sesuatu dari pelbagai perspektif
moga segala tindakan efektif
menghindar situasi naif
dan berada dalam keadaan eksklusif.

CNM, 23/10/13, BBBangi.

Tak Bisa Ikuti

Tak Bisa Ikuti

Aku tak mengaji tinggi
bolehlah untuk bimbing diri
bilaku baca puisi
yang menyalahi syariat Ilahi
aku masih mengerti

Tulislah yang engkau mengerti
usah digarap yang kontroversi
aku tak bisa ikuti
maafkan daku pemuisi
menyisih dari dinding kaukongsi.

CNM, 22/10/13

Dulu Sekarang

Dulu Sekarang

Dulu, dulu
aku ada laman muka buku
kongsi puisi dengan tamu
kerana penganganku
aku tinggalkan laman itu

Sekarang
aku ada laman mengarang
terima kasih teman sepejuang
tidak memperlekeh orang
mudahan bakat berkembang

dulu, dulu aku diperbodohkan
tapi sekarang aku ramai teman
laman muka buku berkongsi nukilan
yang menghormati aku banggakan
yang menghina aku jauhkan.

CNM, 22/10/13

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

Kenapa alam ini bulat?
Allah jadikan supaya kita lihat
paduan unsur alam sangat hebat
saling berkait rapat
jadi kita contohi alam sejagat
kena ada muafakat
baharu manusia kuat
tiada musibat
bukan asyik saling menyagat
menunjuk siapa lagi berdarjat
selagi ada titik karat
nescaya tak selamat dunia akhirat
mari sucikan niat.

CNM, 22/10/13, BBBangi.

Malam Minggu

Malam Minggu

Bagai malam tak bertamu
ramai yang merambu
di bawah sinar lampu
hiruk pikuk ke hilir ke hulu
sedang esok kerja menunggu

Aku biasalah di ruang tamu
kejap lagi melabuh kelambu
rehatkan diri di sisi ratu
esok bertenaga padu
jalan tugas kongsi ilmu

Kamu, ya kamu
buat apa tu?
ek! Tentu baca puisiku
hik! hik! Buat tak tahu
selamat malam tetamu.

CNM, 20/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Makan
jangan sebarang makan
nanti naik badan
penyakit jadi kawan
buat kawalan
pada musim peperiksaan
jaga makan
makan yang biasa dimakan
jangan makan macam-macam
nanti perut meragam
cirit birit berulang ke jamban
pun boleh keracunan
ganggu tumpuan
nak menjawab soalan
jadi ibubapa sekalian
anak-anak perlu diingatkan
kalau boleh sediakan makanan.

CNM, 20/10/13, BBBangi.

Pilih

Pilih

Si manis berduri
si hitam manis sekali,

manis isi kulit berduri
menarik hati bisa menguris jari,

hitam kulit manis isi
luaran jelek di dalam molek sekali,

manggis tak menipu,
tampuknya memberitahu,

durian boleh mengeliru
kuat berbau isi belum tentu.

CNM, 20/10/13

Syair Si Manggis

Syair Si Manggis

Ada pun kisah petani
Hidup berdua suami isteri
bercucuk tanam mencari rezeki
atas tanah milik sendiri

Suatu hari ditanam manggis
benih dari kampung Kandis
harapkan buah isinya manis
ada lebih dijual habis

Tak lupa ditanam durian
benih dari kampung Rakan
harapkan buah tambah dapatan
dapatlah ringankan sedikit beban

Si Manggis pohonnya rendang
si Durian tinggi memanjang
terasa diri ada kurang
berbanding durian lebih disayang

Tiba musim berputik berbunga
manggis durian sama lebatnya
gembira petani tak terkira
semai benih nampak hasilnya

Sekampung memuji si Durian
manggis pula tak dihiraukan
tiba masa berbuahnya bulan
lebat manggis dari durian

Petani kecewa akan kejadian
durian tak seperti harapan
sedih hatinya yang demikian
termenung sendu sehari harian

Manggis pula yang menjadi
lebat buahnya tak terperi
tak terhitung akan jari
dari jauh nampak memberahi

Suatu hari datang pembeli
mencari durian idaman isteri
durian dikopek nampak isi
lembek tawar tak memikati

Isteri tentu hati terguris
durian diidam tak manis
terpandang dia si Manggis
berkilat menawan tentu manis

Dibeli manggis ganti durian
buat isteri lepaskan gian
sungguh manis dia tertawan
tak teringat akan durian

Esoknya petani didatangi lagi
memuji-muji si manggis berisi
dapatlah lebih rezeki petani
dari manggis tak diharapi.

Jadi jangan membeza-beza
setiap sesuatu ada istimewa
jangan perkecil yang ada
semuanya ditentu Yang Esa.

CNM, 20/10/13, BBBangi.

Hasilkan

Hasilkan

Tak mengapa
andai bicara biasa-biasa
janji datang dari dada kita
bukan dicedok dari mana-mana
dan mengaku hak kita

Tulislah apa saja
rangsang akan minda
cuba perkayakan bahasa
tentu indah garapannya
tentu lunak untuk dibaca

Belajar mereka cipta.

CNM, 20/10/13, BBBangi.

Melatah

Melatah

Hais!
Kalau sedang bercinta
tak usah melatah nak merajuk
tak dipujuk
kamu yang terjeruk

Hais!
Kalau nak berpuisi
tak usah melatah terasa hati
cadangan untuk perbaiki
bukan kritik membuta-tuli

Hais!
Kalau nak melatah
melatah bagi gelak
boleh jadi bahan lawak
hilang senak.

CNM, 20/10/13

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

Membisu
adakala lebih baik begitu
dari terus merapu
pun mungkin dari terus menyembilu
menyiku-nyiku sekeping kalbu
diam itu
bukan bermakna tak berilmu
pun bukan bererti tak mampu
ia mungkin jalan mengelak seteru
tiada untungnya palu memalu
nak-nak kalau memang tak tahu menahu
berdiam pilihan terbaik padaku
mungkin kamu juga begitu.

CNM, 20/10/13, BBBangi.

Anak Didik Dikasihi

Anak Didik Dikasihi

Cukup dulu bersenang hati
buatlah ulangkaji
semoga mantap informasi
memenuhi kotak memori
buat menjawab soalan diberi

Jika jawapan berkualiti
pemeriksa tak persoal lagi
markah diperoleh akan tinggi
keputusan cemerlang diperolehi
boleh mohon mana-mana universiti

Ilmu telah diberi
cikgu hanya mampu restui
kamu pun telah dirai
dalam majlis rasmi
moga menyuntik motivasi

Usah lupa janji
yang telah dimeteri
ingin belajar sesungguh hati
mencapai prestasi tertinggi
melayakkan diri ke IPT

Jangan duk goyang kaki
kelak menyesal ke mati
ada masa berbaki
usaha biar pengsan sekali
janji masuk universiti.

CNM, 19/10/13, BBBangi

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Sahabatku
dalam kalangan guru
telah kita beri ilmu
pada anak didik yang setia menunggu
maka halalkan segala ilmu itu
mudahan ajaran kita bermutu
dapat membantu
anak-anak bangsa ke mercu
memenuhi harapan ayah ibu
jadi manusia yang berilmu
berjaya masuk ‘U’
hidup ada hala tuju
bukan jadi warga yang digelar kutu.

CNM, 19/10/13, BBBangi.

Selamat Pagi Sahabat

Selamat Pagi Sahabat

Semalamkan Jumaat!
Ya Jumaat
hari ni dah Sabtu
jangan nak membatu
bangkit!
Kejayaan sedang menunggu

Apa kata hari ni memula sesuatu
Ya, misalnya buat perancangan baru
bak kata peserta akademik fantasia
menuju puncak
maknanya menggapai kecemerlangan
tak kira apa jua lapangan

Ayuh! Aku menyeru
sama-sama kita ke puncak maju.

CNM, 19/10/13

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

Dalam hadapi realiti
kurangkan berbasa basi
pun tak perlulah berapi-api
rasionalkan emosi
pasang strategi
kerana era globalisasi
cabarannya perlukan motivasi
saling ingat mengingati
dek telah diketahui
kita lemah jika sendiri
lihat pada lidi
jika sebatang ia kurang bererti
cuba ikat seberkas jadi
kekuatannya terbukti
jadi kenapa kita tak boleh contohi?

CNM, 19/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Usah suka-suka
hebah berita
buat cerita
tanpa usul periksa
silap sampai tersalah memakna
amarah menyala
ada yang marah tak semena-mena
ada yang terasa kecewa
terluka jiwanya
mengundang sengketa
dendam membara
jadi jaga-jaga
mulut jangan terbiasa
berbicara yang belum tentu sahihnya
ada baik siasat dari sumber boleh dipercaya
itu sebaik cara.

CNM, 18/10/13, BBBangi

ATM vs Kelantan

ATM vs Kelantan

Malam ini saksikan
celoreng jumpa kijang
mana lebih handal di padang,

kecil bijak di hutan
celoreng mengelirukan
tapi ini atas padang,

siapa yang licik
mengelecek lawan
pintu gol pasti tertawan,

ATM vs Kelantan
siapa lebih jantan
malam ini penentuan.

CNM, 18//101/13

50pp: Motivasi Jumaat

50pp: Motivasi Jumaat

Khatib mengingat,
Islam mengajurkan pembelajaran sepanjang hayat,
menuntut ilmu wajib bagi muslimin muslimat,
jadinya perbetulkan niat,
cari ilmu bermanfaat,
dari timur ke barat,
tak siapa nak memperdebat;
dengan ilmu orang jadi hebat,
dengan ilmu kita dihormat,
dengan ilmu insan tinggi darjat,
dengan ilmu negara bermartabat,
moga selamat dunia dan akhirat.

CNM, 18/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi pagi

50pp: Motivasi pagi

Bila memberi,
berilah seikhlas hati,
walau tak dihargai,
walau dipandang sepi,
jangan diungkit lagi,
kerana matlamat bukan nak masuk TV,
pun bukan untuk dikenali,
rasanya kita mencari reda Ilahi,
apa yang kita miliki,
Dia anugerahi,
jadi sebahagiannya haruslah dikongsi,
moga melimpah ruah lagi rezeki,
dan tergolong kita dalam yang berbakti.

CNM, 18/10/13, BBBangi.

~Dalam Hati Ada Rindu dan Sendu~

~Dalam Hati Ada Rindu dan Sendu~

Di hati

Ada sekepal rindu
ada haruman cinta mengebu

Aku teroleng-oleng sendu
aku terbuai sayu
aku dipalu pilu

Masa jadi penentu
cintamu datang bertamu
atau aku yang dungu
menanti sesuatu yang kelabu

Aku tak tahu
apa di hatimu
segeralah katakan padaku
jelaskan pada kalbu
bicara hatimu.

CNM, 17/10/13, Rasopariso.

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Kalut,
melalut,
mencarut,
menghasut,
berserabut,
tak jaga mulut,
semuanya amalan karut,
itu tak patut,
maruah diri terjerut,
tiada siapa nak turut,
tiada yang nak ikut,
tak boleh jadi tempat berpaut,
bisa terhumban ke laut,
jadi jangan suka ikut-ikut,
jangan jadi pak turut,
ilmu kemanusiaan kena tuntut,
baru hidup tak hanyut.

CNM, 17/10/13, BBBangi.

Tak Guna

Tak Guna

Tak guna
menegang suara
ia membelah jiwa

Tak guna
membulat mata
ia menikam sukma

Tak guna
meninggi dada
ia menjatuh air muka.

CNM, 17/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

Bersumpah!
jangan melatah
sana bisik sumpah
sini cakap sumpah
nanti orang menyampah
kata-kata tak berguna bak sampah
dimakan sumpah
hidup tak tentu arah
tak diberkati Allah
dek kata-kata yang berkerenah
semuanya bernanah
beragenda membarah
nasib tak baik diludah
diri sendiri yang bawa padah
jadi usah dengan mudah
mengucapkan kata sumpah.

CNM, 17/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Berang!
Bengang!
Memang terasa pada yang bangang,
menyusahkan orang,
misalnya memandu lintang pukang,
menunggang tunggang langgang,
membahayakan pengguna tenang,
sabar adik kakak abang,
jangan sampai pertimbangan hilang,
cuba mengucap tarik nafas panjang,
amarah tak selesai masalah mendatang,
mengalah di jalan raya itu sikap matang,
tunjuk adab sopan semua orang sayang.

CNM, 16/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

Bercakap tentang masa,
ramai yang kerugian telah difirman-Nya,
walau mampu memiliki wang berjuta,
namun tak mampu membeli masa,
jadi hargailah setiap waktu yang ada,
penuhi dengan aktiviti bermakna,
jauhi perbuatan yang meleka lagi alpa,
rancang sesuatu dengan bijaksana,
baru hidup ada perkara nak dilaksana,
jangan hanya ikut dan berserah semata.

CNM, 16/10/13, BBBangi.

26 October, 2013

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Di hari penuh berkat
mari perbanyakkan selawat
kepada penghulu sekalian umat
tanda kita kasih dan mengingat
bahawa dialah bakal memberi syafaat
penyelamat dan pelindung di akhirat
dari segala azab dan musibat
kerana dilaknat
atas dosa-dosa yang tercatat
jadi ringan mulut berselawat
kerana sekali kita berselawat
Allah dan malaikatnya turut berselawat.

CNM, 15/10/13, BBBangi.

~Pemenang~

~Pemenang~

Pemenang

Di musim perayaan
bila pulang ke kampung halaman

Masing-masing dengan kenderaan
besar kecil baru lama tiada halangan
janji dapat berjalan tanpa kerosakan

Pemenang bukan pada kelajuan
pemenang bukan pada pecutan
pemenang bukan pada keberanian
pemenang adalah yang sampai dengan senyuman.

CNM<15/10/13>FTS

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

Menyimpan perasaan,
boleh undang tekanan perasaan,
cuba bicara luahkan,
pada seseorang yang anda percayakan,
tentu dapat melegakan,
sekurangnya mengurang himpitan,
rasa lapang fikiran,
mungkin sahabat ada jalan,
membantu cari penyelesaian,
sama-sama merasai keperitan,
jadi jangan cuba bersendirian,
ia membawa ke lorong kemurungan,
masalah akan bertambah merumitkan,
terlewat mengendali bawa kemudaratan.

CNM, 15/10/13, FTS

Di Hari Raya

Di Hari Raya

Aku terkenang ayahbonda
pilu menyesak dada
gugur air mata
di pagi raya
hiba

Walau pusara jauh di mata
kukirim selaut doa
moga di sana
aman sejahtera
di sisi Yang Esa.

CNM, 15/10/13, FTS

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Mari menuju kejayaan,
dengan laksanakan ibadat korban,
bersedekah kepada yang memerlukan,
InsyaAllah besar akan ganjaran,
dirahmati Tuhan,
pun juga ambillah kesempatan,
di hari penuh kemuliaan,
saling bermaaf-maafan,
atas segala kesilapan,
melupakan kekhilafan,
mencari titik persamaan,
jadilah kita umat yang patuh ajaran,
menegak kebenaran meninggalkan kebatilan,
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,
Walillah ilham.

CNM, 14/10/13, Felda Trolak Selatan.

~Monolog Sendiri~

~Monolog Sendiri~

Berkata-kata di kamar hati

memujuk seorang emosi
menyuntik semangat diri

lebih baik begini
lebih baik dari beremosi
lebih baik muhasabah peribadi

belajar mengawal nafsu nafsi
belajar mengawal desakan naluri
belajar mengawal minda dicemari
belajar mengawal bolak-balik memori

diri sendiri yang mampu baiki
diri sendiri yang bisa menghayati
diri sendiri yang akan menghadapi
diri sendiri yang memilih jalan dilalui
diri sendiri yang menerima kesan amali.

CNM, 14/10/13, BBBangi.

14 October, 2013

~Pulang~

~Pulang~

Pulang ke kampung halaman

Pulang dengan seulas kegirangan
pulang dengan sekuntum senyuman

Pulang menjenguk yang kerinduan
pulang menziarah yang ditinggalkan
pulang mendekati yang berjauhan

Pulang tanpa paksaan
pulang tanpa bebanan
pulang tanpa sesalan
pulang tanpa keluhan

Pulang memenuhi harapan
pulang menamat penantian
pulang mengubati kerinduan
pulang mengakhiri kepiluan
pulang mensyukri pengorbanan.

CNM, 14/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

Pada musim raya,
baliklah sekejap ke desa,
gembirakan hati orang tua,
selagi mereka masih ada,
bukan wang yang dipinta,
ingatan itu lebih bermakna,
sayangi mereka,
seperti mana mereka sayangi kita,
ingatlah bila mereka dah tiada,
hilang satu doa,
doa yang diterima Yang Esa,
doa kedua ibubapa,
doa orang tua kita.

CNM, 14/10/13, BBBangi.

~Di situ~

~Di situ~

Di situ

Di situ aku timba ilmu
di situ aku mengenal guru

Di situ aku belajar tulis baca
di situ aku belajar congak kira
di situ aku belajar ilmu dunia

Di situ aku mendalami agama
di situ aku menduduki periksa
di situ aku meningkat remaja
di situ aku merangkak dewasa

Di situ aku mengutip kenangan berharga
di situ aku mengatur langkah bermakna
di situ aku memanjat anak tangga
di situ aku mengapai hasrat dicita
di situ aku melonjak ke puncak jaya

Di situ asalnya bermula
di situ kuburan ayahbonda
di situ kaum keluarga
di situ desa tercinta
di situ tumbuh jiwa
di situ mekar asa.

CNM, 13/10/13

13 October, 2013

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Bila ada yang menegur,
jangan kata masing-masing kubur,
atau pura-pura berdengkur,
itu namanya takbur,
sebab lain-lain kubur diingatkan dengan luhur,
sebelum diri kaku terbujur,
masih ada peluang dan ruang untuk berundur,
kembali akur,
mengucapkan syukur,
ada insan berpesan dengan jujur,
jangan sampai jadi kufur,
cuba mengendur,
ingat pada alam kubur.

CNM, 13/10/13, BBBangi.

~Cuak~

~Cuak~

Cuak!

Cuak itu apa?
cuak itu rasa

Cuak menyinggah ke dada
cuak meracun minda
cuak membunuh ceria

Cuak menyelinap ke sukma
cuak menyemai duka
cuak menyubur kecewa
cuak memenggal bahagia

Cuak memutik sengsara
cuak membara jadi unggun derita
cuak menyala memarak rasa berdosa
cuak meluluh kekentalan bongkah jiwa
cuak meluntur keteguhan hati tempuh ragam dunia.

CNM, 13/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

ramai yang memenjara,
terperap dek kerana rasa kurang rupa,
padaku ini tak kena,
setiap manusia ada istimewa,
rupa hanya sebahagian saja,
dan kecantikan itu tidak kekal sifatnya,
jadi banggalah dengan diri yang sempurna,
yang membezakan kita di sisi-Nya adalah takwa,
usah bersekongkol dengan rasa kecewa,
ceria-ceriakan hari anda,
senyum sentiasa.

CNM, 13/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Orang kata,
dan ramai boleh terima,
kalau buat sesuatu dengan ceria,
ia boleh jadi mudah dilaksana,
kalau buat dengan menyampah rasa,
ia jadi susah dikerja,
jadi cuba bertindak cerdik sepanjang masa,
belajar rasionalkan cara,
cuba berfikiran terbuka,
elak dari mengambil jalan yang membinasa,
jangan letak diri pada landasan tak berminda.

CNM, 12/10/13, BBBangi.

Kuburan Tinta

Kuburan Tinta

Sedar atau tidak
terlalu banyak kuburan tinta
menyemadikan kalam berbisa
tanpa alasan
tanpa belas ehsan

Mereka sering ketakutan
pada bayang-bayang sendiri
mencipta tempurung iri.

CNM, 12/10/13, BBBangi.

12 October, 2013

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

Ada yang kata hidup itu perjudian,
apa yang dijudikan?
sila betulkan!
hidup ini sebuah perjuangan,
walau gagal ia tetap perlu diteruskan,
perlu ada perancangan
atur strategi mapan,
untuk capai kejayaan,
selagi ada usaha berterusan,
pasti ada ruang dan peluang capai impian,
jangan bergantung pada nasib tanpa sebarang tindakan,
dimurka Tuhan.

CNM, 12/10/13, BBBangi.

Kontra

Kontra

ada yang beri jiwa untuk dapat cinta
ada yang beri cinta untuk dapat jiwa

memberi untuk menerima
engkau yang mana?

yang manapun kamu
maruah kaukubu.

CNM, 11/10/13, BBBangi.

Rumah Tanpa Pintu

Rumah Tanpa Pintu

Ramai yang bertamu
berdiri di depan rumah tanpa pintu
hanya ada tetingkap berkaca
memandang baca
sajak yang tertera

Ramai yang tak jemu
terusan menumpang lalu
mengintai dari balik daun jendela
mengutip siratan kata
penuh makna

Rumah tanpa pintu
miliki tamu.

CNM, 11/10/13, BBBangi.

Berparut Hingga Kiamat

Berparut Hingga Kiamat

Parut yang kering
jangan cuba dicacah lembing
kelak ia berdarah kembali
tiada henti
mengundang tragedi

Parut yang tinggal
usah ditanya asal
kelak barah amarah merebak
amuk meledak
ada yang tertemplak

Parut jangan disebut-sebut.

CNM, 8/10/13, BBBangi.

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

Kehidupan kutamsilkan begini;
andai pepagi hujan membasihi bumi,
takkan kita nak mengambil cuti,
mematikan diri,
begitulah kehidupan ini,
andai ada halangan menyelubungi,
hadapi dengan penuh bermotivasi,
jangan terusan menjeruk hati,
teramat rugi,
membazir masa yang bererti,
jadi tinggalkan perasaan yang menyakiti,
ingat kita tidak sendiri,
jalan keluar dengan mengingati Ilahi.

CNM, 8/10/13

Cah Keting

Cah Keting

Politikus
licik bak belut
beragenda memalit selut
lawan dijatuhkan hingga melutut
dia naik dengan cara karut

Politikus
sanggup carut mencarut
demi sebuah kerusi direbut
biar lawan lemas hanyut
janji dia dapat bergayut

Politikus
kenyang perut membuyut
setelah nama disebut-sebut
hilang lenyap tanggungjawab ke laut
bukan tempat buat berpaut.

CNM, 7/10/13

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

Sahabat,
jadilah yang hebat,
kerana setiap dari kita berbakat,
ralat jika dibiar potensi berkulat,
pun lama-lama ilmu boleh berkarat,
sekurangnya dapat beri manfaat,
kepada yang berminat,
pahala pun dapat,
hidup penuh berkat,
mudahan dapat syafaat,
di sana terselamat,
berbahagia di akhirat,
tinggi darjat bermartabat,
bersama umat Muhammad SAW di tempat.

CNM, 7/10/13

Tertikam

Tertikam

Tertikam
bila bahasa dibenam
dicampur aduk tanpa resam

Tertikam
bila lenggok kalam
melodi melayu asli dibungkam

Tertikam
bila puisi dilaram
dengan bait kata tak berhakam.

CNM, 7/10/13

Aku Lihat

Aku Lihat

Aku lihat
dari belakang awan
bumi terkelar
aku rasa calar balar
berselirat tompok terbakar

Aku lihat
dari puncak gunung
sungai mengalir lesu
aku rasa sayu pilu
warna karat menelan aliran biru

Aku lihat
tangan yang rakus
gelojoh membinasa dunia
tanpa rasa apa-apa
kosong dadanya.

CNM, 7/10/13

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

...Senyum itu indah,
senyum penakluk jiwa,
senyum mengoncang sukma,
senyum mengetarkan dada,
senyum jadi pengubat luka,
senyum bisa mereda amarah,
senyum petanda menerima,
senyum pemberi jawapan,
senyum bahasa menyata,
senyum memungkin kemaafan,
senyum baja kasih sayang,
senyum menyubur kedamaian,
senyum gambaran sebuah kemesraan,
senyum tak ternilai harganya,
jangan lupa senyum...

CNM, 7/10/13

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

...meski,
takdir ditetap Ilahi,
tak siapa tahu apa bakal terjadi,
jadi mengapa terus meratapi,
tak perlu terus menangisi,
apa yang telah terjadi,
redalah ketentuan yang menguji,
bangkit majukan diri,
apa nak dikenang yang mengkhianati,
lebih baik memotivasi diri,
perbaiki diri,
ingat selepas hujan selalunya tiba pelangi,
ia menyeri tanpa disedari...

CNM, 6/10/13

Bertuah

Bertuah

Bertuah;
bahasa masih di dada,
adat budaya ditakhta,
perlembagaan dipegang,
raja didaulat,
Quran Sunnah dijunjung,
tuhan di hati.

Rahmat Ilahi.

CNM, 6/10/13

Meski

Meski

Meski
diriku tiada ruang di hatimu
kasih yang bersemi
kusimpul mati
tersimpan dalam diari impi

Meski
cintaku tiada di takhtamu
kasih yang menerpa
kubaja masa ke masa
merimbun pohon bahagia

Meskipun
cinta kian menjauh
aku di sini berpaut
pada bahu janji
yang pernah kausendengkan.

CNM, 6/10/13

Seindah Mentari Pagi

Puisi Kolaborasi 2

Tajuk: Seindah Mentari Pagi

Mekarkan senyumanmu
menghias pagi
di batas waktu

Hembusan bayu pagi
membuatku tersipu, malu
layu tidak bermaya

Bagai mawar kembang
menghiasi taman hati
menjadi saksi

Riang burung berkicauan
alam pun menghijaukan kesegaran
alam turut tersenyum

Sinarnya membawa harapan
mewarnai keindahan hakiki
seharum bunga-bunga di taman astakona

Hati riang menari
bak rerama terbang tinggi
walau hidupnya sehari cuma

Bekal sabar sapanjang hari
keindahan harus dinikmati
lontarkan memori tragedi

Tiada kesal tika senja
panjat syukur pada Ilahi
tanda nikmat hamba-Mu ini

Pawana tetap menyinari
menyinari taman hati
seharum mawar mekar

Hati bersulam kasih
reriang turut menari
hati kembali ceria
seindah mentari pagi.

CNM/Sazalee/Roziah/Suhana/Sabby/Asmir/Asriza/Lina/Norlidar/PuteriHanny/SZBA/
6/10/13

Malam Merindu

Puisi Kolaborasi 1

Malam Merindu

Malam bisikkan kata rindu
terlantar aku di peraduan pilu
sendu pun mula berlagu

Bulan tersipu malu
saat bintang nyanyikan lagu syahdu
disapa sang pungguk nan setia
rindu tetap bertandang
meskipun bulan tak memandang

Berbaloikah pungguk merindu?
ada resah menyapa
sedang rindu semakin bertamu
membungkam hati di perdu sayu
pergilah sayu, pergilah sendu
usah berdagang di dada rindu

Berpalinglah duhai rindu...

CNM/Teratai/Qalam/Sabby/Hadira/Sha/Suhana/SZBA/Roziah/Sazalee Sulaiman
5/10/13

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

...yang bijak,
akan merancang sejenak,
menetapkan apa yang dikehendak,
cepat bertindak,
pantas bergerak,
menepati masa yang berdetak,
sedaya upaya menjauhi zon terdesak,
dada bisa menyedak,
mata bulat terbeliak
dan buntu akan menidak,
terlepas hak,
dengan itu jangan jadi kerak,
aku mengajak,
mulakan berjinak-jinak,
berfikir secara positif membawa faedah yang banyak...

CNM, 6/10/13

Pencak Suara

Pencak Suara

gema mantera pusaka
bagai gendang perang merintih
kalimat membunuh mata telinga
lidah melebur
taufan debu membakar kalbu...

gema waktu memercik darah
aksara juang bergoncang
genting laman bonda
usapan suara sirna
sumbang...

pusara dosa
bagai angin menghempas
sarung keris pencak suara
lenyap ditelan laut alpa
tanah bonda tinggal berdebu...

CNM, 6/10/13

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

...kita ada mata,
jangan buat-buat buta,
lihat tapi tak ambil cakna,
tak berusaha,
memperbetulkan yang menongkah norma,
membiarkan yang tak kena,
rosak bangsa, negara dan agama,
dengan sikap tak kisah kita,
mengharap orang lain bersuara,
menunggu orang lain memula,
jadi apa kata,
kita yang mula,
ambil langkah pertama,
bersuara membina...

CNM, 5/10/13

05 October, 2013

50pp: Motivasi pagi

50pp: Motivasi pagi

...demi masa,
setiap yang dikerja,
tercatit dalam diari pahala dosa,

syurga atau neraka hak mutlak Yang Esa,
kita hanya mampu berdoa,
memohon keampunan masa ke masa,
tersembunyi reda atau murka pada ketentuan-Nya,
Dia mengetahui segala yang tersembunyi mahupun yang nyata,
kembalilah kepada syariat yang membawa,
syafaat dan reda-Nya ke syurga...

CNM, 5/10/13

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

...andai rasa betul,
semak betul-betul,
sahkan ia memang betul,

tak perlu lagi diperbetul,
diterima semua memang betul,
kerana jika hanya merasa betul,
menganggap diri sentiasa betul,
itu perlu diperbetul,
biasakan yang memang betul,
hentikan yang tidak betul,
baharulah dikatakan betul,
tiada yang mengiyakan ia tak betul,
melainkan semuanya betul...

CNM, 4/10/13

50pp: Motivasi Jumaat

50pp: Motivasi Jumaat

...izinkan aku mencelah,
membawa satu kisah,
makhluk sombong ingkar Allah,
takbur angkuh membantah,
dulunya akur perintah,
sedia menurut titah,
kerana bongkak sombong disingkir Allah,
dari syurga indah,
Iblis laknaktullah,
enggan sujud kepada ciptaan Allah,
jadi siapa kita nak bermegah,
alangkan makhluk yang taat tersalah langkah,
jauhi sikap sombong membawa padah...

CNM, 4/10/13

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

...memberi lebih baik dari menerima,
itu satu sifat mulia;
berbakti kepada yang tiada,
menyokong yang sesak dada,
menghulur tangan pada yang meminta,
dicontohkan junjungan Baginda,
tinggi darjatnya di sisi Yang Esa,
berganda pahala,
tercatat bekalan di sana,
penyelamat di hari muka,
ayuh! Derma
berzakat dibudaya,
sucikan harta,
jauhi api neraka...

CNM, 4/10/13

di sini

di sini

di sini aku berdiri
bukan atas kuatnya kaki
tegaknya kuberdiri
dek lantainya ampuh sekali...

terima kasih duhai pemuisi!

CNM, 3/10/13

aku ditendang

aku ditendang

baru-baru ini aku ditendang
ada yang sudah bengang
takut tanahnya gersang
risau menjadi kubang
ditinggal orang...

tapi hari ini ramai yang datang
menyokong aku terus berjuang
bermadah berdondang sayang
hatiku tetap girang
tiada retak tiada renggang...

aku akan terus mengarang.

CNM, 3/10/13

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

...teknologi ICT,
memudahkan komunikasi,
walau jauh tapi dekat di hujung jari,
maklumat senang dikongsi,
penyimpanan data diyakini,
capaian bahan berpretasi tinggi,
jadi apa tunggu lagi,
bukan akaun FB,
bukan akaun email sendiri,
sahabat senang nak cari,
tak akan bocornya rahsia diri,
fikir positif sahut seruan transformasi,
taklah kita buta ICT...

CNM, 3/10/13

50pp: Motivasi pagi

50pp: Motivasi pagi

...bermuka-muka,
mencipta sandiwara,
beragenda mencari nama,
itu semua sifat tercela,
dimurka, berdosa, kerana selalunya,
mereka ini tebal muka,
mengambil bukan haknya, menganaiya,
jadi berhati-hati dengan manusia,
bersikap talam dia muka,
ibaratnya cermin berkilat memancar cahaya,
tapi tetap hitam belakangnya,
waspada, paras rupa, bukan cerminan jiwa,
ia sekadar topeng mengaburi mata...

CNM, 3/10/13

Laut Kasih 334

Laut Kasih 334

aku dulunya pelaut
sering belayar
dari labuhan ke labuhan
mencari dermaga kasih
buat melabuhkan sebahtera cinta...

telah kutemui pelbagai rupa
persinggahan indah di mata
tak menambat jiwa
sehinggalah kutemui
dermaga laut kasihmu...

dah kulabuhkan cinta ini.

CNM, 2/10/13

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

...selalunya,
bila datang akan berita,
ramai yang menerima tanpa usul periksa,
akur membabi buta,
bulat-bulat percaya,
nah! Maka ramai yang terpedaya,
diperguna,
diperkuda,
dan macam-macam istilah senada dengannya,
ramai yang kecewa,
amarah membara,
membakar rasa,
jadi apa kata,
beri sedikit masa,
siasat dahulu butir perkara,
buat pertimbangan cakna,
elak teranaiya...

CNM, 2/10/13

Hipokrit

Hipokrit

Hipokrit
Istilah orang suka membelit
Pandai melilit
Orang lemah terpalit
Kerenahnya menyulit
Rakan-rakan dibabit
Ingin lepaskan diri bila diungkit
Terkantoi mula mencirit.

CNM, 2/10/13

Alhamdulillah

Alhamdulillah

syukur pada Ilahi
pagi ini masih di sini
menghirup hangat udara
nikmat tak terkira

Ya Allah
kepada-Mu kuserah
kurniakan rahmat melimpah
moga urusanku jadi mudah...

CNM, 2/10/13

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

...ikuti sifat air,
dalam lembut deras mengalir,
sentiasa merendah diri dalam mengukir,
lembut pada zahir,
keras mengikir,
batuan pejal terkikir,
bongkah-bongkah mencair,
itulah padunya kuasa air,
contoh dari alam ditabir,
kita insan perlu mengutip nilai dikelir,
mudahan terjauh kita dari sifat fakir,
bijak mentadbir,
pandai mentafsir,
kreatif dan kritis berfikir...

CNM, 2/10/13

01 October, 2013

Laut Kasih 333


ombak laut kasihmu
tiada pernah henti
mendebur ke pantai hati
mengalunkan melodi
rindu jadi tak bertepi...

bayu laut kasihmu
bagai nadi
bertiup ke dasar sanubari
membuai alam mimpi
cinta bertaut rapi...

CNM, 1/10/13

Akrostik Graduasi

Akrostik Graduasi

Graduasi
Raian memotivasi
Anak didik disuntik semangat tinggi
Dalam meredah denai ke universiti
Umum telah mengetahui
Ajaran guru perlu difahami
Sukatan pelajaran akan dikuasai
Ilmu pasti dimiliki.

CNM, 1/10/13

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

...jika kita di atas,
jangan melampaui batas,
kelak tak tergalas,
beban datang memulas,
tersungkur dicantas,
akan terbongkar sandiwara yang dipentas,
jadi berkhidmatlah dengan ikhlas,
jangan culas,
jalankan tugas,
amanah perlu dilunas,
ambil tindakan pantas,
tentu nama sentiasa teratas,
dikagumi tanpa was-was,
yang mendokong mengucapkan syabas,
sokongan padu tak akan terbabas...

CNM, 1/10/13, THMK

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

...jangan berjanji,
jika hanya untuk dimungkiri,
mengkhianati,
sebuah kepercayaan suci,
setelah membeli sekeping hati,
adalah perbuatan keji,
dengan lafaz murni,
harapan terbina tinggi,
seluruh jiwa raga diberi,
tiada dakwa-dakwi,
berpegang pada janji,
menunggu walau tak pasti,
sesungguhnya bila hati dilukai,
sampai mati ia tetap diingati,
parutnya terus kekal bernadi...

CNM, 1/10/13

dicacah pedih

dicacah pedih

pada lurah sedih
dicacah bilah-bilah pedih
sakitnya tak terlukis
parut dikakis
lukanya digilis
kecewa menitis
setitik
setitik
memenuhi lekuk asa
luluh rasa...

CNM, 30/9/13

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

...jika berkehendak jangan mudah mengalah,
berusaha sebelum berserah,
usah  berhelah,
sepatutnya terus tabah,
kena kreatif mengolah,
mencari jalan mencerah,
atasi masalah,
berdoa kepada Allah,
usir gundah,
semoga dipermudah,
segala pekerjaan sempurnakan sampai sudah,
sedikit lelah,
akan berbayar dengan hasil berfaedah,
pasrah dengan ketentuan Allah,
reda takdir-Nya adalah ketetapan yang terindah...

CNM, 30/9/13

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

...demi masa,
manusia sesungguhnya leka lagi alpa,
terjebak dengan hal-hal tak bermakna,
meletakkan diri dalam kancah terhina,
tak peduli akan pahala dan dosa,
tidak takut kepada Yang Esa,
marilah rebut yang lima sebelum datangnya yang lima,
sesungguhnya bekalan yang baik ke sana adalah takwa,
yang mampu menyelamat dari azab murka-Nya...

CNM, 29/9/13

~Ko guano Mat Yo?~

"mubodo
mubodo
mudayuh
mudayuh

aku tak bodo
aku tak bodo"

guano mukecek gitu?
tak moleh mek wei...

~Ko guano Mat Yo?~

CNM, 28/9/13

p/s loghat klate

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

...apa nak dipeduli,
orang hanya pandai menuding jari,
itu ini,
begitu begini,
yang tanggung kita sendiri,
untung kalau ada anak bini,
mungkin mereka boleh mengerti,
orang luar memang ramai yang menyakitkan hati,
jadi yang penting motivasikan diri,
mantapkan peribadi,
sentiasa positif menjalani hidup hari ke hari,
mudahan urusan dipermudahkan Ilahi...

CNM, 28/9/13

Sabtu Ahad

Sabtu Ahad

siapa kata cikgu banyak cuti
selidik dulu sebelum berperi
esok ni aku ada aktiviti
majlis anugerah pelajar impian hati
juga yang cemerlang dalam kokurikulum sebagai memotivasi
tak adanya cuti...

ahadpun beraktiviti
bawa murid lawan bolasepak lagi
nun ke kelana jaya pagi-pagi
matahari masuk lubang baru berhenti
mana ada cuti?
tujuh hari seminggu pasti...

aku kuli
engkau cuti?
selamat berfamili...

CNM, 27/9/13

~Monolog Laptop~

"...aku
kepanasan
melekit badan
peluh masin bertetesan
jemarimu tak henti menekan
comot seluruh badan
debu-debu hapak berserakan...

tolonglah tuan
tolong sesekali bersihkan
tolong sesekali tisukan
tolong sesekali lapkan
biar suci berkilat permukaan
cantik bersih kelihatan
ideapun datang dalam nukilan"...

~Monolog Laptop~

Cinta Ketat

Cinta Ketat

duduk rapat-rapat
debar mengelejat
kasih tertambat...

peluk kejat-kejat
nafas tersekat
rindu berselirat...

cinta ketat
cinta beradat
bahagia dunia akhirat...

cinta ketat
impian umat
penuh berkat...

CNM, 27/9/12

Cinta Digerimis

Cinta Digerimis

ayat-ayat romantis
dibisik penuh puitis
rindu pun menitis...

senyuman manis
diukir buat si gadis
hatinya tercuit habis...

cinta digerimis
kasih sayang tak terhakis
menebal bak kumis abang polis...

CNM, 27/9/13

Cinta Tertancap

Cinta Tertancap

dikhianat
hati disiat-siat
cakaran menyengat...

perasaan dikerat-kerat
ditipu bulat-bulat
diulat-ulat...

ralat
telah diperalat
sandiwara berhajat...

cinta tertancap dek muslihat.

CNM, 27/9/13

Cinta Merayap

Cinta Merayap

bagai bersayap
merayap-rayap
tidak menetap...

tanpa sebab
tanpa cakap
dibiar tersentap...

tak ingin dihadap
sakitnya menghempap
terbakar jiwa berasap...

cinta merayap
jagan diharap
ia hanya perangkap...

CNM, 27/9/13

Cinta Berkurap

Cinta Berkurap

tetiba putus harap
darah menyirap
hati tertiarap...

rindu meruap
kasih disentap
jiwa meratap...

terhinggap
cinta berkurap
gatalnya menyulap...

terhendap-hendap
tercungap-cungap
muka naik sembap...

CNM, 27/6/13

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

...iri, hasad dengki, busuk hati dan apa saja perkataan seerti, ini sifat keji, dibenci, tidak disukai, malah dimurkai Ilahi, jadi cuba sedaya upaya jauhi, jangan sesekali mendekati, mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan yang rugi, tiada yang sudi menghampiri, dijauhi, dek buruknya peribadi, akhirnya bersendiri, menunggu hari membawa ke mati...

CNM, 27/9/13