Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya. Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya. Tiada sempadan tiada rahsia. Semua insan diundang membaca.
Followers: TQ
Carian Dalam Laman ini
Group Facebook Tinta Hati Menitip Kata
29 June, 2013
Dia Datang
Dia Datang
dia datang lagi
membawa seribu erti
bermakna di sisi Ilahi
dinanti-nanti
seluruh makhluk bumi...
dia disebut dalam al-quran
membawa pelbagai tawaran
diturunkan ayat suci Tuhan
jadi panduan
sungguh patut dimuliakan
berdoa
semoga dipertemu dengan dia
dapat menyuci dosa
menganda pahala
mencari redha
dia RAMADHAN yang teramat mulia.
CNM, 28/6/13, THMK.
dia datang lagi
membawa seribu erti
bermakna di sisi Ilahi
dinanti-nanti
seluruh makhluk bumi...
dia disebut dalam al-quran
membawa pelbagai tawaran
diturunkan ayat suci Tuhan
jadi panduan
sungguh patut dimuliakan
berdoa
semoga dipertemu dengan dia
dapat menyuci dosa
menganda pahala
mencari redha
dia RAMADHAN yang teramat mulia.
CNM, 28/6/13, THMK.
Pagi Ini
Pagi Ini
Pagi ini
langit membiru
jerebu berlalu
syukur kepada Ilahi
Yang Maha Mengasihani...
CNM, 28/6/13, THMK.
Pagi ini
langit membiru
jerebu berlalu
syukur kepada Ilahi
Yang Maha Mengasihani...
CNM, 28/6/13, THMK.
Syair Helang Tua 7
Syair Helang Tua 7
Si tua rasa kasihan pula
Beria Singa memohon padanya
Maka tempoh berfikir diminta
Buat keputusan kembali berjaga
Demi sahabat rimba semua
Helang tua kembali berjaga
Bersyarat ia kepada sang raja
Mencari pengganti dengan segera
Maka dipersetujui ahli rimba
Mencari calon sebelum purnama
Memberi rehat helang tua
Menggantikan dengan yang perkasa
Dicanang satu alam rimba
Jawatan mata-mata taat setia
Maka berduyung hamba sehaya
Datang menawar diri seadanya
Helang tua ditugas memilih
Sekaligus diminta juga melatih
Dia memberi dengan kasih
Bersedia sudah helang terpilih
Alam rimba kembali aman
Dapat si tua merehat badan
Memberi nasihat dan pandangan
Bila timbul akan permasalahan
Itulah syair helang tua
Ambillah pengajaran yang berguna
Jangan dibuang barang lama
Jangan menghukum sebelum bertanya
Sekian sahaja percubaan hamba
Cuba bersyair di alam maya
Salah silap maaf dipinta
Ini hanya cerita rekaan semata.
TAMAT
CNM, 27/6/13, THMK.
Si tua rasa kasihan pula
Beria Singa memohon padanya
Maka tempoh berfikir diminta
Buat keputusan kembali berjaga
Demi sahabat rimba semua
Helang tua kembali berjaga
Bersyarat ia kepada sang raja
Mencari pengganti dengan segera
Maka dipersetujui ahli rimba
Mencari calon sebelum purnama
Memberi rehat helang tua
Menggantikan dengan yang perkasa
Dicanang satu alam rimba
Jawatan mata-mata taat setia
Maka berduyung hamba sehaya
Datang menawar diri seadanya
Helang tua ditugas memilih
Sekaligus diminta juga melatih
Dia memberi dengan kasih
Bersedia sudah helang terpilih
Alam rimba kembali aman
Dapat si tua merehat badan
Memberi nasihat dan pandangan
Bila timbul akan permasalahan
Itulah syair helang tua
Ambillah pengajaran yang berguna
Jangan dibuang barang lama
Jangan menghukum sebelum bertanya
Sekian sahaja percubaan hamba
Cuba bersyair di alam maya
Salah silap maaf dipinta
Ini hanya cerita rekaan semata.
TAMAT
CNM, 27/6/13, THMK.
Syair Helang Tua 6
Syair Helang Tua 6
Dikhabarkan persuruh raja rimba
Akan kecurangan helang muda
Bermain cinta tak kira masa
Warga rimba mendapat bala
Maka dipanggil helang muda
Mengadap akan raja rimba
Dipecat dia serta merta
Baru tersedar setia helang tua
Diutuskan persuruh memanggil pula
Helang tua yang banyak jasa
Maka didengar akan dia
Rasa terharu menusuk dada
Engga ia menghadap raja
Duduk menyendiri di sudut gua
Menunggu hari gilira dia
Kembali kepada Sang Pencipta
Susahlah hati raja rimba
Lalu berpergian mencari si tua
Dipujuk kembali berkawal jaga
Demi keselamatan ahli rimba
bersambung...
CNM, 27/6/13
Dikhabarkan persuruh raja rimba
Akan kecurangan helang muda
Bermain cinta tak kira masa
Warga rimba mendapat bala
Maka dipanggil helang muda
Mengadap akan raja rimba
Dipecat dia serta merta
Baru tersedar setia helang tua
Diutuskan persuruh memanggil pula
Helang tua yang banyak jasa
Maka didengar akan dia
Rasa terharu menusuk dada
Engga ia menghadap raja
Duduk menyendiri di sudut gua
Menunggu hari gilira dia
Kembali kepada Sang Pencipta
Susahlah hati raja rimba
Lalu berpergian mencari si tua
Dipujuk kembali berkawal jaga
Demi keselamatan ahli rimba
bersambung...
CNM, 27/6/13
Syair Helang Tua 5
Syair Helang Tua 5
Helang tua tidak berdendam
Diperhatikan rimba siang malam
Berjaga-jaga walau dalam diam
Mengenang nasib sahabat sealam
Musim memburu telah tiba
Manusia datang menghunus senjata
Dialah selalu yang waspada
Memberi amaran pada semua
Telah tahu akan agenda
Helang muda sukar dipercaya
Tugasnya mengawal tak dijaga
Asyik masyuk bermain cinta
Dentum dentam senapang berbunyi
Mengejutkan raja rimba pagi hari
Tiada amaran telah diberi
Musuh datang tak sempat sembunyi
Helang tua pun berkata
“Inilah padah mainan dunia
Mempercaya bulat-bulat tanpa tanya”
Yang setia telah teranaiya
Hilang sudah beberapa warga
Jadi mangsa buruan manusia
Mengamuk akan raja rimba
Bertanya-tanya di mana helang muda
bersambung...
CNM, 27/6/13, THMK.
Helang tua tidak berdendam
Diperhatikan rimba siang malam
Berjaga-jaga walau dalam diam
Mengenang nasib sahabat sealam
Musim memburu telah tiba
Manusia datang menghunus senjata
Dialah selalu yang waspada
Memberi amaran pada semua
Telah tahu akan agenda
Helang muda sukar dipercaya
Tugasnya mengawal tak dijaga
Asyik masyuk bermain cinta
Dentum dentam senapang berbunyi
Mengejutkan raja rimba pagi hari
Tiada amaran telah diberi
Musuh datang tak sempat sembunyi
Helang tua pun berkata
“Inilah padah mainan dunia
Mempercaya bulat-bulat tanpa tanya”
Yang setia telah teranaiya
Hilang sudah beberapa warga
Jadi mangsa buruan manusia
Mengamuk akan raja rimba
Bertanya-tanya di mana helang muda
bersambung...
CNM, 27/6/13, THMK.
Syair Helang Tua 4
Syair Helang Tua 4
Dikisah akan Helang Muda
menfitnah untuk dapat nama
Helang tua dituduh celika
Didakwa tidur waktu berjaga
Sekalian isi rimba terpedaya
Maka dengan sekelip mata
Helang tua hilang percaya
Diganti tanpa diberi membela
Helang muda mendabik dada
Ilmunya dangkal hal rimba
Musuh tiada dikenal rupa
Hanya jawatan yang didamba
Leka ia mengejar cinta
Tugas sering ditinggal saja
Isi rimba terdedah bahaya
Beroleh terancam akan nyawa
Raja rimba diampu sahaja
Bagi mengukuh rasa percaya
Itulah kerja si helang muda
Menutup kepincangan dalam dada
bersambung...
CNM, 27/6/13, THMK
Dikisah akan Helang Muda
menfitnah untuk dapat nama
Helang tua dituduh celika
Didakwa tidur waktu berjaga
Sekalian isi rimba terpedaya
Maka dengan sekelip mata
Helang tua hilang percaya
Diganti tanpa diberi membela
Helang muda mendabik dada
Ilmunya dangkal hal rimba
Musuh tiada dikenal rupa
Hanya jawatan yang didamba
Leka ia mengejar cinta
Tugas sering ditinggal saja
Isi rimba terdedah bahaya
Beroleh terancam akan nyawa
Raja rimba diampu sahaja
Bagi mengukuh rasa percaya
Itulah kerja si helang muda
Menutup kepincangan dalam dada
bersambung...
CNM, 27/6/13, THMK
Syair Helang Tua 3
Syair Helang Tua 3
Berkata ia pada raja rimba
kerana firasat bencana melanda
hati-hati dengan helang muda
leka alpa bermain cinta
Malang sekali tiada didengar
Raja rimba terus beredar
walau sedar ada benar
Egonya tinggi takut tercabar
Helang tua terbang beredar
Keliling rimba menyaksi onar
Helang muda beraksi liar
Meninggal tugas pasangan dikejar
Alamat rimba dalam bahaya
Musuh tiba mengancam nyawa
Helang tua memanjat doa
Dilindungi akan sekalian warga
Musuh sentiasa mencari ruang
Jangan sesekali alpa memandang
Helang tua amat tenang
mengesan musuh memang cemerlang
bersambung...
CNM, 26/6/13, THMK.
Berkata ia pada raja rimba
kerana firasat bencana melanda
hati-hati dengan helang muda
leka alpa bermain cinta
Malang sekali tiada didengar
Raja rimba terus beredar
walau sedar ada benar
Egonya tinggi takut tercabar
Helang tua terbang beredar
Keliling rimba menyaksi onar
Helang muda beraksi liar
Meninggal tugas pasangan dikejar
Alamat rimba dalam bahaya
Musuh tiba mengancam nyawa
Helang tua memanjat doa
Dilindungi akan sekalian warga
Musuh sentiasa mencari ruang
Jangan sesekali alpa memandang
Helang tua amat tenang
mengesan musuh memang cemerlang
bersambung...
CNM, 26/6/13, THMK.
Syair Helang Tua 2
Syair Helang Tua 2
Merasa diri bagai terhina
Termenung helang di pucuk ara
Mengenang jasa pada rimba
Mengesan musuh tugas utama
Betapa airmata menitis laju
Kenang diri sudah tak laku
Malang nasib dirasa menyerbu
Sesak dada hatinya pilu
Sekalian warga sebulat suara
Menyinsih helang dianggap tua
Ditarik tugas mata-mata rimba
Diserah pada helang muda
Membawa diri ke sudut gua
Duduklah menyendiri menunggu masa
Berbicara ia pada isi rimba
Yang tua jangan dilupa
bersambung...
CNM, 26/6/13, THMK.
Merasa diri bagai terhina
Termenung helang di pucuk ara
Mengenang jasa pada rimba
Mengesan musuh tugas utama
Betapa airmata menitis laju
Kenang diri sudah tak laku
Malang nasib dirasa menyerbu
Sesak dada hatinya pilu
Sekalian warga sebulat suara
Menyinsih helang dianggap tua
Ditarik tugas mata-mata rimba
Diserah pada helang muda
Membawa diri ke sudut gua
Duduklah menyendiri menunggu masa
Berbicara ia pada isi rimba
Yang tua jangan dilupa
bersambung...
CNM, 26/6/13, THMK.
Syair Helang Tua
Syair Helang Tua
Tersebut suatu kisah helang
sana sini terbang melayang
menebar sayap agar dipandang
walau diri sudah diambang
Mata sudah hampir buta
kabur pandangan jelas nyata
yang baik tiada di mata
yang buruk dicari jua
dipendekan cerita helang tua
tiada siapa peduli akan dia
hidup ibarat perigi buta
ada tiada tak bermakna
bersambung....
...
hamba mencuba bersyair pula
tiadalah pandai bagai pujangga
sekadar mengatur indah bahasa
moga berkenan sahabat semua.
CNM, 26/6/13
Tersebut suatu kisah helang
sana sini terbang melayang
menebar sayap agar dipandang
walau diri sudah diambang
Mata sudah hampir buta
kabur pandangan jelas nyata
yang baik tiada di mata
yang buruk dicari jua
dipendekan cerita helang tua
tiada siapa peduli akan dia
hidup ibarat perigi buta
ada tiada tak bermakna
bersambung....
...
hamba mencuba bersyair pula
tiadalah pandai bagai pujangga
sekadar mengatur indah bahasa
moga berkenan sahabat semua.
CNM, 26/6/13
Sepi
Sepi
tik! tak! tik! tak! irama jam dinding itu menerjah ke layar telinga, bunyi jelas bagai sambaran petir menusuk ke akar minda,..sepinya.
sepi ini mengajak akal berpeleseran di pelantar awangan, memandang dunia kebosanan penuh hutan-hutan duri yang menikam tanpa secarik luka, hanya perit pedih menjalar ke ulu hati.
sepi telah memasung kewarasan, hanya kegilaan yang bebas merasuk, dan sekujur tubuh pantas tertewas dalam godaan nafsu yang tak pernah mengenal erti kekalahan.
sepi membawa ke lembah kemudaratan, mencari kolam kepuasan tanpa menoleh jalan pulang...
CNM, 26/6/13, THMK.
tik! tak! tik! tak! irama jam dinding itu menerjah ke layar telinga, bunyi jelas bagai sambaran petir menusuk ke akar minda,..sepinya.
sepi ini mengajak akal berpeleseran di pelantar awangan, memandang dunia kebosanan penuh hutan-hutan duri yang menikam tanpa secarik luka, hanya perit pedih menjalar ke ulu hati.
sepi telah memasung kewarasan, hanya kegilaan yang bebas merasuk, dan sekujur tubuh pantas tertewas dalam godaan nafsu yang tak pernah mengenal erti kekalahan.
sepi membawa ke lembah kemudaratan, mencari kolam kepuasan tanpa menoleh jalan pulang...
CNM, 26/6/13, THMK.
26 June, 2013
Lelah
Lelah
adakalanya amat terasa di lubuk hati yang paling dalam akan lelah, setelah keringat mengering, meninggalkan kulit keperangan berkedutan dimamah bahang mentari yang tersenyum sinis, lelah yang adakalanya menyuburkan rasa putus asa, hati jadi lemah, selemah-lemahnya seakan mahu mennghulurkan nyawa, biar malaikat maut mengetusnya ke alam abadi, mahu mati saja, namun perjalanan hidup ini tidak sepertinya angin yang berlalu, bahawa kematian belum menamatkan kemelut, kematian adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang tiada akhirnya, bersediakah? ...lelah hanya datang menguji...renungi.
CNM, 26/6/13, THMK.
adakalanya amat terasa di lubuk hati yang paling dalam akan lelah, setelah keringat mengering, meninggalkan kulit keperangan berkedutan dimamah bahang mentari yang tersenyum sinis, lelah yang adakalanya menyuburkan rasa putus asa, hati jadi lemah, selemah-lemahnya seakan mahu mennghulurkan nyawa, biar malaikat maut mengetusnya ke alam abadi, mahu mati saja, namun perjalanan hidup ini tidak sepertinya angin yang berlalu, bahawa kematian belum menamatkan kemelut, kematian adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang tiada akhirnya, bersediakah? ...lelah hanya datang menguji...renungi.
CNM, 26/6/13, THMK.
Bisa
Bisa
bisa kata telah membarah, berbara menyalakan api kepedihan yang menyelumbar ke segenap nadi, bagai tercekik tertahan denyutannya, rasa sakit ini akan reda sendirinya bila melihat sang penawar hati bergelak tawa tanpa peduli kata-kata nista yang mencela, ubatlah luka ini anak, luka yang entah bila akan sembuhnya, parut yang tinggal akan kekal timbul mengukir memori yang menyiat hati ini, dan aku mohon kepada-Mu Ya Robbi kurniakan ketabahan ke dalam hati ini agar aku tidak jadi seperti mereka, mempersenda yang kurang daya, dan suluhkan ke dalam hati-hati mereka dengan nur, nur yang menyucikan titik hitam yang telah mengaratkan seketul hati mereka.
CNM, 25/6/13, THMK.
bisa kata telah membarah, berbara menyalakan api kepedihan yang menyelumbar ke segenap nadi, bagai tercekik tertahan denyutannya, rasa sakit ini akan reda sendirinya bila melihat sang penawar hati bergelak tawa tanpa peduli kata-kata nista yang mencela, ubatlah luka ini anak, luka yang entah bila akan sembuhnya, parut yang tinggal akan kekal timbul mengukir memori yang menyiat hati ini, dan aku mohon kepada-Mu Ya Robbi kurniakan ketabahan ke dalam hati ini agar aku tidak jadi seperti mereka, mempersenda yang kurang daya, dan suluhkan ke dalam hati-hati mereka dengan nur, nur yang menyucikan titik hitam yang telah mengaratkan seketul hati mereka.
CNM, 25/6/13, THMK.
emosi
emosi
kerana beremosi
puisiku tak ingin menari
titis tinta hati terhenti
hati berbara api
kudiamkan jari...
CNM, 25/6/13, THMK.
kerana beremosi
puisiku tak ingin menari
titis tinta hati terhenti
hati berbara api
kudiamkan jari...
CNM, 25/6/13, THMK.
BUAT MANUSIA PENGHINA
BUAT MANUSIA PENGHINA
Apa Dosa Mereka
anak-anak kelainan upaya
apa dosa mereka kepadamu
hingga engkau dengan angkuh mempersenda
sepatutnya kamu yang membela
mahu kamu tahu!
mereka juga makhluk Tuhan
sebaik-baik kejadian
dalam urat mereka sama mengalir darah merah
seperti darah kamu
mereka tak pinta dilahirkan begini
redha mereka dengan ketentuan-Nya
Kamu?...ya kamu!!!
berapa kerap mengucapkan rasa syukur
atas nikmat dan rahmat kesempurnaan yang Tuhan kurniakan
atau hanya berkeluh kesah yang tak pernah sudah
belajar menerima duhai yang sempurna!
jangan sesekali memandang hina pada yang kurang upaya
kerana bagi-Nya
mulia bukan pada rupa
tapi takwamu
engkau patut malu jika engkaupun tak sempurna...
CNM, 25/6/13.
Apa Dosa Mereka
anak-anak kelainan upaya
apa dosa mereka kepadamu
hingga engkau dengan angkuh mempersenda
sepatutnya kamu yang membela
mahu kamu tahu!
mereka juga makhluk Tuhan
sebaik-baik kejadian
dalam urat mereka sama mengalir darah merah
seperti darah kamu
mereka tak pinta dilahirkan begini
redha mereka dengan ketentuan-Nya
Kamu?...ya kamu!!!
berapa kerap mengucapkan rasa syukur
atas nikmat dan rahmat kesempurnaan yang Tuhan kurniakan
atau hanya berkeluh kesah yang tak pernah sudah
belajar menerima duhai yang sempurna!
jangan sesekali memandang hina pada yang kurang upaya
kerana bagi-Nya
mulia bukan pada rupa
tapi takwamu
engkau patut malu jika engkaupun tak sempurna...
CNM, 25/6/13.
Air Mata Pedih
Air Mata Pedih
hari ini
menitis air mata pedih
bila ada insan menghina anak kami
anak amanah Allah buat kami
cukup sempurna di mata kami
Ya Allah Engkau kurniakan kesabaran
moga hati-hati kami tidak seperti mereka...
CNM, 25/6/13
hari ini
menitis air mata pedih
bila ada insan menghina anak kami
anak amanah Allah buat kami
cukup sempurna di mata kami
Ya Allah Engkau kurniakan kesabaran
moga hati-hati kami tidak seperti mereka...
CNM, 25/6/13
Mati Kutu
Mati Kutu
pandangan kelabu
sakit mataku
jerebu menyembilu
program terganggu
mati kutu...
bahang memalu
melekit badanku
jerebu membelenggu
tugasan terbeku
mati kutu...
aku hanya mampu
menganyam bait kata sendu
berkurung dalam rumahku
mengharapakan hujan bertamu
meredakan jerebu yang kian bertumpu...
CNM, 24/6/13, THMK.
pandangan kelabu
sakit mataku
jerebu menyembilu
program terganggu
mati kutu...
bahang memalu
melekit badanku
jerebu membelenggu
tugasan terbeku
mati kutu...
aku hanya mampu
menganyam bait kata sendu
berkurung dalam rumahku
mengharapakan hujan bertamu
meredakan jerebu yang kian bertumpu...
CNM, 24/6/13, THMK.
24 June, 2013
Bulan Memerah
Bulan Memerah
dia tahu alam parah
pencemaran membarah
manusia hilang arah
kemudaratan kian membuncah
bulan pun memerah...
Ya Allah
utuskan hujan mengolah
sucikan langit yang terolah
asap habuk debu memecah
ketenangan ditelan resah...
CNM, 23/6/13, THMK.
dia tahu alam parah
pencemaran membarah
manusia hilang arah
kemudaratan kian membuncah
bulan pun memerah...
Ya Allah
utuskan hujan mengolah
sucikan langit yang terolah
asap habuk debu memecah
ketenangan ditelan resah...
CNM, 23/6/13, THMK.
Bulan Terdekat
Bulan Terdekat
malam ini sahabat
saksikan bulan terdekat
cahayanya memang hebat
menyuluh sekian alam bagai rahmat
Ya Allah Syukut atas nikmat...
CNM, 23/6/13, THMK.
malam ini sahabat
saksikan bulan terdekat
cahayanya memang hebat
menyuluh sekian alam bagai rahmat
Ya Allah Syukut atas nikmat...
CNM, 23/6/13, THMK.
Karnival Floria
Karnival Floria
Koleksi bunga-bungaan kembali
Memukau mata menyaksi
Keindahan flora terbukti
Keajaiban ciptaan Ilahi
Rugi siapa tak pergi
Setahun sekali
Lihat bungaan pelbagai negeri
Seni gubahan botani
Memikat hati...
Mari
Masuk free...
CNM
22 JUN 13
Koleksi bunga-bungaan kembali
Memukau mata menyaksi
Keindahan flora terbukti
Keajaiban ciptaan Ilahi
Rugi siapa tak pergi
Setahun sekali
Lihat bungaan pelbagai negeri
Seni gubahan botani
Memikat hati...
Mari
Masuk free...
CNM
22 JUN 13
Hu Hu Hu
Hu Hu Hu
alam kelabu
jerebu menyerbu
manusia yang tak tahu malu
mengharu biru
tiada lagi langit gebu
menyesak paru-paru
hati berbulu
mata terpaku
nafas tersedu-sedu
hari membeku
senyuman kelat tersipu
keindahan jadi abu....
CNM, 22/6/13, THMK.
alam kelabu
jerebu menyerbu
manusia yang tak tahu malu
mengharu biru
tiada lagi langit gebu
menyesak paru-paru
hati berbulu
mata terpaku
nafas tersedu-sedu
hari membeku
senyuman kelat tersipu
keindahan jadi abu....
CNM, 22/6/13, THMK.
Laut Kasih 283
Laut Kasih 283
...musim luruh ini
menerbang daun-daun cintaku
ke terumbu laut kasihmu,
syahdu...
CNM, 21/6/13, THMK
...musim luruh ini
menerbang daun-daun cintaku
ke terumbu laut kasihmu,
syahdu...
CNM, 21/6/13, THMK
Mata
Mata
mataku
bukan purnama
bulat cerah bercahaya
mataku
kecil sahaja
merapat bila malam dewasa.
CNM, 21/6/13, THMK.
mataku
bukan purnama
bulat cerah bercahaya
mataku
kecil sahaja
merapat bila malam dewasa.
CNM, 21/6/13, THMK.
kemenangkah itu?
kemenangkah itu?
dalam perang
terkorban jiwa
termusnah harta benda
hancur negara
kemenangkah itu?
dalam perang
darah merah melata
menyimbah damai dengan duka
sengsara melekit ke dada
kemenangkah itu?
CNM, 21/6/13, THMK.
dalam perang
terkorban jiwa
termusnah harta benda
hancur negara
kemenangkah itu?
dalam perang
darah merah melata
menyimbah damai dengan duka
sengsara melekit ke dada
kemenangkah itu?
CNM, 21/6/13, THMK.
Yang Ingin Sedar
Yang Ingin Sedar
yang ingin sedar
akan tunduk merenung
kembali mencermin diri
mencari-cari
kesilapan diri
yang tegar
akan mendonggak mencabar
terusan memusing lakar
memutar-mutar
menegak perbuatan tersasar...
CNM, 21/6/13, THMK.
yang ingin sedar
akan tunduk merenung
kembali mencermin diri
mencari-cari
kesilapan diri
yang tegar
akan mendonggak mencabar
terusan memusing lakar
memutar-mutar
menegak perbuatan tersasar...
CNM, 21/6/13, THMK.
Nikmat
Nikmat
nikmat mana yang engkau dustakan;
al-quran
jadi penunjuk jalan
jadi penawar rawatan
kepadanya telah diperturunkan
panduan...
insan
semolek kejadian
tiada tolok bandingan
bersyukur nikmat Tuhan
yang dijanjikan...
alam
dikurniakan
setiap satunya main peranan
saling melengkapkan
kehidupan...
tidak mahukah kamu bersyukur?
CNM, 21/6/13, THMK>
nikmat mana yang engkau dustakan;
al-quran
jadi penunjuk jalan
jadi penawar rawatan
kepadanya telah diperturunkan
panduan...
insan
semolek kejadian
tiada tolok bandingan
bersyukur nikmat Tuhan
yang dijanjikan...
alam
dikurniakan
setiap satunya main peranan
saling melengkapkan
kehidupan...
tidak mahukah kamu bersyukur?
CNM, 21/6/13, THMK>
Kreatif
Kreatif
biar selektif
ada yang sensitif
bila bahasa dimanipulatif
sempurnakan tatabahasa capai objektif
menulis nukilan penuh imaginatif
karya sungguh kreatif
jangan bersikap negatif
saranan teguran ambil secara positif
moga penulisan bertambah produktif...
CNM, 21/6/13, THMK.
biar selektif
ada yang sensitif
bila bahasa dimanipulatif
sempurnakan tatabahasa capai objektif
menulis nukilan penuh imaginatif
karya sungguh kreatif
jangan bersikap negatif
saranan teguran ambil secara positif
moga penulisan bertambah produktif...
CNM, 21/6/13, THMK.
Laut Kasih 282
Laut Kasih 282
dangau cinta itu
yang kubina dari gumpalan buih rindu
tersergam indah di pesisir pantai laut kasihmu...
mari berpimpin tangan
bermanja berduaan
menikmat indah alam percintaan...
sungguh aku cinta kamu sayang.
CNM, 20/6/13, THMK.
dangau cinta itu
yang kubina dari gumpalan buih rindu
tersergam indah di pesisir pantai laut kasihmu...
mari berpimpin tangan
bermanja berduaan
menikmat indah alam percintaan...
sungguh aku cinta kamu sayang.
CNM, 20/6/13, THMK.
Lupakan
Lupakan
telah engkau tiba
di teratak menghampiri puncak cinta
yang diimpikan dengan esak derita
kenapa mengimbas lagi
cinta kebelakang yang telah ditinggalkan mati...
lupakan
luka dalam yang kian terluluh dek zaman
jangan biar ia mengalur galirkan
sebuah harapan yang di akhiran
tegarlah mempertahan...
CNM, 20/6/13, THMK.
telah engkau tiba
di teratak menghampiri puncak cinta
yang diimpikan dengan esak derita
kenapa mengimbas lagi
cinta kebelakang yang telah ditinggalkan mati...
lupakan
luka dalam yang kian terluluh dek zaman
jangan biar ia mengalur galirkan
sebuah harapan yang di akhiran
tegarlah mempertahan...
CNM, 20/6/13, THMK.
Laut Kasih 281
Laut Kasih 281
dari kejauhan saling menatap
derap pandangan bertaut rapat
pada satu titik kesamaan
getaran rasa meruap ke awangan
jadi rindu yang ditiup bayu
meretangi laut kasihmu
ia jadi saksi
keasyikan mencumbui
wangian cinta ini...
CNM, 20/6/13, THMK.
dari kejauhan saling menatap
derap pandangan bertaut rapat
pada satu titik kesamaan
getaran rasa meruap ke awangan
jadi rindu yang ditiup bayu
meretangi laut kasihmu
ia jadi saksi
keasyikan mencumbui
wangian cinta ini...
CNM, 20/6/13, THMK.
Sebenarnya
Sebenarnya
jika kata petua itu pahit
jika sindiran ingatan itu racun
jika kiasan pesanan itu tuba
sebenarnya
kamu sedang melacurkan hidup
unsur melingkup
kamu biar menyusup
jadi barah yang akan meletup...
CNM, 20/6/13, THMK.
jika kata petua itu pahit
jika sindiran ingatan itu racun
jika kiasan pesanan itu tuba
sebenarnya
kamu sedang melacurkan hidup
unsur melingkup
kamu biar menyusup
jadi barah yang akan meletup...
CNM, 20/6/13, THMK.
sepertimu
sepertimu
aku sepertimu di sini
menghamparkan sejalur permaidaini
buat menuju ke pentas maya
mempamerkan indah lakaran tinta
dalam anyaman bahasa
sekeping rasa
berencah kosakata...
CNM, 19/6/13, THMK.
aku sepertimu di sini
menghamparkan sejalur permaidaini
buat menuju ke pentas maya
mempamerkan indah lakaran tinta
dalam anyaman bahasa
sekeping rasa
berencah kosakata...
CNM, 19/6/13, THMK.
Tolak Tarik
Tolak Tarik
dalam situasi sehala
kalau,
kita di depan
yang belakang kita tarik,
jika kita di belakang
yang depan kita tolak,
kamu faham ke?
CNM, 17/8/13, THMK.
dalam situasi sehala
kalau,
kita di depan
yang belakang kita tarik,
jika kita di belakang
yang depan kita tolak,
kamu faham ke?
CNM, 17/8/13, THMK.
Satu Saat
Satu Saat
satu saat
akan tiba dalam hidup
air mata tak tertahan lagi
mengalir bagai air menuruni gunung
laju menitis membasahi dada kepiluan...
kesedihan tika kehilangan orang tersayang
bersedialah menempuh perasaan luar jangkaan
sekuat jiwa sekental mental
terimalah
kita lemah sebenarnya...
CNM, 18/6/13, THMK.
satu saat
akan tiba dalam hidup
air mata tak tertahan lagi
mengalir bagai air menuruni gunung
laju menitis membasahi dada kepiluan...
kesedihan tika kehilangan orang tersayang
bersedialah menempuh perasaan luar jangkaan
sekuat jiwa sekental mental
terimalah
kita lemah sebenarnya...
CNM, 18/6/13, THMK.
Laut Kasih 280
Laut Kasih 280
bersaksikan cahaya purnama
ingin aku duduk memadu asmara
bercumbu denganmu di bangku jiwa
menikmati lembut bayu menyapa
elus mulus merona senyuman menggoda
bak wangian laut kasih yang menerjah sukma
menyelinap ke sengenap rongga membaja cinta kita...
CNM, 17/8/13, THMK.
bersaksikan cahaya purnama
ingin aku duduk memadu asmara
bercumbu denganmu di bangku jiwa
menikmati lembut bayu menyapa
elus mulus merona senyuman menggoda
bak wangian laut kasih yang menerjah sukma
menyelinap ke sengenap rongga membaja cinta kita...
CNM, 17/8/13, THMK.
Laut Kasih 279
Laut Kasih 279
nadi ini
telah beribu kali terhenti
menerka cinta yang kamu ingin miliki
tenyata denyutnya kembali
setelah kuketahui
laut kasihmu berdebur di pantai hati ini
terima kasih duhai isteri
terima kasih sudi jadi suri
biar kekal ke alam abadi
takdir sejak azali
yang aku syukuri...
CNM, 17/6/13, THMK.
nadi ini
telah beribu kali terhenti
menerka cinta yang kamu ingin miliki
tenyata denyutnya kembali
setelah kuketahui
laut kasihmu berdebur di pantai hati ini
terima kasih duhai isteri
terima kasih sudi jadi suri
biar kekal ke alam abadi
takdir sejak azali
yang aku syukuri...
CNM, 17/6/13, THMK.
Kur Kur
Kur Kur
kur kur
aku di bumbung
menanti yang menegur
kur kur
aku sendirian menanggung
sepi yang tak terkubur
kur kur
takdirku, kusanjung
terus hidup mengucap syukur
kur kur
Ya Allah Yang Maha Agung
pelihara aku dari tersungkur.
CNM, 17/6/13, THMK.
kur kur
aku di bumbung
menanti yang menegur
kur kur
aku sendirian menanggung
sepi yang tak terkubur
kur kur
takdirku, kusanjung
terus hidup mengucap syukur
kur kur
Ya Allah Yang Maha Agung
pelihara aku dari tersungkur.
CNM, 17/6/13, THMK.
Terbalik
Terbalik
kalau duit
makin besar nilai
makin bagus
kuasa beli meningkat
ekonomi bantu rakyat
kalau jerebu
makin besar nilai
makin kelabu
kesihatan tak menentu
ekonomi terganggu...
CNM, 17/6/13, THMK
kalau duit
makin besar nilai
makin bagus
kuasa beli meningkat
ekonomi bantu rakyat
kalau jerebu
makin besar nilai
makin kelabu
kesihatan tak menentu
ekonomi terganggu...
CNM, 17/6/13, THMK
Laut Kasih 278
Laut Kasih 278
dari kejauhan kasih
jelas terbentang di awang-awangan
bagai purnama pertegahan bulan
senyuman nakalmu terbayang-bayang
membelai dada sukmaku menerawang
terkenang saat indah
dalam hangat pelukan laut kasih
aku lena terbuai dek cinta sucimu...
CNM, 16/6/13, THMK.
dari kejauhan kasih
jelas terbentang di awang-awangan
bagai purnama pertegahan bulan
senyuman nakalmu terbayang-bayang
membelai dada sukmaku menerawang
terkenang saat indah
dalam hangat pelukan laut kasih
aku lena terbuai dek cinta sucimu...
CNM, 16/6/13, THMK.
Laut Kasih 277
Laut Kasih 277
kasih
andai tertakdir kita ke pergunungan
penuh salji direntagi pelangi
dinginnya mencecah ke tulang
terbayangkah apa yang terjadi
sedang kita terperangkap
dalam bilik dari luar terkunci
hanya hela nafas yang berbunyi
bagai bayu lembut menghangat pantai sepi...
katakan kasih!...
CNM, 16/6/13, THMK.
kasih
andai tertakdir kita ke pergunungan
penuh salji direntagi pelangi
dinginnya mencecah ke tulang
terbayangkah apa yang terjadi
sedang kita terperangkap
dalam bilik dari luar terkunci
hanya hela nafas yang berbunyi
bagai bayu lembut menghangat pantai sepi...
katakan kasih!...
CNM, 16/6/13, THMK.
Laut Kasih 276
Laut Kasih 276
kasih
kautelah mengajar aku erti cinta
secara sembunyi kaubawa jiwaku pergi
jika ditanya diri ini
sanggup kutinggalkan dunia
demi menghuni hatimu
kasih
jangan kaumerajuk denganku
telah kuserah jiwa raga ini
akan kusimpan setiap lirikan matamu
akan kuingat mimpimu selamanya
demi laut kasih kita yang terindah.
CNM, 16/6/13, THMK.
kasih
kautelah mengajar aku erti cinta
secara sembunyi kaubawa jiwaku pergi
jika ditanya diri ini
sanggup kutinggalkan dunia
demi menghuni hatimu
kasih
jangan kaumerajuk denganku
telah kuserah jiwa raga ini
akan kusimpan setiap lirikan matamu
akan kuingat mimpimu selamanya
demi laut kasih kita yang terindah.
CNM, 16/6/13, THMK.
Puisiku
Puisiku
aku menulis puisi
jadi aku bertanggungjawab apa yang kubarisi
tentang isi
realiti atau fantasi
sekadar berkongsi tinta hati...
aku tidak bertanggungjawab apa yang kamu maknai
kaji dan selidiki
dengan kepakaran diri
ambil yang boleh dicontohi
tinggalkan yang menongkah syarii...
CNM, 16/6/13, THMK.
aku menulis puisi
jadi aku bertanggungjawab apa yang kubarisi
tentang isi
realiti atau fantasi
sekadar berkongsi tinta hati...
aku tidak bertanggungjawab apa yang kamu maknai
kaji dan selidiki
dengan kepakaran diri
ambil yang boleh dicontohi
tinggalkan yang menongkah syarii...
CNM, 16/6/13, THMK.
Laut Kasih 275
Laut Kasih 275
lumrah
laut mana tak bergelora
bumi mana tak ditimpa hujan...
andai laut kasih kita bergelora
biarlah ia meniup ombak pembina
menjauhkan ombak pembinasa
dan pantai cinta kita kekal memutih...
CNM, 16/6/13, THMK.
lumrah
laut mana tak bergelora
bumi mana tak ditimpa hujan...
andai laut kasih kita bergelora
biarlah ia meniup ombak pembina
menjauhkan ombak pembinasa
dan pantai cinta kita kekal memutih...
CNM, 16/6/13, THMK.
Warga Bapa
Warga Bapa
duhai warga bapa
bila kali terakhir bersama keluarga
jalan-jalan makan bersama
meluang sedikit masa
melayang anak-anak meningkat dewasa
memberi pujian kata
menegah yang lara...
duhai warga bapa
jangan kita alpa
mereka tanggungjawab kita
membela dan menjaga
sepanjang masa
dengan apa cara
walau perlu menggadai nyawa...
moh kita!
CNM, 16/6/13, THMK.
duhai warga bapa
bila kali terakhir bersama keluarga
jalan-jalan makan bersama
meluang sedikit masa
melayang anak-anak meningkat dewasa
memberi pujian kata
menegah yang lara...
duhai warga bapa
jangan kita alpa
mereka tanggungjawab kita
membela dan menjaga
sepanjang masa
dengan apa cara
walau perlu menggadai nyawa...
moh kita!
CNM, 16/6/13, THMK.
Laut Kasih 274
Laut Kasih 274
engkaulah
sinaran permata
di hamparan pasiran pantai
menyerlahkan cahaya cinta kita
menghidupkan alam laut kasih
buih-biuh rindu bercantuman
menjadi saksi kemesraan
zaman ke zaman...
CNM, 16/5/13, THMK.
engkaulah
sinaran permata
di hamparan pasiran pantai
menyerlahkan cahaya cinta kita
menghidupkan alam laut kasih
buih-biuh rindu bercantuman
menjadi saksi kemesraan
zaman ke zaman...
CNM, 16/5/13, THMK.
Senja Bagai Mengajak
Senja Bagai Mengajak
aku lihat
kamu pun lihat
senja bagai mengajak
mengenal keagungan Tuhan
yang menjadikan semesta alam
luas terbentang
saujana mata memandang
dan manusia itu
sebaik-baik kejadian
termaktub
tiada yang mampu pertikaikan.
Letaklah diri semulia kejadian.
CNM, 15/6/13, THMK.
aku lihat
kamu pun lihat
senja bagai mengajak
mengenal keagungan Tuhan
yang menjadikan semesta alam
luas terbentang
saujana mata memandang
dan manusia itu
sebaik-baik kejadian
termaktub
tiada yang mampu pertikaikan.
Letaklah diri semulia kejadian.
CNM, 15/6/13, THMK.
Masih Adakah?
Masih Adakah?
masih adakah bangsaku
yang menyimpan semangat si tuah
pantang mengalah
sebelum berjuang
hingga kering titisan darah...
masih adakah bangsaku
yang menjunjung tinggi maruah
tak membiar diludah
penjarah
bangsa penjajah...
masih adakah bangsaku
yang hatinya bernanah
bila anak bangsa diperendah
anasir membecah belah
di tanah tumpah darah...
CNM, 15/6/13, THMK.
masih adakah bangsaku
yang menyimpan semangat si tuah
pantang mengalah
sebelum berjuang
hingga kering titisan darah...
masih adakah bangsaku
yang menjunjung tinggi maruah
tak membiar diludah
penjarah
bangsa penjajah...
masih adakah bangsaku
yang hatinya bernanah
bila anak bangsa diperendah
anasir membecah belah
di tanah tumpah darah...
CNM, 15/6/13, THMK.
Yang Malang
Yang Malang
i
tidak belajar
dari kesilapan
masing mengulang
kesilapan yang sama
buat kali kedua.
ii.
tidak meredha
akan ketentuan
takdir yang ditetapkan
bukan penyiksaan
ia pengujian menguji keimanan.
iii.
tidak berfikir
terus menzahir
malangnya tergelincir
dek akal yang fakir
hal mutakhir.
CNM, 15/6/13, THMK.
i
tidak belajar
dari kesilapan
masing mengulang
kesilapan yang sama
buat kali kedua.
ii.
tidak meredha
akan ketentuan
takdir yang ditetapkan
bukan penyiksaan
ia pengujian menguji keimanan.
iii.
tidak berfikir
terus menzahir
malangnya tergelincir
dek akal yang fakir
hal mutakhir.
CNM, 15/6/13, THMK.
Ombak dan Pantai
Ombak dan Pantai
Ombak dan pantai
kuibaratkan
bagai pasangan sang kekasih
yang punya perasaan
hadirnya membelai pantai
memuja dalam susah senang
walau hidupnya dipukul ribut taufan
terkadang hadirnya membadai
menggila menghempas luka
dan pantai tetap setia
walau air mata duka
membasahi pasir-pasir cinta
ia tetap redha menunggu dan berdoa
agar ombak hadir membawa sisa-sisa kasih
membina pantai yang putih bersih...
CNM, 15/6/13, THMK.
Ombak dan pantai
kuibaratkan
bagai pasangan sang kekasih
yang punya perasaan
hadirnya membelai pantai
memuja dalam susah senang
walau hidupnya dipukul ribut taufan
terkadang hadirnya membadai
menggila menghempas luka
dan pantai tetap setia
walau air mata duka
membasahi pasir-pasir cinta
ia tetap redha menunggu dan berdoa
agar ombak hadir membawa sisa-sisa kasih
membina pantai yang putih bersih...
CNM, 15/6/13, THMK.
Kelainan
Kelainan
andai kamu
direnung dengan kelainan
sedarilah
kamu diintai
pemburu cinta
dalam sembunyi
ia memasang anganan
menyuntingmu jadi jambangan bunga
buat menghiasi kamar hati...
CNM, 15/6/13, THMK.
andai kamu
direnung dengan kelainan
sedarilah
kamu diintai
pemburu cinta
dalam sembunyi
ia memasang anganan
menyuntingmu jadi jambangan bunga
buat menghiasi kamar hati...
CNM, 15/6/13, THMK.
15 June, 2013
Bercermin
Bercermin
mata itu memandang
meliar ke depan
bercerminlah
semoga terlihat ke dalam
baik jelek pada badan
perbetulkan
rasa itu tidak bermata
serikali ia tersasul
bercermilah
semoga mata hati
membetulkan rasa
bahawa banyak kekurangan diri.
CNM, 15/6/13, THMK
Pesanan Pagi
Pesanan Pagi
Selagi ada mentari
Selagi ada mendung menaungi
Selagi ada pelangi yang menyeri
pandanglah dengan pandangan berkecuali
sebelum mengenal hati budi
kerana salah mengadili
bisa memalukan diri sendiri
hati-hati berpersepsi...
CNM, 15/6/13, THMK.
Selagi ada mentari
Selagi ada mendung menaungi
Selagi ada pelangi yang menyeri
pandanglah dengan pandangan berkecuali
sebelum mengenal hati budi
kerana salah mengadili
bisa memalukan diri sendiri
hati-hati berpersepsi...
CNM, 15/6/13, THMK.
Monolog Budak sekolah
Monolog Budak sekolah
keranamu aku resah
keranamu aku gundah
keranamu aku mengelabah...
keranamu aku ke sekolah
keranamu aku mentelaah
keranamu aku harus bertabah...
Oh! peperiksaan...
CNM, 14/6/13, THMK.
keranamu aku resah
keranamu aku gundah
keranamu aku mengelabah...
keranamu aku ke sekolah
keranamu aku mentelaah
keranamu aku harus bertabah...
Oh! peperiksaan...
CNM, 14/6/13, THMK.
Membilas
Membilas
sakit
sungguh perit
untuk membilas sejalur luka
pedihnya menjalar ke tulang hitam
air mata berubat pun tak mampu merawat
hanya bilasan wuduk
dan basahan bibir doa
bisa mereda
melenyapkan sebuah duka...
CNM, 14/6/13, THMK.
sakit
sungguh perit
untuk membilas sejalur luka
pedihnya menjalar ke tulang hitam
air mata berubat pun tak mampu merawat
hanya bilasan wuduk
dan basahan bibir doa
bisa mereda
melenyapkan sebuah duka...
CNM, 14/6/13, THMK.
Sudah pagi
Sudah pagi
Pagi mengetuk pintu
embun menitis laju
unggas riang berlagu
apa khabar dirimu?
masih dalam gebar itu?
bangunlah kejar rezekimu
hanya yang berusaha akan ketemu
yang malas tetap akan menunggu
menanti sesuatu yang tak tentu
dan akhirnya kelu kaku bisu
melihat tiada diperoleh akan sesuatu...
katanya dalam batu pun ada rezeki
tapi kalau diri dibatukan
rezeki pun membatu.
CNM, 14/6/13, THMK.
Pagi mengetuk pintu
embun menitis laju
unggas riang berlagu
apa khabar dirimu?
masih dalam gebar itu?
bangunlah kejar rezekimu
hanya yang berusaha akan ketemu
yang malas tetap akan menunggu
menanti sesuatu yang tak tentu
dan akhirnya kelu kaku bisu
melihat tiada diperoleh akan sesuatu...
katanya dalam batu pun ada rezeki
tapi kalau diri dibatukan
rezeki pun membatu.
CNM, 14/6/13, THMK.
Keletah Pak Mat
Keletah Pak Mat
Pak Mat
rajin bersolat
ke masjid tak mengelat
banyak menganda amalan sunat
selalu balik lewat
isteri dah faham sangat
teman-teman maklum tabiat
minum bersembang selepas doa tamat
tapi lain hal di malam Jumaat
Pak Mat nak cepat
sejadah tak sempat lipat
katanya isteri berpesan jangan balik lambat
kawan-kawan senyum faham bangat
Pak Mat ada matlamat
berjemaah dengan isteri bersolat sunat hajat
mohon berkat dan sihat untuk beribadat.
CNM, 13/6/13, THMK.
Pak Mat
rajin bersolat
ke masjid tak mengelat
banyak menganda amalan sunat
selalu balik lewat
isteri dah faham sangat
teman-teman maklum tabiat
minum bersembang selepas doa tamat
tapi lain hal di malam Jumaat
Pak Mat nak cepat
sejadah tak sempat lipat
katanya isteri berpesan jangan balik lambat
kawan-kawan senyum faham bangat
Pak Mat ada matlamat
berjemaah dengan isteri bersolat sunat hajat
mohon berkat dan sihat untuk beribadat.
CNM, 13/6/13, THMK.
13 June, 2013
Menangis Di Hujung Senja
Menangis Di Hujung Senja
tak akan bermakna lagi
cahaya akan ditelan gelita malam
kegelapan menutup pandangan
tiada apa lagi mampu diusahakan
hanya menyerah nasib
kepada-Mu Tuhan
menangislah
sebaik mentari tiba
agar embun suci bisa menyirami
sebelum kekesalan meruap pergi
masih berbaki waktu buat menyedari
kekhilafan diri menongkah arus syarii.
CNM, 13/6/13, THMK.
Jika Cinta Ada Jiwa
Jika Cinta Ada Jiwa
jika cinta ada jiwa
aku pasti dia akan mentertawa
pencinta yang berdukalara
kerana pada dirinya
ada nikmat tak terhingga
dimaklumi seluruh alam semesta.
jika cinta ada jiwa
aku yakin dia akan tersenyum manja
mempamer wajah ceria pada pencinta setia
yang berjanji mempertahan kasih ke hujung nyawa
tak mempersia anugerah nikmat cinta
mensyukuri kurniaan Yang Esa.
kaupercaya?
CNM, 12/6/13, THMK.
jika cinta ada jiwa
aku pasti dia akan mentertawa
pencinta yang berdukalara
kerana pada dirinya
ada nikmat tak terhingga
dimaklumi seluruh alam semesta.
jika cinta ada jiwa
aku yakin dia akan tersenyum manja
mempamer wajah ceria pada pencinta setia
yang berjanji mempertahan kasih ke hujung nyawa
tak mempersia anugerah nikmat cinta
mensyukuri kurniaan Yang Esa.
kaupercaya?
CNM, 12/6/13, THMK.
Kata-katamu
Kata-katamu
kata-katamu
yang menyembilu tajam
mencucuk bisa dalam-dalam
aku lontar ke lurah paling dalam
dari sudut hatiku yang kautikam
moga tiada duka yang akan dikenang.
Kata-katamu
yang membelai keasyikan
membangkit rasa kasih sayang
aku ukir di pentas kebahagiaan
moga hatiku sentiasa mengenang
bahawa engkau pernah membawa kedamaian.
CNM, 12/6/13, THMK.
kata-katamu
yang menyembilu tajam
mencucuk bisa dalam-dalam
aku lontar ke lurah paling dalam
dari sudut hatiku yang kautikam
moga tiada duka yang akan dikenang.
Kata-katamu
yang membelai keasyikan
membangkit rasa kasih sayang
aku ukir di pentas kebahagiaan
moga hatiku sentiasa mengenang
bahawa engkau pernah membawa kedamaian.
CNM, 12/6/13, THMK.
Bukan Jalan
Bukan Jalan
melangkah pergi
aku tahu bukan jalannya
kerana yang tegar akan berjuang
melawan habisan
demi mempertahan satu hak
tapi,
aku melangkah pergi
kerana kufikir ia jalan
mengelak sengketa dan dendam
kejayaan ada menunggu di mana-mana
ia jadi hak jika telah tertakdir memilikinya.
CNM, 12/6/13, THMK.
melangkah pergi
aku tahu bukan jalannya
kerana yang tegar akan berjuang
melawan habisan
demi mempertahan satu hak
tapi,
aku melangkah pergi
kerana kufikir ia jalan
mengelak sengketa dan dendam
kejayaan ada menunggu di mana-mana
ia jadi hak jika telah tertakdir memilikinya.
CNM, 12/6/13, THMK.
Suburkan
Suburkan
gembur
tanah-tanah rasa yang berakar
biar denyut nadinya kencang berlari
menebal dan menebal tak terlekang
rasa kasih terus subur dengan siraman embun rindu
tangkai-tangkai bunga cinta menguntumkan kelopak senyuman
wangian bahagia semerbak mengharumkan taman percintaan yang dibina.
CNM, 12/6/13, THMK
gembur
tanah-tanah rasa yang berakar
biar denyut nadinya kencang berlari
menebal dan menebal tak terlekang
rasa kasih terus subur dengan siraman embun rindu
tangkai-tangkai bunga cinta menguntumkan kelopak senyuman
wangian bahagia semerbak mengharumkan taman percintaan yang dibina.
CNM, 12/6/13, THMK
Jemu
Jemu
pungguk menunggu
sedia memagut
puing-puing rindu
yang lekang dari gelegar kejora
kerana telah jemu
menangih kasih purnama
yang tak pernah menjelma
dan telah teralih citranya...
CNM, 12/6/13, THMK.
pungguk menunggu
sedia memagut
puing-puing rindu
yang lekang dari gelegar kejora
kerana telah jemu
menangih kasih purnama
yang tak pernah menjelma
dan telah teralih citranya...
CNM, 12/6/13, THMK.
Kerana Aku
Kerana Aku
"Kerana aku
masih muda
jalanku lurus
kuat bertenaga
merempuh apa saja
menderu menuju muara
Kerana aku
sudah dewasa
jalanku berliku
mengendur tenaga
menyusur alur
memendap angkutan sisa
Kerana aku
telah lanjut usia
jalanku perlahan
mengenap bahan dibawa
subur delta di kuala
hasilan sepanjang usia",
kata sungai bersahaja.
CNM, 11/6/13, THMK.
"Kerana aku
masih muda
jalanku lurus
kuat bertenaga
merempuh apa saja
menderu menuju muara
Kerana aku
sudah dewasa
jalanku berliku
mengendur tenaga
menyusur alur
memendap angkutan sisa
Kerana aku
telah lanjut usia
jalanku perlahan
mengenap bahan dibawa
subur delta di kuala
hasilan sepanjang usia",
kata sungai bersahaja.
CNM, 11/6/13, THMK.
Entah Apa
Entah Apa
entah apa
sesuatu telah terjadi
bila mata memandang
getaran di dada berdendang
hati meronta-ronta...
entah apa
sesuatu telah terjadi
bila tak bersapa
rasa resah menerpa
jiwa tersiksa...
entah apa
sesuatu telah terjadi
bila bersua
hati berbunga-bunga
senyuman terukir saja...
entah apa
sesuatu telah terjadi
bila kaumenghampiri
bagai engkau aku miliki
sejak azali.
CNM, 11/6/13, THMK.
entah apa
sesuatu telah terjadi
bila mata memandang
getaran di dada berdendang
hati meronta-ronta...
entah apa
sesuatu telah terjadi
bila tak bersapa
rasa resah menerpa
jiwa tersiksa...
entah apa
sesuatu telah terjadi
bila bersua
hati berbunga-bunga
senyuman terukir saja...
entah apa
sesuatu telah terjadi
bila kaumenghampiri
bagai engkau aku miliki
sejak azali.
CNM, 11/6/13, THMK.
11 June, 2013
Di Hujung
Di Hujung
di hujung juraian rambutmu
terpeluwap wangian rindu
yang mendengupkan nadi cinta
getaran asmara
bergelora membadai jiwa.
di hujung runcingan jemarianmu
terdepang luas limpahan kasih
yang menguntumkan wangian rindu
kudup bahagia
berkembangan di taman sukma.
di hujung ulas bibirmu
terukir segulung senyuman
yang menyemarakan wangian rindu
janji setia
tersimpul kejat di dalam dada.
CNM, 11/6/13, THMK.
Kujadikan
Kujadikan
Kujadikan
bisikan cintamu
hamparan peraduanku
moga lena ini bertemankan mimpi padamu...
Kujadikan
hela nafasmu
selimut yang menghangatkan
moga tidurku
dipeluk elus kasihmu...
CNM, 10/6/13, THMK.
Kujadikan
bisikan cintamu
hamparan peraduanku
moga lena ini bertemankan mimpi padamu...
Kujadikan
hela nafasmu
selimut yang menghangatkan
moga tidurku
dipeluk elus kasihmu...
CNM, 10/6/13, THMK.
09 June, 2013
Aku
Aku
aku tidak petah berkata-kata
suara tak seperkasa vokal pujangga
sekadar melenggokkan bahasa
buat menghibur jiwa
kala santai membaca
aku tidak pandai memelodi
suara tak selunak biduanita menyanyi
sekadar melontar bait puisi
buat merawat rawan hati
kala didatangi sepi
aku hanya menulis di sini.
CNM, 9/6/13, THMK.
Lapang
Lapang
jangan senang-senang
lepak waktu terluang
guna dengan cemerlang
gapai impian terhidang
hidup pasti gemilang
waktu lapang
beri banyak peluang
perbaiki diri yang sumbang
perkemas tindakan mendatang
pencapaian pasti terbilang
orang tua-tua bilang
kejar waktu lapang
sebelum sempit datang
bijak merancang
kejayaan pasti terjulang
berjuanglah ketika waktu lapang.
CNM, 9/6/13, THMK.
jangan senang-senang
lepak waktu terluang
guna dengan cemerlang
gapai impian terhidang
hidup pasti gemilang
waktu lapang
beri banyak peluang
perbaiki diri yang sumbang
perkemas tindakan mendatang
pencapaian pasti terbilang
orang tua-tua bilang
kejar waktu lapang
sebelum sempit datang
bijak merancang
kejayaan pasti terjulang
berjuanglah ketika waktu lapang.
CNM, 9/6/13, THMK.
Sempit
Sempit
Sempit menggigit
resah melekit
payah menghimpit
hati menjerit
diri tersepit
Sempit memalit
duka tercatit
kemurungan terbit
jiwa sakit
mental terbelit
Sempit melilit
sembilu menyumpit
bagai dijahit
luka berdecit
kecewa memerit
bangkit sebelum datang sempit.
CNM, 9/6/13, THMK.
Sempit menggigit
resah melekit
payah menghimpit
hati menjerit
diri tersepit
Sempit memalit
duka tercatit
kemurungan terbit
jiwa sakit
mental terbelit
Sempit melilit
sembilu menyumpit
bagai dijahit
luka berdecit
kecewa memerit
bangkit sebelum datang sempit.
CNM, 9/6/13, THMK.
Waktu
Waktu
waktu
berlagu dan berlalu
tidak ia menunggu
jadi apa yang dimanggu
isi waktumu
waktu
berdetak laju
bagai degup jantungmu
terus meluru
meninggalkan yang tersipu-sipu
waktu
seperti emas padu
bernilai lagi bermutu
rugilah yang kaku membeku
terlepas sesuatu yang tak akan bertamu.
CNM, 9/6/13, THMK.
waktu
berlagu dan berlalu
tidak ia menunggu
jadi apa yang dimanggu
isi waktumu
waktu
berdetak laju
bagai degup jantungmu
terus meluru
meninggalkan yang tersipu-sipu
waktu
seperti emas padu
bernilai lagi bermutu
rugilah yang kaku membeku
terlepas sesuatu yang tak akan bertamu.
CNM, 9/6/13, THMK.
Bangkit
Bangkit
Bangkit
duhai cucu cicit Adam
sebelum mentari membakar
rezekimu akan berlayar
tinggal kamu dalam khayal...
Bangkit
duhai umat Muhammad
sinaran mentari membawa rahmat
rezeki pada awal pagi berlipat
melimpah ruah lagi berkat...
bangkit sebelum terlambat.
CNM, 9/6/13, THMK.
Bangkit
duhai cucu cicit Adam
sebelum mentari membakar
rezekimu akan berlayar
tinggal kamu dalam khayal...
Bangkit
duhai umat Muhammad
sinaran mentari membawa rahmat
rezeki pada awal pagi berlipat
melimpah ruah lagi berkat...
bangkit sebelum terlambat.
CNM, 9/6/13, THMK.
Hangat
Hangat
Dingin subuh
tak bisa memalap
hangat keinginan
memuja dan memuji
nama-Nya...
Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim
kurniakan kami
cahaya keimanan
sinari kami dengan nur takwa...
Sesungguhnya kami orang yang rugi tanpa pertolongan-Mu.
CNM, 9/6/13, THMK.
Dingin subuh
tak bisa memalap
hangat keinginan
memuja dan memuji
nama-Nya...
Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim
kurniakan kami
cahaya keimanan
sinari kami dengan nur takwa...
Sesungguhnya kami orang yang rugi tanpa pertolongan-Mu.
CNM, 9/6/13, THMK.
Cinta Sukan
Cinta Sukan
cintaku
cinta sukan
bertemu di padang
membibit rasa sayang
saling sayang menyayang
latihan pusat
buat kami bertambah erat
aku pemain bolasepak
dia pemain bola jaring
universiti diwakili pergi bertanding
cinta jadi ketat
janji setia diikat
ke jinjang pelamin jadi matlamat
bila pengajian tamat
ijab dan kabul segera mengambil tempat
mudahan kekal ke akhir hayat.
CNM, 8/7/13, THMK.
cintaku
cinta sukan
bertemu di padang
membibit rasa sayang
saling sayang menyayang
latihan pusat
buat kami bertambah erat
aku pemain bolasepak
dia pemain bola jaring
universiti diwakili pergi bertanding
cinta jadi ketat
janji setia diikat
ke jinjang pelamin jadi matlamat
bila pengajian tamat
ijab dan kabul segera mengambil tempat
mudahan kekal ke akhir hayat.
CNM, 8/7/13, THMK.
08 June, 2013
Senja Yang Seksi
Senja Yang Seksi
senja mengenyit mata
dengan rona wajah merah jingga
lenggoknya bertenaga
melambai dengan senyuman manja
aku tergoda dengan bisikan luar biasa
lirih katanya "jom kita mandi sama"...
CNM, 8/7/13, THMK.
Suka Duka
Suka Duka
hujan
sukanya yang kekeringan
dingin menyegarkan
subur benih-benih bercambahan
hijau berpucuk melata serata alam..
hujan
dukannya hati nelayan
ribut petir menakutkan
rezeki bergelora di lautan
air mata menitis menanti kepulangan...
hujan
disukai memenuhkan empangan
krisis air dilengahkan
memasak mencuci jadi senang
bekalan air berterusan...
hujan
tak digemari di jalanan
air naik banji kilat mengancam
harta benda rosak merugikan
nak beli ganti ada masalah kewangan...
Ya Allah
hanya Engkau yang tahu rahsia kurniaan.
CNM, 8/7/13, THMK.
hujan
sukanya yang kekeringan
dingin menyegarkan
subur benih-benih bercambahan
hijau berpucuk melata serata alam..
hujan
dukannya hati nelayan
ribut petir menakutkan
rezeki bergelora di lautan
air mata menitis menanti kepulangan...
hujan
disukai memenuhkan empangan
krisis air dilengahkan
memasak mencuci jadi senang
bekalan air berterusan...
hujan
tak digemari di jalanan
air naik banji kilat mengancam
harta benda rosak merugikan
nak beli ganti ada masalah kewangan...
Ya Allah
hanya Engkau yang tahu rahsia kurniaan.
CNM, 8/7/13, THMK.
Redup
Redup
...petang
membawa redup awan
hujan bakal membasahi bumi
tersenyum pepohon seharian berbahang
andai redup duka bertandang
bercucuran hujan air mata
siapakah yang tersenyum memandang?...
CNM, 8/7/13, THMK.
...petang
membawa redup awan
hujan bakal membasahi bumi
tersenyum pepohon seharian berbahang
andai redup duka bertandang
bercucuran hujan air mata
siapakah yang tersenyum memandang?...
CNM, 8/7/13, THMK.
Pelangi Mentari
Pelangi Mentari
pelangi
usaha dikejari
ia bisa memperdaya
menyeri mempesona
namun tak mampu digenggamnya...
mentari
ikutlah ke mana ia pergi
jadi petunjuk arah yang setia
tak pernah memperdaya
tetap di jalannya...
CNM, 8/7/13, THMK.
pelangi
usaha dikejari
ia bisa memperdaya
menyeri mempesona
namun tak mampu digenggamnya...
mentari
ikutlah ke mana ia pergi
jadi petunjuk arah yang setia
tak pernah memperdaya
tetap di jalannya...
CNM, 8/7/13, THMK.
Berakhir Cuti
Berakhir Cuti
ibubapa dihormati
berakhir sudah cuti
sesi persekolahan menanti
sudahkan tugasan masa cuti diteliti
sempurna untuk dinilai guru mereka nanti
sama-sama kita mempasti
anak-anak menjaga kekemasan diri
tampil segak berpersonaliti
menyayangi sekolah sepenuh hati
fokus dalam bilik darjah yang dihadiri.
CNM, 8/7/13, THMK.
ibubapa dihormati
berakhir sudah cuti
sesi persekolahan menanti
sudahkan tugasan masa cuti diteliti
sempurna untuk dinilai guru mereka nanti
sama-sama kita mempasti
anak-anak menjaga kekemasan diri
tampil segak berpersonaliti
menyayangi sekolah sepenuh hati
fokus dalam bilik darjah yang dihadiri.
CNM, 8/7/13, THMK.
Tersihir
Tersihir
tidur
berselimutkan dingin
mimpi hadir menguliti
tersihir aku dalam lena yang panjang
dan mimpi terusir dek azan subuh yang berkumandang
selamat aku dari mimpi yang mempermainkan.
CNM, 8/7/13, THMK.
07 June, 2013
Seruan Mimbar
Seruan Mimbar
Insan
diperumpamakan
bagai pakaian
akan terkena kotoran
makin lama makin tebal kehitaman
Mimbar menyarankan
insan menyucikan tompok kehitaman
dengan membasahkan bibir menyebut nama Tuhan
moga titik-titik hitam tenggelam
yang timbul warna keputihan.
CNM, 7/6/13, THMK.
Kata Tuah
Kata Tuah
Ini tanah kita
tanah tumpah darah
jangan sesekali terjajah!
Tapi Bang Tuah
tanah Melayu telah terjarah
tercemar dek rakus penjajah.
Bang Tuah!
kami ingat kisah
tak rela lagi diludah
hanya yang buta sejarah
ingin mengadai dada maruah
tiada semangat dirimu Bang Tuah.
CNM, 7/6/13, THMK.
Ini tanah kita
tanah tumpah darah
jangan sesekali terjajah!
Tapi Bang Tuah
tanah Melayu telah terjarah
tercemar dek rakus penjajah.
Bang Tuah!
kami ingat kisah
tak rela lagi diludah
hanya yang buta sejarah
ingin mengadai dada maruah
tiada semangat dirimu Bang Tuah.
CNM, 7/6/13, THMK.
Harta Dunia
Harta Dunia
Cu!
Atuk serah semua pada bonda
bagaimana dibelanja
bagaimana dibahagi buat cucunda
atuk tak mengira
ini semua harta dunia
Nak!
Bonda guna semua
sikit-sikit dibelanja
buat anakanda penuhi ilmu ke dada
bonda tak mengira
ini semua harta dunia
Atuk dan Bonda!
terima kasih tak terhingga
membekal ilmu untuk hari muka
moga jasa kamu diredha Yang Esa
walau hanya harta dunia
kami janji kami kayakan kamu dengan doa
mudahan memperoleh nikmat syurga.
CNM, 7/6/13, THMK
Cu!
Atuk serah semua pada bonda
bagaimana dibelanja
bagaimana dibahagi buat cucunda
atuk tak mengira
ini semua harta dunia
Nak!
Bonda guna semua
sikit-sikit dibelanja
buat anakanda penuhi ilmu ke dada
bonda tak mengira
ini semua harta dunia
Atuk dan Bonda!
terima kasih tak terhingga
membekal ilmu untuk hari muka
moga jasa kamu diredha Yang Esa
walau hanya harta dunia
kami janji kami kayakan kamu dengan doa
mudahan memperoleh nikmat syurga.
CNM, 7/6/13, THMK
Menjelang Jumaat
Menjelang Jumaat
bersiap siaga di pagi Jumaat
bersihkan diri dengan mandi sunat
pakai yang bersih bauan yang menyengat
pabila tiba waktu solat
tinggalkan pekerjaan segera bersolat
dan bila doa tamat
bertebaranlah mencari rezeki yang berkat...
CNM, 7/6/13, THMK.
bersiap siaga di pagi Jumaat
bersihkan diri dengan mandi sunat
pakai yang bersih bauan yang menyengat
pabila tiba waktu solat
tinggalkan pekerjaan segera bersolat
dan bila doa tamat
bertebaranlah mencari rezeki yang berkat...
CNM, 7/6/13, THMK.
Belum Terlambat
Belum Terlambat
kita
belum terlambat
selagi ada di belakang imam bersolat
selagi belum diletak ke depan imam bersolat
selagi iman belum bersolat dengan takbir yang empat
selagi mentari belum mengintai di ufuk barat
selagi nyawa belum terpisah dari jasad
selagi pengali kubur belum mengali liang lahad.
perbanyakkan taubat.
CNM, 6/6/13, THMK
kita
belum terlambat
selagi ada di belakang imam bersolat
selagi belum diletak ke depan imam bersolat
selagi iman belum bersolat dengan takbir yang empat
selagi mentari belum mengintai di ufuk barat
selagi nyawa belum terpisah dari jasad
selagi pengali kubur belum mengali liang lahad.
perbanyakkan taubat.
CNM, 6/6/13, THMK
Pena
Pena
kala pena masih basah
lantunkan selaut madah
biar pembaca muak termuntah
atau khusyuk metelaah
kongsikan sebaik-baik hujah...
andai pena kering sudah
akan kuperah titis darah
mencalit sebaris ayat mudah
walau dalam kelu lidah
mewakili titah perintah
menyampai ke jalan Allah...
CNM, 6/6/13, THMK.
kala pena masih basah
lantunkan selaut madah
biar pembaca muak termuntah
atau khusyuk metelaah
kongsikan sebaik-baik hujah...
andai pena kering sudah
akan kuperah titis darah
mencalit sebaris ayat mudah
walau dalam kelu lidah
mewakili titah perintah
menyampai ke jalan Allah...
CNM, 6/6/13, THMK.
Tanpa Wayar
Tanpa Wayar
hebat manusia
berkomunikasi tanpa wayar
terpapar pada layar
serata dunia boleh dipancar
manusia makin pintar...
tanpa sedar
sejak azali terlakar
kita berkomunikasi tanpa wayar
doa tak perlu berbayar
tiada talian berlingkar
dan Dia Maha Mendengar...
Allahuakbar.
CNM, 6/6/13, THMK
hebat manusia
berkomunikasi tanpa wayar
terpapar pada layar
serata dunia boleh dipancar
manusia makin pintar...
tanpa sedar
sejak azali terlakar
kita berkomunikasi tanpa wayar
doa tak perlu berbayar
tiada talian berlingkar
dan Dia Maha Mendengar...
Allahuakbar.
CNM, 6/6/13, THMK
Hah!
Hah!
Hah! Kenapa berhenti
tak ada idea?
Hais! Macam-macam boleh tarikan
nak latin
zumba lambada ada
nak melayu
zapin inang ada
pendek kata
letak jemari
atas papan kekunci
tentu jadi...
acu cuba sekali
senyum biar nampak gusi
haik! geli hati pula nak berpuisi.
CNM, 6/6/13, THMK.
Hah! Kenapa berhenti
tak ada idea?
Hais! Macam-macam boleh tarikan
nak latin
zumba lambada ada
nak melayu
zapin inang ada
pendek kata
letak jemari
atas papan kekunci
tentu jadi...
acu cuba sekali
senyum biar nampak gusi
haik! geli hati pula nak berpuisi.
CNM, 6/6/13, THMK.
Sama
Sama
melukis - merona
menulis - merencana
membaca - Menyuara
apa saja
kaedah dan cara
kita sama
berkongsi kekreatifan minda
memartabat karya bangsa
di dada-dada maya
seluruh dunia.
CNM, 6/6/13, THMK.
melukis - merona
menulis - merencana
membaca - Menyuara
apa saja
kaedah dan cara
kita sama
berkongsi kekreatifan minda
memartabat karya bangsa
di dada-dada maya
seluruh dunia.
CNM, 6/6/13, THMK.
Sucikan
Sucikan
ada yang menghirup "kencing"
ada yang menyedut "najis"
ada yang berkubang "tahi"
ada yang khayal "bermukah"
macam-macam kerenah
demi janji Allah
semuanya mampu diubah
kembalilah sucikan akidah
dengan kalimah
Lailahailallah
Muhammadul Rasulullah.
CNM, 6/6/13, THMK.
ada yang menghirup "kencing"
ada yang menyedut "najis"
ada yang berkubang "tahi"
ada yang khayal "bermukah"
macam-macam kerenah
demi janji Allah
semuanya mampu diubah
kembalilah sucikan akidah
dengan kalimah
Lailahailallah
Muhammadul Rasulullah.
CNM, 6/6/13, THMK.
Cinta Dipateri
Cinta Dipateri
Tujuh dulang berbalas sebelas
tanda cinta dipateri jelas
dengan sekali lafaz
akad melegakan nafas
telah halal dan bebas
bahtera direstu belayar ke laut lepas
nakhoda dan awak-awak menggalas
ke labuhan syurga beban tugas
mohon lindungan Yang Teratas.
CNM, 6/6/13, THMK.
Tujuh dulang berbalas sebelas
tanda cinta dipateri jelas
dengan sekali lafaz
akad melegakan nafas
telah halal dan bebas
bahtera direstu belayar ke laut lepas
nakhoda dan awak-awak menggalas
ke labuhan syurga beban tugas
mohon lindungan Yang Teratas.
CNM, 6/6/13, THMK.
Apa khabar?
Apa khabar?
duhai
si bunga-bunga cinta
mentari telah berbahang
membakar embun pada dedaun
lekas bangkit menikmati hari
kembangkan dirimu menguntum
dengan kelopak senyuman terindah
buat tatapan sang gundah...
CNM, 6/6/13, THMK.
duhai
si bunga-bunga cinta
mentari telah berbahang
membakar embun pada dedaun
lekas bangkit menikmati hari
kembangkan dirimu menguntum
dengan kelopak senyuman terindah
buat tatapan sang gundah...
CNM, 6/6/13, THMK.
Bicara Tentang Rindu
Bicara Tentang Rindu
...jam dinding terus berputar laju dan malam menyimbah haruman rindu. jika di hatimu masih ada ruang, tanamlah sepohon rindu buat penawar sepimu. rindu tak akan bertandang tanpa ada rasa kasih dan sayang dan bila rindu tidak lagi bertamu, cinta mungkin telah beralih tuju.
...rindu bukanlah racun, rindu itu baja kasih yang menyubur rasa cinta. andai dalam jaga dan lenamu hanya wajah dia menjelma, itulah rindu dan bila hujan menakungkan rindu ke kolam hati, air mata bergenangan minta dikasih...
CNM, 5/6/13, THMK
...jam dinding terus berputar laju dan malam menyimbah haruman rindu. jika di hatimu masih ada ruang, tanamlah sepohon rindu buat penawar sepimu. rindu tak akan bertandang tanpa ada rasa kasih dan sayang dan bila rindu tidak lagi bertamu, cinta mungkin telah beralih tuju.
...rindu bukanlah racun, rindu itu baja kasih yang menyubur rasa cinta. andai dalam jaga dan lenamu hanya wajah dia menjelma, itulah rindu dan bila hujan menakungkan rindu ke kolam hati, air mata bergenangan minta dikasih...
CNM, 5/6/13, THMK
hak yang bijak
hak yang bijak
Menyalak
pada yang hak
bukan tindakan bijak
suara serak
mesej jadi kahak
keinginan tak memihak
yang disalak tak berganjak...
bertindak dengan bijak
hentikan menyalak
yakinlah laut pasti berolak
angin sentiasa bertiup mencipta riak
bina benteng pemecah ombak
itu lebih baik dari berteriak
memedih anak tekak.
CNM, 5/6/13, THMK.
Menyalak
pada yang hak
bukan tindakan bijak
suara serak
mesej jadi kahak
keinginan tak memihak
yang disalak tak berganjak...
bertindak dengan bijak
hentikan menyalak
yakinlah laut pasti berolak
angin sentiasa bertiup mencipta riak
bina benteng pemecah ombak
itu lebih baik dari berteriak
memedih anak tekak.
CNM, 5/6/13, THMK.
Menghina
Menghina
Menghina bukan budaya kita
Elok muhasabah diri sebelum berkata
Nak mengkritik jangan sampai menghina
Gagal kawal diri badan binasa
Hukum tak mengira siapa
Institusi kehakiman ada di mana-mana
Nak menuntut buat aduan buka bicara
Akal ada pilih jalan cakna.
CNM, 5/6/13, THMK
Menghina bukan budaya kita
Elok muhasabah diri sebelum berkata
Nak mengkritik jangan sampai menghina
Gagal kawal diri badan binasa
Hukum tak mengira siapa
Institusi kehakiman ada di mana-mana
Nak menuntut buat aduan buka bicara
Akal ada pilih jalan cakna.
CNM, 5/6/13, THMK
Langkah
Langkah
Atur derap-derapnya
tidak terlalu panjang
tidak juga terlalu pendek
biar tersusun molek
tidak dipandang jelek
tidak kedengaran pelik.
CNM, 5/6/13, THMK
Atur derap-derapnya
tidak terlalu panjang
tidak juga terlalu pendek
biar tersusun molek
tidak dipandang jelek
tidak kedengaran pelik.
CNM, 5/6/13, THMK
Embun Di Hujung Daun
Embun Di Hujung Daun
Embun menitis
jatuh ke bumi lalu berderai
hilang dibawa arus dahaga
hadirnya seketika cuma
amat bermakna
pada yang kering tak bermaya...
CNM, 5/6/13, THMK.
Embun menitis
jatuh ke bumi lalu berderai
hilang dibawa arus dahaga
hadirnya seketika cuma
amat bermakna
pada yang kering tak bermaya...
CNM, 5/6/13, THMK.
Selamat Pagi
Selamat Pagi
kicau unggas bermelodi
barangkali mengucapkan selamat pagi
murai tak henti-henti
bersiulan di dahan mati
agaknya memberi motivasi
bahawa hidup ini
jangan disia-siakan sama sekali
ucapkan syukur mentari masih menyinari
untuk bertebaran membawa pulang rezeki...
CNM, 5/6/13, THMK.
kicau unggas bermelodi
barangkali mengucapkan selamat pagi
murai tak henti-henti
bersiulan di dahan mati
agaknya memberi motivasi
bahawa hidup ini
jangan disia-siakan sama sekali
ucapkan syukur mentari masih menyinari
untuk bertebaran membawa pulang rezeki...
CNM, 5/6/13, THMK.
04 June, 2013
Rendang Seketika
Rendang Seketika
arus rasa mengalir damai
menyusuri tebingan hati
setelah bisikan diperdengari
bahawa engkaulah satu di hati
tiada yang lain lagi...
walau tinggal dalam resah
kerana rindu yang kian menyesak
tercabar dek takdir memisahkan
setia berpegang pada janji menanti
hingga tak termimpi akan yang lain...
dialah disanjungi
dimaknai tiada dua di hati
kejernihan cinta hanya seketika
dikeruhkan warna tanpa terduga
bicara hanya pemanis kata...
pada langit malang
dicoretkan bingkisan akhir
tak akan dinanti lagi
kerena rendang teduhan kasih
hilang bagai daun ditiup angin...
CNM, 4/6/13, THMK.
arus rasa mengalir damai
menyusuri tebingan hati
setelah bisikan diperdengari
bahawa engkaulah satu di hati
tiada yang lain lagi...
walau tinggal dalam resah
kerana rindu yang kian menyesak
tercabar dek takdir memisahkan
setia berpegang pada janji menanti
hingga tak termimpi akan yang lain...
dialah disanjungi
dimaknai tiada dua di hati
kejernihan cinta hanya seketika
dikeruhkan warna tanpa terduga
bicara hanya pemanis kata...
pada langit malang
dicoretkan bingkisan akhir
tak akan dinanti lagi
kerena rendang teduhan kasih
hilang bagai daun ditiup angin...
CNM, 4/6/13, THMK.
Siasat
Siasat
sebelum terikat
ditambat
dengan janji memikat
jadilah penyiasat
agar tak terlambat
tiada rasa ralat
kerana percaya bulat-bulat...
agenda memperalat
mereka yang berniat jahat
perlu diingat
segala jenis tipu muslihat
diperhebat
buat mengaburi dari terlihat
sungguh licik lagi ligat...
berfikirlah dengan cepat
sebelum masalah melikat
mengeras jadi beban berat
tak terlarat
nak mengerat
setelah terjerat
perangkap buaya darat...
CNM, 4/6/13, THMK.
sebelum terikat
ditambat
dengan janji memikat
jadilah penyiasat
agar tak terlambat
tiada rasa ralat
kerana percaya bulat-bulat...
agenda memperalat
mereka yang berniat jahat
perlu diingat
segala jenis tipu muslihat
diperhebat
buat mengaburi dari terlihat
sungguh licik lagi ligat...
berfikirlah dengan cepat
sebelum masalah melikat
mengeras jadi beban berat
tak terlarat
nak mengerat
setelah terjerat
perangkap buaya darat...
CNM, 4/6/13, THMK.
Lima Alam
Lima Alam
alam roh
jin dan manusia
punya roh sebelum jasad dicipta
Dialah yang menempa
paras dan rupa...
alam rahim
alam menyempurnakan jasad manusia
sepuluh hari sembilan purnama
ibulah yang membawa
penuh suka duka...
alam dunia
setelah manusia membuka mata
melihat sinar cahaya
tempat tercatat pahala dosa
tempat mencari redha-Nya...
alam kubur
jalan pulang kepada Allah
amalan diukur
diberi nikmat atau azab
atas perbuatan di dunia...
alam akhirat
alam kekal abadi
segala amalan diperhitung
ke syurga atau neraka
Allah yang menetukan semuanya...
Ya Allah
tempatkan kami
di alam yang Engkau redhai.
CNM, 4/6/13, THMK.
alam roh
jin dan manusia
punya roh sebelum jasad dicipta
Dialah yang menempa
paras dan rupa...
alam rahim
alam menyempurnakan jasad manusia
sepuluh hari sembilan purnama
ibulah yang membawa
penuh suka duka...
alam dunia
setelah manusia membuka mata
melihat sinar cahaya
tempat tercatat pahala dosa
tempat mencari redha-Nya...
alam kubur
jalan pulang kepada Allah
amalan diukur
diberi nikmat atau azab
atas perbuatan di dunia...
alam akhirat
alam kekal abadi
segala amalan diperhitung
ke syurga atau neraka
Allah yang menetukan semuanya...
Ya Allah
tempatkan kami
di alam yang Engkau redhai.
CNM, 4/6/13, THMK.
Laut Kasih 272
Laut Kasih 272
merinduimu
satu kemestian dinda
kerana tanpa kamu di sisi
waktu jadi melemaskan
hela nafas tersekang...
mencintaimu
satu kenikmatan sayang
kerana limpahan laut kasihmu
buat diriku rasa disayangi
bahagia menguntum di taman hati...
CNM, 4/6/13, THMK.
merinduimu
satu kemestian dinda
kerana tanpa kamu di sisi
waktu jadi melemaskan
hela nafas tersekang...
mencintaimu
satu kenikmatan sayang
kerana limpahan laut kasihmu
buat diriku rasa disayangi
bahagia menguntum di taman hati...
CNM, 4/6/13, THMK.
Pecah
Pecah
buih-buih rindu
bercantum satu-satu
memutih berpadu
di tepian tasik kalbu
jadi sakci cinta nan satu...
gelombang-gelombang cemburu
di tiup angin khabaran palsu
memecah buih rindu
tinggal kenangan layu
dalam amuk ikutan nafsu...
CNM, 3/6/13, THMK.
buih-buih rindu
bercantum satu-satu
memutih berpadu
di tepian tasik kalbu
jadi sakci cinta nan satu...
gelombang-gelombang cemburu
di tiup angin khabaran palsu
memecah buih rindu
tinggal kenangan layu
dalam amuk ikutan nafsu...
CNM, 3/6/13, THMK.
Jari Puitis
Jari Puitis
jari puitis
menarikan nada romatis
mainan minda yang kreatif
menjalin kata dengan kritis
jadi suratan penuh mesej...
jari melukis
larik-larik harmonis
terkadang berbau sinis
dek emosi yang terhiris
pemilik jari puitis...
terus tarikan jemari.
CNM, 3/6/13, THMK.
jari puitis
menarikan nada romatis
mainan minda yang kreatif
menjalin kata dengan kritis
jadi suratan penuh mesej...
jari melukis
larik-larik harmonis
terkadang berbau sinis
dek emosi yang terhiris
pemilik jari puitis...
terus tarikan jemari.
CNM, 3/6/13, THMK.
Tersepit
Tersepit
sering kali
bahkan mungkin berkali
berada dalam situasi berbelah bahagi
kebuntuan melingkari
perit mencekik ke urat nadi
yang pasti
keputusan perlu diberi...
pilihlah dengan mata hati
walau pahit tentu hikmah menanti.
CNM, 3/6/13, THMK.
sering kali
bahkan mungkin berkali
berada dalam situasi berbelah bahagi
kebuntuan melingkari
perit mencekik ke urat nadi
yang pasti
keputusan perlu diberi...
pilihlah dengan mata hati
walau pahit tentu hikmah menanti.
CNM, 3/6/13, THMK.
Yang Bijak
Yang Bijak
berusaha
dapatkan yang dicita
tidak meminta-minta
dengan kudrat perkasa
berdoa
memohon dikurnia
rezeki berlipat ganda
hidup selesa
pasrah
dengan ketentuan Allah
tidak mengalah
terus bertabah.
CNM, 3/6/13, THMK.
berusaha
dapatkan yang dicita
tidak meminta-minta
dengan kudrat perkasa
berdoa
memohon dikurnia
rezeki berlipat ganda
hidup selesa
pasrah
dengan ketentuan Allah
tidak mengalah
terus bertabah.
CNM, 3/6/13, THMK.
02 June, 2013
Tergari
Tergari
kunjungan ini
atas getaran hati
setelah menyaksi jaluran pelangi
mewarnai hamparan permaidani
yang kauhiasi ke gerbang temu janji
pertemuan ini
bagaimana bisa diakhiri
kerana lirikan matamu telah menggari
langkah-langkahku mati untuk pergi
biarlah aku terus menumpang teduh di sini...
CNM, 2/6/13, THMK
kunjungan ini
atas getaran hati
setelah menyaksi jaluran pelangi
mewarnai hamparan permaidani
yang kauhiasi ke gerbang temu janji
pertemuan ini
bagaimana bisa diakhiri
kerana lirikan matamu telah menggari
langkah-langkahku mati untuk pergi
biarlah aku terus menumpang teduh di sini...
CNM, 2/6/13, THMK
Katakan Saja
Katakan Saja
mengapa berputar kata?
kenapa malu bertentang mata?
bagaimana harus dia bicara?
siapa yang akan menerima?
di mana kejujuran sukma?
katakan saja
kamu mencinta sepenuh jiwa!
CNM, 2/6/13, THMK.
mengapa berputar kata?
kenapa malu bertentang mata?
bagaimana harus dia bicara?
siapa yang akan menerima?
di mana kejujuran sukma?
katakan saja
kamu mencinta sepenuh jiwa!
CNM, 2/6/13, THMK.
harapan
harapan
jika bicara
yang kuanyam ini bersayap
nescaya aku ingin ia terbang hinggap
mengetuk jendela hatimu
dan mengucapkan salam rindu...
jika bingkisan
yang kuukir ini bisa berbisik
nescaya aku ingin ia menyelinap
memasuki kamar sukmamu
dan membisikan puisi cinta syahdu...
jika engkau membaca nukilan ini
simpanlah senyuman buat penawar di kala sunyi.
CNM, 2/6/13, THMK.
jika bicara
yang kuanyam ini bersayap
nescaya aku ingin ia terbang hinggap
mengetuk jendela hatimu
dan mengucapkan salam rindu...
jika bingkisan
yang kuukir ini bisa berbisik
nescaya aku ingin ia menyelinap
memasuki kamar sukmamu
dan membisikan puisi cinta syahdu...
jika engkau membaca nukilan ini
simpanlah senyuman buat penawar di kala sunyi.
CNM, 2/6/13, THMK.
Laut Kasih 271
Laut Kasih 271
telahku beri hati
telahku serah jiwa
kerana cintaku telah kaubawa
berlayar ke laut kasihmu
entah bagaimana harus kukatakan
diriku telah sedia untuk pergi
mengekori wangian cintamu...
CNM, 2/6/13, THMK.
telahku beri hati
telahku serah jiwa
kerana cintaku telah kaubawa
berlayar ke laut kasihmu
entah bagaimana harus kukatakan
diriku telah sedia untuk pergi
mengekori wangian cintamu...
CNM, 2/6/13, THMK.
Tidak Perlu
Tidak Perlu
rasa rindu
rasa cinta
rasa menyayangi
tidak perlu diburu
kerana rasa itu akan memburumu
bila diri telah memasuki alam kasih sayang...
CNM, 2/6/13, THMK.
rasa rindu
rasa cinta
rasa menyayangi
tidak perlu diburu
kerana rasa itu akan memburumu
bila diri telah memasuki alam kasih sayang...
CNM, 2/6/13, THMK.
Puisi
Puisi
puisi itu ubat
yang merawat,
puisi itu alat
yang menambat,
puisi itu berkhasiat
yang menyihat,
puisi itu amanat
yang mengingat,
puisi itu bicara terpahat
yang menasihat,
mari berpuisi
mari menukil puisi
mari menghadam puisi
buat mengisi
kantung informasi...
CNM, 2/6/13, THMK.
puisi itu ubat
yang merawat,
puisi itu alat
yang menambat,
puisi itu berkhasiat
yang menyihat,
puisi itu amanat
yang mengingat,
puisi itu bicara terpahat
yang menasihat,
mari berpuisi
mari menukil puisi
mari menghadam puisi
buat mengisi
kantung informasi...
CNM, 2/6/13, THMK.
Rimba Kehidupan
Rimba Kehidupan
segunung harapan
bila dalam rimba kehidupan
nur keimanan yang menyuluh lantai hati
memberi cukup cahaya bercambah tunas takwa
onak duri kekalutan berceracak menunggu menusuk racun kesesatan
denai-denai diredah dalam mencari pucuk keredhaan
buat kelangsungan hidup sebelum ke taman abadi.
CNM, 2/6/13, THMK.
segunung harapan
bila dalam rimba kehidupan
nur keimanan yang menyuluh lantai hati
memberi cukup cahaya bercambah tunas takwa
onak duri kekalutan berceracak menunggu menusuk racun kesesatan
denai-denai diredah dalam mencari pucuk keredhaan
buat kelangsungan hidup sebelum ke taman abadi.
CNM, 2/6/13, THMK.
Aturan
Aturan
Kunyah dahulu sebelum menelan,
duduk dahulu sebelum berlunjur,
baring dahulu sebelum terlena,
beri salam dahulu sebelum bertanya,
berusaha dahulu sebelum berserah kepada-Nya,
pendek kata, buat sesuatu itu biar ikut aturannya.
Itu kata orang tua-tua.
CNM, 2/6/13, THMK.
Kunyah dahulu sebelum menelan,
duduk dahulu sebelum berlunjur,
baring dahulu sebelum terlena,
beri salam dahulu sebelum bertanya,
berusaha dahulu sebelum berserah kepada-Nya,
pendek kata, buat sesuatu itu biar ikut aturannya.
Itu kata orang tua-tua.
CNM, 2/6/13, THMK.
Kalau Mampu
Kalau Mampu
kalau mampu
ingin aku lontar ketulan kepalsuan
ke kawah gunung berapi
biar ia sebati dengan magma
menyejuk dan membeku
jadi tunggu peringatan kebenaran...
kalau mampu
ingin aku lebur bongkah kemunafikan
alirkan ke tasik keinsafan
biar ia mengeras dan memejal
jadi taman kedamaian
dikunjungi pencinta kebenaran...
CNM, 2/6/13, THMK
kalau mampu
ingin aku lontar ketulan kepalsuan
ke kawah gunung berapi
biar ia sebati dengan magma
menyejuk dan membeku
jadi tunggu peringatan kebenaran...
kalau mampu
ingin aku lebur bongkah kemunafikan
alirkan ke tasik keinsafan
biar ia mengeras dan memejal
jadi taman kedamaian
dikunjungi pencinta kebenaran...
CNM, 2/6/13, THMK
Jika Aku Dicampak
Jika Aku Dicampak
Jika aku kaucampak
ke jurang yang dalam
aku ingin berakar
tumbuh menjadi pohon
yang menghijau ke tebingan hatimu
Jika aku kaucampak
ke lautan yang dalam
aku ingin bercambah
kembang menjadi pulau
yang mengindahkan pantai jiwamu
Jika aku kaucampak
aku akan kembali menapak
walau beribu tahun terjarak
arah langkahku tak pernah terganjak
pulang kepadamu walau diasak
hanya kamu yang aku hendak.
CNM, 2/6/13, THMK.
Jika aku kaucampak
ke jurang yang dalam
aku ingin berakar
tumbuh menjadi pohon
yang menghijau ke tebingan hatimu
Jika aku kaucampak
ke lautan yang dalam
aku ingin bercambah
kembang menjadi pulau
yang mengindahkan pantai jiwamu
Jika aku kaucampak
aku akan kembali menapak
walau beribu tahun terjarak
arah langkahku tak pernah terganjak
pulang kepadamu walau diasak
hanya kamu yang aku hendak.
CNM, 2/6/13, THMK.
Kebenaran Tak Terhakis.
Kebenaran Tak Terhakis.
Atas alasan apa sekalipun, jika sesuatu bukan hak kita, usah berbangga. Andai tiada rasa sesalan bila berdiri di puncak pada tapak yang terbina dari deraian air mata insan lain, itulah kepalsuan. Kepalsuan terancang yang mengaburi kebenaran. Tak akan terhakis kebenaran walau dibenam dengan garapan kemunafikan dan kepalsuan perlahan-lahan runtuh ditelan cahaya kebenaran.
CNM, 2/6/13, THMK.
Atas alasan apa sekalipun, jika sesuatu bukan hak kita, usah berbangga. Andai tiada rasa sesalan bila berdiri di puncak pada tapak yang terbina dari deraian air mata insan lain, itulah kepalsuan. Kepalsuan terancang yang mengaburi kebenaran. Tak akan terhakis kebenaran walau dibenam dengan garapan kemunafikan dan kepalsuan perlahan-lahan runtuh ditelan cahaya kebenaran.
CNM, 2/6/13, THMK.
Senyum
Senyum
hati yang tersenyum
akan mengukir wajah yang ranum
dan wangiannya terus menguntum...
hati yang bermuram
akan mengukir wajah kusam
dan harumannya hambar tenggelam...
CNM, 2/6/13, THMK.
hati yang tersenyum
akan mengukir wajah yang ranum
dan wangiannya terus menguntum...
hati yang bermuram
akan mengukir wajah kusam
dan harumannya hambar tenggelam...
CNM, 2/6/13, THMK.
Kala Subuh
Kala Subuh
Selendang rindu
yang menyelubungi paras kasih
terzahir dalam doa panjang
ditemani titisan air mata keakuran
bahawa Dialah tempat mengadu sebaiknya.
Ya Allah kurniakan kesejahteraan
buat kami yang tiada daya tanpa pertolongan-Mu.
CNM, 2/6/13, THMK.
Selendang rindu
yang menyelubungi paras kasih
terzahir dalam doa panjang
ditemani titisan air mata keakuran
bahawa Dialah tempat mengadu sebaiknya.
Ya Allah kurniakan kesejahteraan
buat kami yang tiada daya tanpa pertolongan-Mu.
CNM, 2/6/13, THMK.
Pangkat
Pangkat
sempena keputeraan Yang Dipertuan Agung
ramai yang dianugerah gelaran datuk
aku tak terkecuali
mendapat panggilan daripada adinda
katanya aku dapat pangkat datuk
ya, datuk hakiki
datuk saudara...
kamu ada?...
CNM, 1/6/13, THMK
sempena keputeraan Yang Dipertuan Agung
ramai yang dianugerah gelaran datuk
aku tak terkecuali
mendapat panggilan daripada adinda
katanya aku dapat pangkat datuk
ya, datuk hakiki
datuk saudara...
kamu ada?...
CNM, 1/6/13, THMK
Bola Sepak
Bola Sepak
Kalah dalam tangan
menang belum jaminan
adat bermain
ada kalah ada menang
mustahil tak pernah ditewaskan
keajaiban jika sentiasa menang
bersabarlah yang dikalahkan
balik tambah latihan
baiki kelemahan
kuatkan permainan secara berpasukan.
CNM, 1/6/13, THMK.
Kalah dalam tangan
menang belum jaminan
adat bermain
ada kalah ada menang
mustahil tak pernah ditewaskan
keajaiban jika sentiasa menang
bersabarlah yang dikalahkan
balik tambah latihan
baiki kelemahan
kuatkan permainan secara berpasukan.
CNM, 1/6/13, THMK.
Tukang Pukul
Tukang Pukul
aku tukang pukul
bukan dengan tukul
dengan kamera canon aku punya
gambarnya pelbagai warna
kukongsi di laman maya...
CNM, 1/6/13, THMK.
aku tukang pukul
bukan dengan tukul
dengan kamera canon aku punya
gambarnya pelbagai warna
kukongsi di laman maya...
CNM, 1/6/13, THMK.
Laut Kasih 270
Laut Kasih 270
Dinda
kuberdoa
biar cinta kita hingga ke syurga
bahagia bersama
selagi ada nafas terhela...
laut kasih kita biar bernyawa.
CNM, 1/6/13, THMK
Dinda
kuberdoa
biar cinta kita hingga ke syurga
bahagia bersama
selagi ada nafas terhela...
laut kasih kita biar bernyawa.
CNM, 1/6/13, THMK
aku yatim piatu
aku yatim piatu
kerana ayah ibu
telah kembali kepada Yang Satu
jadilah aku yatim piatu
hilang sudah doa restu
hanya aku yang mendoakan buat kamu
semoga sejahtera di alam abadi dengan amalmu...
moga kita ditakdirkan bertemu dengan inzin Allah Yang Satu.
CNM, 1/6/13, THMK.
kerana ayah ibu
telah kembali kepada Yang Satu
jadilah aku yatim piatu
hilang sudah doa restu
hanya aku yang mendoakan buat kamu
semoga sejahtera di alam abadi dengan amalmu...
moga kita ditakdirkan bertemu dengan inzin Allah Yang Satu.
CNM, 1/6/13, THMK.
Ibuku Seorang Suri
Ibuku Seorang Suri
ibuku ibu sejati
ibuku yang dikasihi
dari seingat memori
ibulah yang ligat beraksi
membesarkan kami sepanjang hari
subuh dingin di awal pagi
bangun tanak nasi
buat alas perut kami pergi mengaji
adakala ibu menguli roti
tak biar perut kami menyanyi
hingga nafas ibu terhenti
ibuku, kamulah ibu mithali.
CNM, 1/6/13, THMK.
ibuku ibu sejati
ibuku yang dikasihi
dari seingat memori
ibulah yang ligat beraksi
membesarkan kami sepanjang hari
subuh dingin di awal pagi
bangun tanak nasi
buat alas perut kami pergi mengaji
adakala ibu menguli roti
tak biar perut kami menyanyi
hingga nafas ibu terhenti
ibuku, kamulah ibu mithali.
CNM, 1/6/13, THMK.
ayahku pemandu teksi
ayahku pemandu teksi
pagi-pagi sudah pergi
keluar memburu rezeki
lewat malam belum balik lagi
itulah ayahku yang tabah berbakti
demi anak-anak dan isteri
digagahi jua walau tergigit diri
ayah jasamu subur dalam memori.
CNM, 1/6/13, THMK.
pagi-pagi sudah pergi
keluar memburu rezeki
lewat malam belum balik lagi
itulah ayahku yang tabah berbakti
demi anak-anak dan isteri
digagahi jua walau tergigit diri
ayah jasamu subur dalam memori.
CNM, 1/6/13, THMK.
Laut Kasih 269
Laut Kasih 269
bersaksikan Selat Melaka
yang berolak memuja pantai cinta
kepadamu dinda
seperti yang telah terakru janji setia
kasih sayangku hanya untukmu selamanya...
CNM, 31/5/13, THMK.
bersaksikan Selat Melaka
yang berolak memuja pantai cinta
kepadamu dinda
seperti yang telah terakru janji setia
kasih sayangku hanya untukmu selamanya...
CNM, 31/5/13, THMK.
Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka
masjid tempat mulia
sujud insan yang takut kepada-Nya
mohon rahmat dan redha
sucikan diri dari dosa
ganda pahala...
masjid buat kita sama
berdiri dalam saf-saf bertakbir kepada yang Esa
tunduk sujud tanda merendah diri pada perintah-Nya
tiada pangkat darjat membeza
tingkat takwa penentu segala
dihumban ke neraka atau dilambai ke syurga...
Alhamdulillah Jumaat ini sempurna di Masjid Selat Melaka.
CNM, 31/5/13, THMK.
masjid tempat mulia
sujud insan yang takut kepada-Nya
mohon rahmat dan redha
sucikan diri dari dosa
ganda pahala...
masjid buat kita sama
berdiri dalam saf-saf bertakbir kepada yang Esa
tunduk sujud tanda merendah diri pada perintah-Nya
tiada pangkat darjat membeza
tingkat takwa penentu segala
dihumban ke neraka atau dilambai ke syurga...
Alhamdulillah Jumaat ini sempurna di Masjid Selat Melaka.
CNM, 31/5/13, THMK.
Subscribe to:
Posts (Atom)