Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

31 May, 2011

Haiku11

Malam kembali
siang beranjak pergi
tinggal memori.

Duhai wanita

Duhai wanita
pernah kamu merasa debaran
debaran yang barangkali hanya sekali
kamu rasakan
sepanjang kehidupan kamu.

Satunya
pernah kamu merasa debaran
saat diijab kabulkan
dengan lelaki pilihan
bagaimana kamu dapat katakan?

Duanya
pernah kamu merasa debaran
saat kamut sarat sembilan bulan
menantikan kelahiran
bagaimana kamu dapat gambarkan?

~CNM, 31/5/11, 21.55pm~

Taji rindu

Taji rindu
mencacah kalbu
tercalit resah beribu
dalam keperitan menunggu
hanya secebis pasrah termampu
digenggam buat pengubat hati rindu.

Oh Tuhan, takdirkan ketenangan bertamu
menemani hati yang sering dibelenggu
gelora rasa mengasak tak menentu
mencengkam jiwa jadi beku
sepi dalam sendu
merintih sayu.

~CNM, 31/5/11, 21.21 pm~

Duhai Isteri



Duhai isteri

kau pujaan hati

kasihmu mengharum abadi

kuharapkan kekal hingga nafas terhenti

syukur kepada Ya Rabbi kasihmu mewangi.


Senyummu

semurni hatimu

kau isteri penambat hati

hilang segala duka di sanubari

menyeri kuntuman bahagia meniti hari.



Andai nanti

diriku tiada lagi

kupohon padamu isteri

panjatkan doa kepada Ilahi

moga ketemu lagi di syurga Firdausi.



Duhai isteri

dirimu umpama bidadari

dalam susah senang setia di sisi

terima kasih sudi memahami diri ini

yang tidak terlepas dari kesilapan diri.



Maafkan buat sekian kali

atas salah silap kelemahan diri

sesungguhnya kucuba memperbaiki

dari hari ke sehari

jadi suami yang mengasihi.

~CNM, 31/5/11, 19.00 pm~

Katanya X

Katanya X

Katanya negara perlu dipacu
kita tunggu
belanjawan baharu
apa pula kejutan nak diutarakan tu
jangan tipu
rakyat sudah maju
boleh tahu kalau 'omong kayu'.

Katanya ekonomi negara di mercu
banyak peluang kerja baharu
tapi kenapa golongan belia perlu menunggu
yang veteran pencen dulu
baru boleh dapat kerja itu
sudahnya banyak masalah sosial baharu
merosak anak bangsamu.

Kau,
kau, tak terkedu?

~CNM, 31/5/11, 16.55 pm~

Hati hangat

Entah mengapa petang ini hati terasa hangat
bukan anti sangat
tapi jangan fikir golongan marhain ini bodoh bangat
nak putar belit biar bertempat
minta orang hormat
tapi sendiri bikin kelat
takkan orang nak senyum melihat
gelagat kamu yang sesat.

ingat ingat
tuhan maha melihat
pemberi rahmat
juga penarik nikmat
tak selamat
kalau buat jahat
eloklah bertaubat
sebelum terlambat.

Kau hangat?
tak kot, kau duduk dalam bilik dingin pejabat
sesekali diperhangat
jangan melompat
muhasabah diri lagi berkat
sesekali lihat ke dalam diri tepat tepat
jangan asyik menjeling nak merembat
tak kira masa dan tempat.

~CNM, 31/5/11, 16.30 pm~

Katanya IX

Katanya IX

Kata kau,
rakyat perlu dibantu
betul ke macam itu?
bergerak saja kena keluar duit saku
tol berderet satu satu
bukan beban ke tu?

Kata kau,
rakyat perlu dibangun
betul ke dibangun?
di kampung jalan masih lagi tak berbatu
musim hujan selut terpercik ke baju
bukan masalah ke tu?

Kata kau,
rakyat jangan dibiar melarat
betul ke tak melarat?
aku lihat ramai yang merempat
bergeladangan tiada tempat tinggal selamat
bukan tugas yang berpangkat ke tu?

Kau,
kau, tak melihat?

~CNM, 31/5/11, 19.10 pm~

Anakku



Anakku,
abah tahu
saat jantungmu dibega
saat diri kamu dikimoterapikan
kesakitan yang tak tertanggung kamu telan
jika kesakitan itu mampu dikongsikan
ingin sekali abah mengambilnya sebahagian
agar kita sama-sama merasakan
hebatnya ujian Tuhan
barangkali menguji sifat kasih sayang
alhamdulillah abah bertahan
kerana kamu itu amanah anugerah Tuhan.

~CNM, 31/5/11, 15.40 pm~

Saya dah lali



Saya dah lali
dari kecil jumpa "misi"
parut sana sini
sakit tak terperi
ubat telan, cocok, dan IV
semua telah saya rasai
syukur saya sihat anugerah Ilahi.

~CNM, 31/5/11, 15.15 pm~

Katanya VIII

Kau kata rakyat didahulukan
apa yang didahulukan?
rakyat atau orang kenamaan.

Sekejap harga gula dinaikan
konon bagus untuk jaga kesihatan
kau tak tahukah harga kuih dinaikan
siapa yang kena bayar harga lebihan
kau cuma turun makan jemputan
tak perlu keluar duit dalam tangan.

Sekejap harga petrol dinaikan
konon masih rendah berbanding negara jiran
kenapa perlu dibandingkan?
kau tak apa pakai kenderaan kerajaan
tak perlu nak menuang petrol walau berjalan sakan
yang susah orang kebanyakan.

Sekejap tarif letrik dinaikan
konon nak kurang beban kerajaan
kau tak fikir orang yang cari makan
'budget' lari rumahtangga berantakan
kata kerajaan prihatin hal kebajikan
ini aku lihat menambah beban.

kau,
kau, nak dijatuhkan?

~CNM, 31/5/11, 14.30 pm~

Kelibat rindu

Kelibat rindu
berbalam mengejar kasih yang satu
yang berpagar di taman kalbu
entah bila akan ketemu
kerana tiada tanda penentu
pertemuan bisa berlaku
dalam waktu memburu.

Ada ketika hati mula jemu
mengharap cinta bertamu
hanya air mata yang meluru
jadi tanda sukma membeku
pegun senyap membisu
pasrah kepada ketentuan-Mu
menemukan cinta padu.

~CNM, 31/5/11, 14.00 pm~

Katanya VII

Aku dengar kau kata nak maju
maju dengan acuan sendiri
sendiri tetapkan hala tuju
bangsa Malaysia yang tinggi motivasi
ada jati diri
ada harga diri
ingin berdiri sama tinggi
dengan bangsa maju
tapi
kenapa bila tiba isu kebajikan
kau sering kali bandingkan dengan negara lain
tidak ada acuan sendirikah?
kau,
kau,
tak retikah?

~CNM, 31/5/11, 13.30 pm~

30 May, 2011

Mungkinkah?

Benarkah yang retak hanya menunggu terbelah?
bagaimana kalau retakan itu perlahan-lahan bertaut kembali
bercantum bak telur dikupas
tiada cacat celanya
mungkinkah?

Benarkah yang terikat kemas itu tak akan terungkai?
bagaimana kalau ikatan itu perlahan-lahan terbuka
terlerai bak layang-layang terputus talinya
hilang ditiup bayu
mungkinkah?

~CNM, 30/5/11, 14.00 pm~

Saya ingin pergi

Saya ingin bangkit dari sofa ini
meninggalkan sejenak ruangan puisi
membereskan tugasan hari ini
saya bertamu lagi nanti
andai saya tiada lagi
tiada cacat cela ruangan ini
ramai sudah kawan-kawan berpontensi
menggarap bait kata suara puisi
sungguh indah memikat hati
menyampai mesej memberi motivasi
agar sama-sama tidak alpa dengan hal duniawi
akhirat jualah tempat kekal abadi
mohon kemaafan sebelum mengundur diri
andai ada silap salah yang mungkin menyakiti
bukan itu niat di hati
hanya sekadar berkongsi suara dari sanubari.

~CNM, 30/5/11, 9.15 am~

Bermuhasabah diri

Tak cukup dewasakah lagi?
untuk merajuk membawa hati
malulah pada diri sendiri
sepatutnya sudah cukup matang kawal emosi
jadi lebih tenang tabah menghadapi
bukannya membawa mati
hanya sekadar emosi tak selari
tak rugi
duduk bermuhasabah diri
itu tindakan cakna sekali
disukai Ilahi.

~CNM, 30/5/11, 9.05 am~

Ada rasanya manusia

Ada rasanya manusia
celik saja mata
maka suaranya bergema
tanpa henti ada saja yang tak kena
mengalahkan radio saluran perdana
aduhai ! bingitnya telinga
kalau infomasi harus berguna
ini bebelan saja tak kena mengena
sabar sajalah siapa yang terkena
anggaplah itu irama lagu istimewa
bila pejam mata senyaplah ia.

~CNM, 30/5/11, 8.48 am~

29 May, 2011

Lima Kelopak



Lima kelopak yang menyeri
umpama rukun Islam kita pegangi
setiap satunya ada kekuatan sendiri
membina jati diri hamba Ilahi
ucapkan syahadah setiap hari
solat fardu lima kali
puasa di bulan ramadhan yang diberkati
keluarkan zakat menyuci diri
tunaikan haji di kota suci
lengkaplah amalan hamba yang sejati
di sisi Ilahi.

~CNM, 29/5/11, 21.40 pm~

Wahai bunga



Ingat wahai bunga
kecantikan yang dikau miliki
hanyalah sementara
sebelum dikau layu
dibakar bahang mentari
berkembanglah dengan harga diri
tinggalkan kenangan terpahat dalam memori
dikau pernah menyeri walau sehari.

~CNM, 29/5/11, 21.21 pm~

Diriku



Diriku yang malang
sendiri jalani kehidupan
tiada teman tiada haluan
menempuh apa jua yang mendatang
menunggu saat dipanggil pulang.

~CNM, 29/5/11, 21.00 pm~

Bunga matahari



Wahai bunga matahari
wajahmu menawan sanubari
menghiasi laman cantik sekali.

Kau umpama mentari
yang menyinar berseri
mendamaikan gelojak hati.

Syukur kepada Ilahi
mengurniakan yang indah menyeri
walau tak punya emosi
kau tetap menakluki.

~CNM, 29/5/11, 20.40 pm~

28 May, 2011

Ambil pusing

Suara yang menumbuk di belakang dinding
kapan bila pon takkan di ambil pusing
usah terusan berkepala rungsing
datang berdepan luahkan isi hati masing-masing
moga ada titik persefahaman yang penting
dapat diputuskan bila berunding
bukan sibuk tuding menuding
jeling menjeling
buat macam terlalu asing
sepatutnya saling berganding
mengabung jalin kekuatan untuk bersaing
tunjukkan kepada warga asing
kita mampu duduk setanding
dengan mereka yang konon sukar didamping.

~CNM, 28/5/11, 18.27 pm~

Kamu perlu dibega

Jika kamu tersiksa
dengan gelagat manusia
aah ! itu satu petanda
diri kamu perlu dibega
mana mungkin kita kawal semua
manusia dengan tingkahnya yang tak serupa
kita yang perlu ada cara
pertahanan emosi rasa
kebal dari sembilu cerca
kalis tusukan peluru kata
kental jiwa
InsyaAllah tenang-tenang saja.

~CNM, 28/5/11, 10.45 am~

Langkah hari ini

Langkah hari ni
barangkali mampu mengubah destinasi
jangan tunggu lagi
bangkit majukan diri
jangan dipeduli orang yang mengelilingi
saat kepayahan tiada siapa yang akan hulur simpati
tinggal diri kita yang memikul beban sendiri
ayuh!!! saudara saudari
tetapkan matlamat yang tinggi
pasang strategi
bina kubu kekuatan peribadi
usah gentar dengan musuh yang menanti
ilmu peperangan harus didalami
mahirkan diri dengan selok belok terajang duniawi
InsyaAllah akan selamat dari tipu daya tak bertepi.

~CNM, 28/5/11, 10.30 am~

Yang semalam, Yang mendatang

Yang semalam
biarkan ia pergi dengan aman
usah dikenang
simpan saja dalam lipatan kenangan
dan pada waktu mendatang
andai cerita semalam mengimbas pandang
jadi kelebihan menemplak dengan matang.

Yang mendatang
tempuhi dengan tenang
jalan-jalan yang telah ke belakang
jadikan asas memasang
kewaspadaan diri buat berjuang
mencapai impian cemerlang
meletak diri ke taraf terbilang.

~CNM, 28/5/11, 10.20 am~

Pernahkah kamu?

Pernahkah kamu?
merasakan saat ditinggalkan
perih yang memerah jiwa
seakan berguguran sukma
namun tak terucapkan
hanya tetes butiran jernih menemani
memujuk hati yang setengah mati
kembali bangkit menyusun kudrat meredhai
apa yang terjadi adalah ketentuan Ilahi.

~CNM, 28/5/11, 9.35 am~

Setelah

Setelah memberi kemaafan
jangan diperhangat kesilapan
dinginkan dengan kata kepercayaan
agar tumbuh rasa penyesalan
mencari perdu kebenaran
mengikat janji setia sepanjang jalan
sisa-sisa kehidupan berbaki di atas landasan
jalan lurus yang diredhai Tuhan.

Setelah mengucapkan keinsafan
jangan diulangi perbuatan
menongkah kebenaran
melupakan suruhan Tuhan
tanamkan kesungguhan
bertaubat mendekati ajaran
yang telah diwahyukan
kepada Jujungan Rasul pilihan.

~CNM, 28/5/11, 00.05 am~

27 May, 2011

Eraman kasih

Eraman kasih menetaskan rindu
lalu dibesarkan dalam sangkar penantian
mengharap pulangnya derapan angin bersama bisikan
menadah dengar telinga rindu akan suara harapan
janji kepulangan membawa sinar
menebus waktu-waktu yang tak terlerai
walau terpisah dirantai pelangi
menyatu jua sesudah gerimis mengering
bersama linangan air mata syukur.

~CNM, 27/5/11, 22.51 pm~

Sedar diri

Jika ditegur kecil hati
kalau dibiarkan lupa diri
sepatutnya berterima kasih diperhati
bukan menarik muka jadi empat segi
rugi sendiri nanti tak siapa peduli
dalam hidup ini
mana mungkin kita sendiri-sendiri
perlu ada orang lain buat penyuluh kesilapan diri
jadi sedar diri sebelum mati
jangan cepat nak menuding jari
lihat sedalam-dalamnya ke dalam diri
apakah aku ini betul atau syok sendiri
kaji dan selidiki kekuatan diri
InsyaAllah akan ditemui
kelemahan yang perlu diperbaiki
pasang strategi capai yang diimpi.

~CNM, 27/5/11, 21.28 pm~

26 May, 2011

Gula-gula bahasa

Aku selalunya
memberikan gula-gula bahasa
untuk memujuk mereka yang alpa
dengan harapan mereka kembali terjaga
tidak hanyut bersama arus mimpi dalam lena
namun
jika gula-gula itu ditolak tanpa memandang
walau dengan sebelah mata
nah !
akan aku tembak dengan peluru kata
akan aku leserkan dengan sembilu bicara
membelah jiwa
menyuci sukma
membeningkan minda dari ampaian leka.

~CNM, 26/5/11, 17.50 pm~

Pasar alam

Pasar malam
jual macam-macam ulam
dari buah petai sampai buah pelam
yang terbaik dari alam
jadi saya tak setuju kalau namanya pasar malam
sepatutnya panggil pasar alam
siapa setuju diam-diam
jangan komen.

~CNM, 26/5/11, 17.07 pm~

Jadilah cikgu !

Jadilah cikgu !
jadilah cikgu !
kata itu ditanam dalam mindaku
bagai dia menanam tebu
dicacaknya sungguh-sungguh dengan kudrat kalbu
dari darjah satu sehingga pra-U
itulah dendangan halwa telingaku
diputar main tanpa rasa jemu
dan saat aku bergelar cikgu
lengkung bibir senyumannya semanis madu
terima kasih ibu
aku jadi seperti kehendakmu
kerana aku tahu
kau inginkan yang baik-baik buatku.

~CNM, 26/5/11, 16.33 pm~

25 May, 2011

Tekejut beghuk

Tekejut beghuk
bakponyo?
mu tak denga ko?
gapo dio wei..?
hok ! ado jate
tuka jadi tino
pah tu komplen hidup susah
nama jate
bade tino celup.

hok peliknyo
ado jugok loyar nok bela
makhamah dunio bulih la
mu main putar belit
makhamah akhirat bulih lepah ko?
soh soh jate
lagu mano nak bui tuka namo tino
Ya Robbi
limpoh bui cahayo keinsafan
mugo berbalik dio ko asal jadinyo.

~CNM, 25/5/11, 20.51 pm~

Sebati

Hidup dan mati sebati
lihat daun-daun mati berguguran
jatuh ke perdunya
hancur jadi baja
menyubur pohonnya sendiri
menunaskan pucuk baru
yang hidupnya menunggu mati.

~CNM, 25/5/11, 20.30 pm~

Anda cari bahagia?

Anda cari bahagia?
tanya pada hati dan jiwa
apa yang buat anda bahagia
jika bercinta bawa bahagia maka buru cinta
jika memiliki kereta baru bawa bahagia maka beli kereta
jika memakai baju baru bawa bahagia maka pakai baju baru.

Tak susah bukan?
buat apa saja yang bawa anda bahagia
selagi tak bercanggah dengan syariat yang Esa
saya rasa berbaloi mengejar bahagia
hilang duka bangkit selera
hidup gembira lenyap sengsara.

Cuba !

~CNM, 25/5/11, 19.00 pm~

Bawa hati

Bawa hati
siapapun kita
kita kena bawa hati
kalau saya
saya bawa hati saya sebagai guru
luar dalam sekolah berhati guru
kalau tiada hati guru
hambar jadinya profesion guru.

jika kamu bercinta
kamu kena bawa hati
jika yang bercinta tidak membawa hati
maka hambar jadinya percintaan
jika hambar boleh tahan
jika timbul masalah itu yang tak tahan
masalah biasanya membawa perpisahan
dan perpisahan membawa penderitaan.

~CNM, 25/5/11, 18.30 pm~

Barah rindu

Dalam daerah kesepian
rindu menerawang tanpa haluan
keseorangan bergeladangan
menumpang teduh pada bayangan kemanusiaan
mengharap kasih menghulur tangan memimpin ke alam impian
mampukah rindu membasahi musim kemarau gurun kesepian tak bertepi
Oh tuhan
lontarkan setitis kepastian buat mengubati barah rindu.

~CNM, 25/5/11, 14.17~

Salam selamat pagi

Salam selamat pagi
salam seikhlas hati
mari kita ucap syukur kepada Ilahi
yang memberi satu lagi hari
mengucap salam dam selawat nabi
ambil kesempatan ini
menginsafi diri
memperbaiki kesilapan yang terjadi
agar tak tergolong kita dalam kalangan yang rugi
dirahmati diredhai
mendapat petunjuk ke jalan menemui
Ya Rabbi yang sedang menanti.

~CNM, 25/5/11, 6.35 am~

24 May, 2011

Kehidupan

Kehidupan ini
bagai bumi yang beredar
terus berputar mengikut orbitnya
mengelilingi matahari
tanpa henti
namun
ada ketika
dalam lengkung edaran
titik yang sama diketemukan
cuma pada waktu dan masa yang berbeza
berapa ramai yang menyedari?

~CNM, 24/5/11, 21.21 pm~

Male mari pulok

Male mari pulok
sie nak kelik gi doh
pah! gapo hok demo bulih hari ni
sekure-kure lagi molek dari semale
ko duk srupo tulo?
tak jadi gawa kalu lagu tu
keno beki diri
sebabnyo kito ni koho dekat denga mati
jange duk ghalik ha duniawi
tak sepat tobat nati.

~CNM, 24/5/11, 18.30 pm~

Kembar 3G

Gelatah, Gelenyar, Gedik
satu ibu satu bapa
kembar serupa
suka beraksi menjolok mata
entah apa yang dibangga
tak takut dosa
menonjol benjol dada
menyelak gebu peha
adeh! sia-sia
macam tak ada agama
aku mohon doa
anugerahilah cahaya
penyuluh jalan diredha
kepada mereka.

~CNM, 24/5/11, 17.46 pm~

Gembleng

Gembleng
pernah dengar tak?
alah yang PM buat konsep 1 Malaysia tu
menyatu padu begitu
pernah ke kamu gembleng?
gemblengkan tenaga kamu
majukan diri ke mercu.

Hah kalau di ruang ini
mari kita gemblengkan ilmu
memartabatkan puisi melayu
jadi satu wadah membetulkan kalbu
berlandaskan ilmu wahyu
dari tuhan yang satu
faham ke konsep gembleng tu?

~CNM, 24/5/11, 14.56 pm~

23 May, 2011

Ambo nok tanyo?

Wahai puok tino
ambo nak tanyo
bakpo gat wei
beghehi bena
paka baju ketat
dada tenganga
paka kain ketat
mace bagrot nako.

Wahai puok jate
ambo nak tanyo
bakpo gat wei
beghehi bena
hisat rokok dale keda
tok kesah ore rama
asap kepul bushuk banga
baju hangit bini naik mua.

~CNM, 23/5/11, 22.30 pm~

Ada bagus?

Anda bagus kalau:
anda lurus, bersifat telus
anda kurus, makan sayur rebus
anda tahu tadbir urus, tak terjerumus
anda terus menerus, tak jemu hadir kursus
anda mulus, memiliki sekeping hati yang tulus
ada bagus?
bagusssss.

~CNM, 23/5/11, 21.45 pm~

Tahukah kamu?

Tahukah kamu?
apa haruman yang sedang memukau kalbu
lantas membangkit nafsuku
sungguh gebu
dari kejauhan sudah kutahu
inilah saatku tunggu-tunggu
menghirup aroma bauanmu
uhhh!!! maggi jantan kegemaranku
terima kasih 'darling'ku
bikinkan santapan malamku
makan dulu.

CNM, 23/5/11, 21.20 pm~

Aku dan Dia



Aku dan dia
sering kali bersama
pakai baju senada
sama warna
satu jiwa
gelak tawa
terima kasih yang Esa
kurniaan-Mu sungguh berharga
dia permata
dia pengubat duka
dia pembawa bahagia
dalam hidup yang masih bersisa
akan aku jaga
tumpahkan kasih sayang setiap masa
selagi ada kudrat berbaki nyawa.

~CNM, 23/5/11, 21.00pm~

Aku

Aku tidak rebah dengan tiupan angin cerca
Aku tidak goyang dengan gegaran kata menghina
Aku tidak goyah dengan tusukan tajam bicara
Yang aku khuatiri aku tidak diredha Ilahi
Yang aku gusari aku tidak laksana syariat Ilahi
Yang aku bimbangi aku tersalah jalan menemui Ilahi
Ya Rabbi lindungi aku buat sekelian kali
Kupohoni.
~cnm, 22.5.11, 5.05 pm~

Cinta sejenis

Jika cinta mampu bersuara
nescaya cinta menolak 'adam' dan 'hawa'
kenapa?
'adam' dan 'hawa' yang salah memberi cinta
menongkah ketetapan yang Esa
kemaruk cinta sejenis
cinta ini cinta Iblis
sungguh jijik umpama najis
mengundang tragis.

~CNM, 23/5/11, 19.40 pm~

Cinta kontrak

Cinta 'fastrack'
dalam kalangan pekerja kontrak
di tapak projek
tak pelik
kalau ada yang tergolek
bahana cinta kontrak.

~CNM, 23/5/11, 18.20 pm~

Nak ke tak nak

Nak ke tak nak
kalau nak cakap nak
jangan bertidak-tidak
mudah nak bertindak.

Nak ke tak nak
kalau nak cakap nak
jangan tolak menolak
mudah nak jadikan denak.

Nak ke tak nak
kalau nak cakap nak
jangan berdolak-dolak
mudah nak fikir kepala tak senak.

Nak ke tak nak
kalu nak cakap nak
jangan mengelak
mudah nak digasak.

Nak ke tak nak
kalau nak cakap nak
jangan menempelak
mudah nak digelak-gelak.

~CNM, 23/5/11, 9.45 am~

22 May, 2011

Sepohon kayu

Sepohon kayu
kata dia tak tahu
peranan silaranya itu
baik tak usah jadi pohon kalau dungu
baik jadi kayu!

Sepohon kayu
kata dia tak tahu
peranannya menaungi rerumput itu
baik tak usah jadi pohon kalau tak mampu
baik jadi batu!

Pohon kayu
sifatnya membantu
bukan mengeliru
buat-buat tak tahu
tugas kamu.

~CNM, 22/5/11, 23.00 pm~

Tanah Runtuh

Al-Fatihah
untuk mangsa tanah runtuh
kepada ahli keluarga
tabah menghadapi dugaan kehilangan
moga ada hikmah dari ketentuan.

Namun
kenapa perkara ini dibiar berulangan?
tidak belajar dari kesilapan silam
pada saya kita punyai pilihan
bina kediaman jauh dari lereng curam.

Pemimpin sibuk beri komen
konon tak berdaftar dengan kementerian
jadi apa tugas kamu sebagai menteri berkenaan?
tak boleh arah pegawai buat tinjauan?
hairan!!!

Yang jadi mangsa anak-anak tanpa perhatian
tak berlaku tak semesti tak perlu
rajin-rajinlah turun padang membantu
bukan hanya sekadar cakap atas bangku
berbulu!!!

~CNM, 22/5/11, 20.26 pm~

Biar betul-betul

Biar betul-betul
jangan buat tolol
nanti kena baling botol.

Biar betul-betul
jangan jadi bahalul
nanti kena lepuk kepala benjol.

Biar betul-betul
jangan buat lurus bendul
nanti kena buli dengan kaki pukul.

Biar betul-betul
jangan main sondol
nanti kena gelar pak tolol.

Biar betul-betul
jangan tonjol-tonjol
nanti kena rogol.

Biar betul-betul
jangan main tepi bendul
nanti tersadung bengkak berketul-ketul.

Biar betul-betul
baru kita unggul
bukan tunggul.

~CNM, 22/5/11, 20.08 pm~

Aku dan anak bujangku

Aku dan anak bujangku

Selalu habiskan waktu
dengan hobi baru
bola golek minat yang satu
tak perlu tunggu
ada masa belasah sampai lesu
kadang-kadang golek tak menentu
masuk longkang bukan isu
janji puas membaling bersemangat padu.

~CNM, 22/5/11, 19.12 pm~

Jangan main-main

Jangan main-main
silap haribulan
kita kena main.

Jangan main-main
silap percaturan
kita jadi sasaran.

Jangan main-main
silap percakapan
kita kena saman.

Jangan main-main
silap pilihan
kita dikecewakan.

Jangan main-main
sila bermain
bukan main-main.

~CNM, 22/5/11, 18.34 pm~

Alam Rumahtangga

Dalam perahu rumahtangga
ingatlah walau ada satu kemudi
namun pengayuh ada dua
perimbangan antaranya
menghala perahu ke haluan yang didamba.

Jika dibiar pengemudi keseorangan
dikhuatiri perahu dibawa arus alpa
terperosok ke dalam pusaran noda
tenggelam sebelum tiba
menghancurkan dua jiwa.

Mengenali pasangan perkara utama
terima dia seadanya
tolak ansur pemangkin bahagia
kesabaran membawa damai sentiasa
jangan lupa sama-sama memanjat doa
pohon rahmat dan redha yang Esa.

~CNM, 22/5/11, 17.05 pm~

Jika saya ditertawakan

Jika saya ditertawakan
kerana menulis
saya tidak kisah
kerana mungkin saya dilahirkan untuk menulis
walau tidak sebaris dengan yang arif
saya akan tetap menulis.

Saya juga sedar
saya tidak tinggi ilmu menulis
jika saya tersalah tulis
betulkan saya jangan hanya tersengih
sesungguhnya memperbetulkan yang tidak betul
satu amanah yang sama-sama kita pikul.

~CNM, 22/5/11, 15.56 pm~

Tersirat

Pada olak-olak rasa
terpantul cahaya sukma
mengiraskan warna jiwa
memberi tanda apa tersirat dalam dada.

Pada pelangi senyuman
terpancar emosi keriangan
mengimejkan wajah kebahagiaan
memberi tanda apa tersirat dalam minda.

~CNM, 22/5/11, 15.10pm~

21 May, 2011

Tinta hatiku

Tinta hatiku menitis laju
mencoret suara ilham kalbu
resah gundah suka duka bercelaru
semua jadi inspirasi sukmaku
menyusun bait kata senada berlagu
buat tatapan semua tetamu
usah jemu bertandang ke ruang bisu
ini wadah berkongsi ilmu
dalam media tanpa bertemu
moga Ilahi merestu
pertemuan tanpa bersatu.

~CNM, 21/5/11, 19.51 pm~

Si remaja si tua

Si remaja
dilihat leka
baju sendat tak tutup kepala
nampak pusat kain tak cukup ela
aduh siksa
ingat janji yang Esa
sekecil zarah akan dibalas-Nya.

Si tua
dilihat mengada-ngada
anak berderet ada hati nak kahwin muda
didik saja yang dah ada
aduh bala
ingat, mati tak kira masa
cukup tempoh tak tertangguh ia
yang tinggal merana.

~CNM, 21/5/11, 1941 pm~

Kalu doh saye

Kalu doh saye
sie male wajoh terbaye-baye
tido tak lena
mandi tak basoh
make tak kenye.

Kalu doh lagu tu
hata rombonge memine
cepat-cepat jupo tok ime
baru terubat rindu dende
bulih gomo sie male.

~CNM, 21/5/11, 17.25 pm

Pernahkah?

Pernahkah kamu disentapi
saat air mata mengalir
mengheret pedih di pipi rasa
sukma kaku bisu
yang terdengar
cuma degup jantung memecut laju.

Detik perih mencacah dinding dada
nafas terjerut dek gelora jiwa
suara tersepit di pintu kerongkong
kelu lidah dibelit bayu keliru
yang terdesit
cuma isak tak berlagu.

~CNM, 21/5/11, 15.55 pm~

Zharif Aimran



Sungguh kuat kamu
lahir sebagai SD
pada usia dua bulan
hadapi sendiri
saat jantungmu dibedah
betapa abah dan ibu tak mampu berbuat apa
hanya doa tak putus dipanjatkan
Ilahi maha mengetahui betapa kami sayangkan kamu.

Membesarkan kamu
tuntut kesabaran bukan calang-calang
demi amanah yang Esa
abah dan ibu tabah dengan dugaan-Nya
tak jemu belajar dan belajar
memperbaiki diri mendidik kamu
syukur kepada yang Maha Penyayang
tiada rasa bosan menjengah.

Pada usia dua tahun setengah
kami diuji lagi Aimran
betapa diagnosis kamu hidapi leukimia
merentak jantung hati kami
pasrah dengan kententuan-Nya
abah dan ibu berikan rawatan terbaik buat kamu
hanya air mata dan doa sentiasa mengiringi
dan sekali lagi Ilahi maha mengerti kami teramat sayangkan kamu.

Kini hari-hari yang kamu lalui
nikmatilah dengan bahagia
abah dan ibu mencuba dan terus mencuba
memberi yang terbaik untuk kamu
pohon kami janganlah kami diuji lagi
tak tertanggung melihat kamu dalam kesakitan
moga ada sinar untuk kita habiskan sisa-sisa hidup ini
dengan gelak tawa tanpa duka.

~CNM, 21/5/11, 15.00 pm~

Puok jate, Puok Tino

Wahai puok jate
puok tino suko bena
kalu duk bui puji
tesengih sapa napok gosi.

Wahai puok tino
puok jate suko bena
kalau duk bui senyung manih
tersengih sapa napok tak doh gigi.

Wahai puok jate
puok tino tak suko bena
kalu duk kecek pasa poligami
maghoh sapa tak seda tak kawin lagi.

Wahai puok tino
puok jate tak suko bena
kalu duk kecek sapa tengoh hari
laki balik nasik tak masok lagi.

~CNM, 21/5/11, 13.58 pm~

Ghoyat

Kalu nak ghoyat, ghoyat biar derah
biar ore bulih denga
jange bisik-bisik mace dale kelambu
pahtu kalu ore tak denga
mula nak moghih kat ore
paranga gapo lagu tu.

Kalau nak ghoyat, ghoyat molek
jange duk pese-pese
turun ghoyat sediri
biar jumpo pat mata
sene citer
bulih tahu air muko.

~CNM, 21/5/11, 10.06 am~

20 May, 2011

Kalau

Kalau tak pandai
cakap tak pandai
jangan nak memandai-mandai
terbarai!

Kalau tak tahu
cakap tak tahu
jangan buat-buat tahu
haru!

Kalau tak cinta
cakap tak cinta
jangan nak mengada-ngada
hampa!

Kalau tak rindu
cakap tak rindu
jangan nak tipu-tipu
hantu!

Kalau tak suka
cakap tak suka
jangan nak bela-bela
celaka!

Kalau!!!
tak akan habis kalau berkalau
sudahnya sasau
jangan marah, gurau je.

~CNM, 20/5/11, 22.05 pm~

Macam-macam

Sepanjang tempuh kehidupan saya
telah saya jumpai pelbagai ragam manusia
anda mungkin jumpa yang sama.

Ada manusia yang cakap tak serupa bikin
cakap lain buat lain
suka pusing-pusing.

Ada manusia yang suka cakap tak suka buat
cakap macam hebat suruh buat lari tak cukup tempat
suka cakap besar.

Ada manusia suka komplen
banyak tak betul dari betul
orang macam ini dia yang kena diperbetul.

Ada manusia diam-diam tapi ada hasil
tak suka cakap banyak kerja yang penting
orang macam ini selalu dipermain.

Ada manusia apa pun tak mahu
suruh belajar tak mahu suruh kerja tak mahu
yang dia tahu nak makan selalu.

Kalau nak sebut semua tak cukup ruang
lain kali kita sambung karang
renung-renungkan.

~CNM, 20/5/11, 21.51 pm~

Manusia

Manusia yang faham bahasa
sekali dilaserkan akan terasa
lalu mengambil tindakan yang cakna
tapi
jika manusia yang jenis tebal telinga
andai bom jangka meletup di birai sukma
macam tiada apa-apa.

~CNM, 20/5/11, 21.34 pm~

Dendam di hati

Jika ada dendam di hati
yang baik hanya terlihat keji
tiada manis berseri yang tinggal cuma benci
salah silap dicari
tak pernah nak menghargai
yang terpacul hanya caci maki.

Ya Rabbi
aku mohon berlindung dari Iblis ini
yang hanya tahu betul sendiri
tidak pernah melihat kesilapan diri
segala kehendak perlu diikuti
walau bercanggah dengan ketetapan Ilahi.

~CNM, 20/5/11, 20.03 pm~

Cinta mengigit

Bila cinta menggigit
hati terjerit-jerit
meneriak rindu yang perit
tak tertahan gelora menghimpit
ingin sentiasa berkepit.

CNM, 20/5/11, 11.25 am

19 May, 2011

Damaikan sanubari

Saat dada menyebak
saat mata bergenangan
tiada kata nak diluahkan
hanya perih memerap
diredakan titis ke pipi
tak tergenggam rasa di dada
pinta kepada Ya Rabbi
damaikan sanubari.

~CNM, 19/5/11, 23.05 pm~

Saya rindu sekali

Saya rindu sekali
saat bersimpuh di bendul
menyisir rambut bonda
membelek-belek rambut putih
memerhati kerdip matanya makin lesu
lalu terlena menghilang lelah.

Tidak mungkin
saya lalui saat seperti itu
yang ada cuma lipatan kenangan
tersimpan dalam kabinet memori
tak pernah terusik dek anai-anai masa
kerana bonda saya tak pernah pergi dari sukma.

~CNM, 19/5/11, 22.35 pm~

Haiku10

Sorotan alam
mencungkil rahsia Tuhan
jadi panduan.

Tebat diri

Tebat diri
dengan ayat-ayat suci
agar terhindar hasad dengki
kerja manusia iri
boleh sampai menyekutu Ilahi
memorandum persefahaman ditandatangani
dengan makhluk dilaknati
janji hajat dipenuhi
menyonsang ke dalam api
tak dipeduli.

~CNM, 19/5/11, 21.45 pm~

Bukan ahli nujum

Saya bukan ahli nujum
yang mampu meramal masa depan
saya hanya mampu berpesan
kita tidak akan tahu apa bakal mendatang
namun kita boleh merancang
ketentuan Ilahi itu tak boleh dihalang
andai yang molek bertandang
jangan lupa ucapkan syukur
andai yang buruk menyusur
jangan pula kita rasa dihukum
semuanya pengujian kena ambil maklum.

~CNM, 19/5/11, 19.15 pm~

Jika aku diberi pilihan

Jika aku diberi pilihan
antara berkata-kata
dan diam
aku akan pilih untuk keduanya
setelah berkata apa yang aku rasa benar
aku akan diam tanpa paksaan.

Jika aku diberi pilihan
antara hidup
dan mati
aku akan pilih keduanya
setelah hidup mengejar keredhaan Ilahi
aku akan pasrah menunggu mati.

~CNM, 19/5/11, 18.50 pm~

Cinta berduri

Cinta berduri
melukakan tangkai hati
menjerut sukma-sukma suci
setelah jiwa dan raga mengabdi.

Tusukan cinta berduri
membelah jantung hati
mematikan denyut kasih murni
hanyut ke pusaran tsunami benci.

Repih cinta berduri
sebelum mencacah ke taman hati
lontarkan ke laut mati
kuburkan di batu hampar memori.

Rintihan mangsa cinta berduri
menyayat hati beri simpati
tinggalkan impian ngeri
kejari pelangi di langit cinta Ilahi.

~CNM, 19/5/11, 18.31~

Lorong waktu

Lorong waktu yang telah aku lewati
adakala selari dengan impian hati
terkadang menduri jejak yang kudaki
semuanya mendewasakan jati diri
mengenal simpang yang perlu dihindari
memilih denai yang harus diselusuri
menuju keredhaan Ilahi
sebelum mati.

~CNM, 19/5/11, 18.00 pm~

18 May, 2011

Kami bukan OKU

Kau meneriak mendung pada hari yang jerebu
dengan penuh harapan jajahan takluk menunggu hujan menderu
tapi rupanya kabut dan kabus kau tiupkan ke dalam kelambu
jadi apa yang kau harapkan akan berlaku?
kau nak orang tersenyum sipu?
aku rasa orang akan berbulu
bulu yang tercipta dari besi padu
huh, perbuatanmu sungguh melucu
kalbuku
sukmaku
berkata tahukah kau semua itu
buat kami membisu
namun bukan jadi OKU.

~CNM, 18/5/11, 22.20 pm~

Mengula-gula

Gula-gula getah
pun tak mampu kau berikan kepada kami
coklat "ferrero Rocher" kepada mereka kau hidangkan
apa!!!, kami ini kasta mana?
kau bina jurang antara kami
kau humban kami ke lubuk kecewa
kau lemaskan kami dalam kolam kepalsuan.

Kau tak belajar adab ke?
kalau dalam satu keluarga
takkan abang long saja dilayan baik
bagaimana dengan angah, ucu, acik?
semua buat kerja rumah yang setara
jangan buat-buat buta
mengula-gula yang dah dewasa
buruk padahnya.

~CNM, 18/5/11, 21.48 pm~

Peluru kata

Peluru kata
kubedil meliar
mensasarkan titik-titik dangkal
yang memejal di benak-benak nakal
dengan harapan akan menggelepar terpenggal
yang tinggal akal terajar
bangkit mencari asal
sebelum menyesal.

~CNM, 18/5/11, 2130 pm~

Kemenjadiankah itu?

Saya bukan penulis yang hebat
tapi saya ada pasang niat
nak menulis sampai ke darjat
seperti penulis yang berbakat
siapa yang nak lihat?
karya-karya saya yang terpahat
untuk dapat nasihat
bagaimana meningkatkan kelibat
puisi dihambat
jika itu saya dapat
puisi saya ada tempat
di hati peminat
kemenjadiankah itu?

~CNM, 18/5/11, 20.10 pm~

Kejelekitan!!!

Kejelekitan!!!
hah! apa benda?
kejelekitan..
tidak pernah dengarkah?
tak pernah..
buka kamus
kamus bercetak ada
kamus elektronik ada
kamus online pun ada
sungguh tidak jelekit kamu dengan kamus
sia-sia usaha DBP.

Ni ha!!!
aku tulis banyak-banyak
ada ke yang baca?
tak jelekit kamu dengan puisi
sah-sah kamu melekit
ya, melekit dengan malas
malas nak baca
tapi aku tak rasa sia-sia
sekurangnya aku dah tulis bicara
dibaca atau tidak tak mengapa
kerana aku menulis tak minta diperharga
aku menulis untuk diredha.

~CNM, 18/5/11, 19.36 pm~

Tidak bisa mencipta mimpi

Kita tidak bisa mencipta mimpi
andai terpejam lena sekalipun
jika mimpi enggan bertamu
usah mimpi untuk bermimpi
mimpi yang akan hadir
mewarnai
apa corak yang dilakarkan
selalunya
selari dengan akal sedar
yang diputar mainkan
dalam jaga
pada kelir minda.

~CNM, 18/5/11, 19.10 pm~

Gelabah monyet

Gelabah monyet yang kau cipta
bukan apa-apa
sekadar diri kamu yang gagal
mengawal diri
menakuti hal-hal yang belum pasti
cuba tenangkan diri
tiada apa yang terjadi
banyakkan doa kepada Ilahi.

~CNM, 18/5/11, 18.55 pm~

Hujan membelai

Hujan membelai rasa
menerjah ke kamar tak berangin
membeku akal di ranjang khayalan
terkaku gerak bola mata
menelinga lagu tetes air
memukul atap
deruan yang jadi petanda
malam diselaputi dingin
tidak bisa menyembuh torehan hati
darahnya mengalir
bagai glasier menuruni kori.

~CNM, 18/5/11, 18.05 pm~

17 May, 2011

Duhai ibu

Rintik-rintik rindu
berenapan membasahi kalbu
menyubur tunas sendu
terkenang kisah lalu
saat indah bersama ibu.

Duhai ibu
kau ratu
tidak pernah lumu
ingatanku padamu
walau umurku ditelan waktu.

~CNM, 17/5/11, 23.23 pm~

Indahnya ciptaan-Mu.

Siang cuma miliki mentari
malam miliki bulan dan bintang
mengapa?
adakah kerana perimbangan
gelita malam yang menghadkan pandangan
diimbalkan dengan keindahan kerlipan berjuta bintang
dipesonakan dengan cahaya bulan mengambang
sedang siang sudah cukup terang
mewarnai cakerawala alam
Subhanallah indahnya ciptaan-Mu.

~CNM, 17/5/11, 22.41 pm~

Sistem Manusia

Sistem ciptaan manusia
macam mana bagus pun tak memuaskan semua
terimalah dengan redha
jika bukan rezeki kita
jangan rasa kecewa
keikhlasan dipandang yang Esa
moga kita ditakdirkan jadi jutawan di sisi-Nya
mungkin di dunia
pengujian menerima ketentuan-Nya
bertabah rakan semua.

~CNM, 17/5/11, 18.33 pm~

Pabila langit berdehem

Pabila langit berdehem
awan bergumpalan mengumpul hujan
kilat memancar mengerunkan
petir sambar menyambar menakutkan
alam bersepakatan
menunjukkan atur permainan
sentiasa menuju keseimbangan
tanpa henti selagi ada kehidupan.

~CNM, 17/5/11, 17.17 pm~

Yakin

Ada orang merasakan sedikit kegagalan
telah mematikan seluruh hidupnya
tiada lagi harapan
tiada lagi peluang
sedangkan
kegagalan itu
cuma setitis air dari lautan.

Jangan berputus ada
kejayaan tak pernah berselingkuh
setia menanti di mana jua
gapai dengan bersungguh
ambil sedikit masa
bina peribadi teguh
yakin kejayaan akan dirasa.

~CNM, 17/5/11, 12.20 tgh~

Jikapun

Jikapun kita ada sepasang sayap
yang boleh buat kita terbang
ke pelusuk dunia
bahagiakah?
jika,
sering berterbangan tanpa teman.

Jikapun kita ada sepasang mata
yang boleh buat kita melihat ke seberang
ke laman orang
bermaknakah?
jika,
laman sendiri penuh dengan lalang.

Jikapun kita ada sepasang telinga
yang boleh buat kita mendengar siang dan malam
ke serata alam
tenangkah?
jika,
apa yang kita dengar bukan impian.

~CNM, 17/5/11, 12.05 tgh~

Izinkan saya

Izinkan saya terus menulis
bukan niat saya untuk menghiris
hanya ingin menyampai walaupun sebaris
moga ada yang manis
dalam mengejar kehidupan yang harmonis.

Jika saya tersalah tulis
maafkan saya ahli majlis
perbetulkan kesilapan yang tak manis
jadikan karya lebih dinamis
membawa mesej jelas lagi puitis.

Jika anda ingin menulis
tulislah biar habis
biar jelas walau sinis
yang memahami dengan kritis
menerima tanpa prejudis.

~CNM, 17/5/11, 11.45 am~

Bertabah

Hati yang terbelah
usah biar dikerumuni gundah
pasti ada jalan petunjuk membedah
kembalilah kepada pengajaran suruhan Allah.

Jika musibah datang mencelah
hadapi dengan tabah
tak rugi tenang dan berhemah
kesabaran membawa faedah.

Takdir datang tanpa helah
telah diperingat Rasulullah
dalam susah dalam senang InsyaAllah
berpegang teguh dengan tali Allah.

~CNM, 17/5/11, 11.20 am~

Kerenah sendiri

Setelah mentari menyinar
cahaya terpancar
andai pohon enggan membesar
apa lagi daya mentari
tunggulah hujan membasuh
sisa-sisa cemaran menyaluti
atau
angin meniup debu pergi
pepohon lekas menyerapi
menguatkan diri
mengapai impian dihajati
walau ketinggalan dek kerenah sendiri
kesedaran bermakna dari terus terlena bersama mimpi.

~CNM, 17/5/11, 10.43 am~

Rezeki



Rezeki yang di hadapan
pastikan bukan dari sumber haram
bukan hak orang.

Rajin-rajin terbang
rezeki akan terpandang
yang secupak akan jadi segantang.

Jangan sewenang-wenang
apa yang kita makan
akan jadi darah daging dan tulang
akan dipersoalkan Tuhan.

~CNM, 17/5/11, 9.45 am~

Salam selamat pagi

Salam selamat pagi
di hari cuti begini
sudah bangkitkah atau tidur lagi?
masih lena dalam dakapan bini/suami
hi, hi, hi!

ayuh bangkitlah sucikan diri
lihat apa yang patut dikemaskini
jangan lupa ambil sarapan pagi
rancang aktiviti
habiskan masa berkualiti
bersama keluarga yang sudah lama menanti.

ingat kembali
berapa lama keluarga tak diziarahi
apa kata lakukan hari ini
mengeratkan silaturrahim famili
moga hidup bertambah harmoni
cemerlang gemilang terbilang dimiliki.

~CNM, 17/5/11, 8.12 am~

16 May, 2011

Haiku9

Hujan berdendang
menyambut malam buram
dingin bersarang.

Perlukah sembunyikan diri?

Perlukah sembunyikan diri?
sedang kita tahu semua dalam proses
ya! proses belajar
belajar dari kesilapan
jadikan pengalaman sebagai guru
membentuk kemantapan diri
jadi,
lebih baik dari semalam
dan esok lebih baik dari hari ini
sia-sia,
jika hari ini lebih buruk dari semalam
dan esok lebih buruk dari hari ini.

~CNM, 16/5/11, 19.05 pm~

Lena kontot

Petang ini aku berlena-lena kontot
menghambat penat pergi dari tubuh
mengumpul kudrat meredah sisa malam
terjaga aku dari lena dek satu ciuman manja
rupanya anak bujangku sudah kebas menunggu
abah!!!, "bangkitlah hari sudah petang",
lalu aku bingkas menyuci diri menunaikan hak-Nya
terasa damai tenang sekali
setelah menjeling skrin bercahaya ini
aku terlihat ucapan-ucapan terima kasih cikgu
di wall, di inbox, di telefon bimbit
anak muridku mengutuskan bicara hati
mengenang daku dalam secebis perjalanan hidup mereka
terima kasih semua
cikgu doakan kalian terus berjaya dan bercahaya
jadi anak soleh
jadi warga berguna
untuk bangsa , negara dan agama.

~CNM, 16/5/11, 18.52 pm~

15 May, 2011

Terkotakah janji

Terkotakah janji jika hanya
duduk merenung malam berganti siang
tanpa mengambil seribu langkah mengekori mentari
atau meneroka gelita malam mencungkil seribu rahsia
bangkitlah dari bangku malasmu mengorak langkah panjang
mengapai impian mengota janji yang terlafaz tanpa keterpaksaan
tunaikan janji dan amanat yang tergalas di bahu demi anak-anak watan.

~CNM, 15/5/11, 23.40 pm~

Muridku

Andai bicaraku pernah mendidihkan hatimu
bukan niatku meniup bara menyalakan api
niatku cuma satu melihat kesinambungan ilmu
merangsang kamu menghayati menyerapi
setiap butiran pengajaran.

Andai bicaraku pernah mengores hatimu
bukan tujuanku mencipta luka
tujuanku meniup semangat padu
agar kamu memburu ilmu tanpa jemu
demi masa depan.

Andai kamu hari ini telah berjaya
cikgu ucapkan syabas dan tahniah
dan memohon kemaafan
atas segala kelemahan
cikgu hanya mampu mencuba yang terbaik.

~CNM, 15/5/11, 21.25 pm~

Guru, Kau Umpama Mentari



Kau umpama mentari
kekal memberikan cahaya
menyuluh jalan kebenaran
menerangi kehidupan insan
melenyapkan alam kegelapan
walau engkau sendiri pernah gerhana
tidak sedikit menghalang kamu berjasa.

Guruku
melalui kamu aku mengenal tulis baca
tak terbalas dengan wang berjuta
doa dan harapan kukirimkan semoga
kesejahteraan dikurnia sepanjang masa
miliki keluarga bahagia
dipandang mulia
dirahmati yang Esa.

Terima Kasih Cikgu!!!

~CNM, 15/5/11, 20.35 pm~

Terima kasih

Kepada kamu, kamu dan kamu
yang mengutuskan ucapan ingatan
sempena hari guru ini
selebar senyuman kupertontonkan
terharu dengan bisikan kalian
sesungguhnya ia lebih bermakna
dari segala anugerah
cukup bagiku
diperdengarkan dengan kalimah
terima kasih cikgu
linangan air mata hati
membasahi jiwa
syukur kepada-Mu Ya Rabbi
ada insan-insan
yang ikhlas mengenang jasanya kami
para guru.

~CNM, 15/5/11, 18.30 pm~

Jangan!

Jangan menangis
jika tidak tahu akan nilainya
jika hanya sekadar membazirkan air mata
sia-sia.

Jangan ketawa
jika tidak tahu akan nilainya
jika hanya sekadar tunjuk ceria
buang masa.

Jangan senyum
jika tidak tahu akan nilainya
jika hanya sekadar memaniskan bibir
buat apa.

Menangis, ketawa dan senyumlah
jika nilainya membawa makna
memberi tanda
kita sedar milik-Nya.

~CNM, 15/5/11, 15.34 pm~

Banyakkan doa

Kawan-kawan semua
kita semakin dewasa
dan kian menganjak tua
usia semakin gerhana
masa semakin berharga
kita akan kembali kepada-Nya
marilah kita perbanyakkan berdoa
memohon keampunan yang Esa
kerana kita tak terlepas dari dosa
secara sedar atau tak sengaja
jangan dibuat lupa
moga hadir kita
dengan berat timbangan pahala
ringan timbangan dosa.

~CNM, 15/5/11, 9.25 pm~

Cinta bersalut dusta

Sejarahnya pasti bermula
dengan persetujuan tergesa
gagal mengenal mana intan mana kaca
hanya terpaut rupa semata
sedang hati budi belum diteroka.

Bila hati sedang berbunga
yang indah saja nampak di mata
tak sedar yang buruk di balik sana
bila cinta mengundang air mata
baru tersedar sudah terkena.

Nak berpatah malu muka
sudahnya redah saja
hati terluka jiwa merana
ruginya hidup di dunia
kerana di sana belum tentu bahagia.

Elak perangkap cinta dusta
ikuti sabda Baginda
pilihlah yang beragama
cintanya mungkin kerana-Nya
membawa bahagia ke hujung nyawa.

Berdoa kepada yang Esa
ditemukan cinta sehati sejiwa
bukan kerana rupa atau harta
cinta ikhlas untuk bersama
mencari keredhaan ke syurga.

~CNM, 15/5/11, 9.10 am~

14 May, 2011

Pulau Haba

Satu fenomena cuaca
berlaku di kawasan hutan bata
diburukkan bitumen dan kaca
suhu pusat bandar dan keliling tak sama
kenderaan dan perindustrian menambah derita
jerebu menyesak dada
haba menghangatkan udara
hujan panas tak tentu masa
menganggu gugat urusan manusia
keselesaan semakin tiada
bandar tak lagi mesra
jadi kawasan yang menyiksa
tak sesuai untuk bersantai bersama keluarga.

~CNM, 14/5/11, 23.50 pm~

Cinta Parasit

Cinta parasit
cinta transit
mudah melekit
dibikin gadis genit
atau bujang senget
mengalahkan pelesit
berfokuskan gajet dan duit
memerah harta si perut buncit
atau nenek gedik
bertimbun resit
membeli belah bukan sikit
tenyeh kad kredit
mencecah limit
bahana cinta parasit.

~CNM, 14/5/11, 22.59 pm~

Bijian resah

Jika bijian resah yang disemai
tunas keraguan akan bercambah
pucuk ketidakpastian menghijau
merimbun daun ketidakyakinan
menguntum bunga prasangka
memutik buah curiga
meranum segugus sengketa
berguguran dari tangkai bahagia
jatuh ke perdu sengsara
berkecai paduan dua jiwa.

~CNM, 14/5/11, 19.15 pm~

Saya ingin biasakan

Saya ingin biasakan diri saya
menulis walau sebaris ayat
kerana dari sebaris ayat
mungkin dapat menyelamat
insan yang akalnya tersumbat
atau jadi bahan pengingat
sesama kita dalam mencari rahmat
yang akhirnya kepada DIA kita berpusat.

~CNM, 14/5/11, 18.49 pm~

Kita yang pilih

Kita yang pilih
mengapa perlu sedih?
bersabarlah dalam mendidik
cabaran remaja zaman ini buat kita mendidih
betulkan diri sebelum betulkan anak didik
sentiasa positif memberi perkhidmatan terbaik
sentiasa menambah baik
ilmu terkini alatan canggih
harus murid tabik
ibubapa tak mengherdik.


Murid kita
senang saja
menangi hatinya
sebelum menangi akalnya
jadi modul sepanjang masa
dari tutur bicara
hinggalah pakaian penuh gaya
semuanya jadi tarikan remaja
guru penjana modal insan mulia
tanggungjawab pendidik selagi bernyawa.

~CNM, 14/5/11, 18.27 pm~

Akal

Akal yang tak berakar
tak mampu menyokong teguh
dirian pohon ilmu
tunas-tunas idea
mengecut layu
jadi debu
mencemar bicara.

~CNM, 14/5/11, 17.40

Mentari



Mentari itu memberi sinar
namun ia juga membakar
jika pengharapan membawa sinar
jangan dilupa ia juga mampu membakar.

Selamat Hari Guru 2011

Selamat Hari Guru

Kuucapkan kepada teman seperjuangan
pada hari memperingatkan
jasa warga pendidikan
berbaktilah dengan penuh keikhlasan
curahkan segenap pengalaman
didik anak bangsa jadi modal insan
meneruskan agenda warisan
memartabatkan negara jayakan wawasan
mencapai negara maju seperti acuan
yang telah digarapkan oleh kerajaan.

Rakan-rakan sekalian
tanamkan kesungguhan
memprofesionalismekan bidang perguruan
belajar sepanjang hayat jadi pegangan
segala transformasi jadi pembaharuan
bidang ICT dipertingkatkan
tidaklah kita ketinggalan
dalam arus pemodenan
globalisasi dunia tanpa sempadan
maklumat harus dikemas kinikan.

Teman-teman budiman
jangan rasa takut dengan tomahan
janji kita tidak melakukan kesalahan
minimakan kesalahan
berikan penjelasan
ibubapa akan faham segala tindakan
anak-anak perlu disedarkan
program pendidikan
perlukan pengorbanan
demi masa depan
yang cemerlang gemilang dan terbilang.

~CNM, 14/5/11, 6.57 am~

Percayalah

Percayalah
apa yang diharamkan Allah
akan mendatangkan kemudaratan
jadi tinggalkan larangan-Nya
tegakkan suruhan-Nya
dan akhirnya
jadi kita hamba yang dirahmati.

~Goldkey, 13/5/11, 14.04 pm~

Setelah menemukan sinar

Setelah menemukan sinar
teridamkah lagi
kembali ke lubuk hitam silam
yang tidak menjanjikan seserpihan intan.

Tetapkan haluan
walau dibadai gelombang
nakhodakan bahtera pedoman
berlabuh ke labuhan kebenaran.

~Goldkey, 12/5/11, 22.54 pm~

12 May, 2011

Berat onar

Andai reranting di hujung dahan
melendut menampung berat onar
ada mungkin ia menyerpih berantakan
segerakan kembali ke perdu
demi menjaga diri
dari jatuh terjelepok
ke dalam takungan noda.

~CNM, 12/5/11, 22.33 pm~

Biar malam pergi

Biar malam pergi
tanpa mencicirkan dingin
kerana
selimut malam
telah dibasahi air mata.

Sengsara
tak pernah lekang mengigit
melunyai rasa
melunyah sukma
gemaan tangis
menyelubungi deria dengar.

~CNM, 12/5/11, 22.11 pm~

Telukan rindu

Di telukan rindu
ombak membelai sendu
memecah sisa-sisa anganan yang beku
mengalir lesu
larut ke tubir kalbu
berenapan ke sukma berdebu
menyatu di alam baru.

~CNM, 12/5/11, 21.08 pm~

Hujan berintikan

Hujan berintikan dari gelagar langit
bergumpalan awan gemawan menggunung
cemburunya pelangi menanti saat mewarna
mentari disorok sebukit kumulunimbus
menyerap serak hangatan
membiarkan angin menyepoi laju
bawa kedinginan ke belahan kalbu.

~CNM, 12/5/11, 17.37 pm~

11 May, 2011

Tiada dua tiada tiga

Malam cuba menyata
namun tiada suara
untuk beri tanda
akan gelita
jiwa
jika hanya
memandang saja
seharusnya terus berkata
tiada dua tiada tiga kaulah saja.

~CNM, 11/5/11, 22.50 pm~

Jerebu kembali

Jerebu kembali menganggu
atmosfera berkurang mutu
asap habuk dan debu
mula bersatu
kesan kenaikan suhu
rimas membelenggu
manusia mula mati kutu
penyakit mula memburu
itulah peluru
alam yang diganggu.

~CNM, 11/5/11, 20.19 pm~

Mujange kelik sajo

Mujange kelik sajo
kalu ado ratin nak cocoh mata
repih biar patah
tohot bue dale rok
jauhkan musibah
itu pun satu ibadah.

~CNM, 11/5/11, 19.48 pm~

Ingat akan

Jika hangatan mentari itu suatu bebanan buat kamu
ingat akan rerumput dan dedaunan yang merindu.

Jika lembapan curahan hujan itu sesuatu halangan buat kamu
ingat akan liang-liang pori dan akuifer yang kehausan.

Jika badaian angin itu sesuatu gangguan buat kamu
ingat akan spora dan debunga yang keghairahan.

~CNM, 11/5/11, 19.40 pm~

Hela nafas impian

Senja mengerdipkan kelopak mata
menutupi lirikan pandangan
lalu malam menyingkap tirai kamar
membuka daun pintu rindu
berterbangan kalkatu rasa mengerumuni cahaya cinta
berguguran sayap-sayap resah
yang tinggal cuma sekujur tubuh harapan
dihangatkan hela nafas impian.

~CNM, 11/5/11, 19.00 pm~

Kasih yang kau jejaki

Adakah kasih yang kau jejaki
sama seperti sebutir permata di pasiran pantai?
sukar diketemui
kerana pasir-pasir yang bertelanjangan mulus
menutupi sinarnya
yang membias kemilauan cahaya
hanya buih-buih pada damparan ombak
memperdaya pandangan matamu
kasih menghilang tanpa jejak.

~CNM, 11/5/11, 17.54 pm~

Filem kehidupan

Filem-filem kehidupan
di atas pentas lakonan dunia
berputar tanpa henti
tema dan plotnya
kita yang tentukan
permulaannya kita yang mulakan
pengakhirannya juga kita yang sudahkan
pilihlah watak-watak yang dilimpahi nur ketakwaan
berpandukan as-sunnah dan al-quran
moga lakonan kita lakonan orang yang beriman.

~CNM, 11.5.11. 6.34 am~

10 May, 2011

Haiku8

Malam membisu
biar embun menetes
irama rasa.

Pada hari ini

Pada hari ini
jika kamu tidak mengerti
jika kamu sakit hati
jika kamu rasa dibebani
kamu sebenarnya belum matang lagi
sesuai dengan fitrah kamu tahap ini
bertindak ikut naluri
tak memikir apa akan terjadi
atas perbuatan sendiri
nasihat ibubapa ditolak ke tepi
nasihat guru jadi duri
kawan juga raja di hati
sedang rakanmu bukan pakar motivasi
akan datang kamu akan tangisi
jika jalan yang kamu pilih membawa rugi
dan segala nasihat dulu yang kau anggap duri
akan hadir bermain di padang penyesalan tak bergaris tepi.

~CNM, 10/5/11, 20.50 pm~

Saya ingin jayakan

Berapa buruk pun pandangan
saya tidak hairan
yang saya tahu saya ingin jayakan
apa yang saya rasa
apa yang telah buat saya berjaya
saya ingin terapkan
saya ingin kamu berkebolehan
capai apa yang kamu impikan
tidaklah tinggal keseorangan
melihat kawan
ke pusat pengajian
idaman.

~CNM, 10/5/11, 20.36 pm~

Pada 16 Mei 2011

Pada 16 Mei 2011
saya bukan seorang yang menunggu
longgokan hadiah
atau apa-apa anugerah
saya hanya dambakan
kata-kata rangsangan
buat meneruskan perjuangan
dan mengharapkan bisikan keramat
terima kasih cikgu.

~CNM, 10/5/11, 20.07 pm~

Cuma berseloroh

Seringkali kita dilihat hodoh
tak mengapa.
Seringkali kita dilihat bodoh
tak mengapa.
Seringakali kita dilihat gopoh
tak mengapa.
Seringkali kita dilihat gelojoh
tak mengapa.
Kerana,
yang melihat itu cuma berseloroh
jadi jangan kecoh-kecoh
nak melepoh.

~CNM, 10/5/11, 19.57 pm~

Biarlah saya

Biarlah saya hanya di ruangan ini
kerana saya selesa berkarya di sini
saya tak mengharapkan nukilan saya difahami
saya hanya ingin berkongsi pada yang sudi
membaca dan menghayati
jika ada yang boleh dicontohi
atau diteladani
syukur kepada Ilahi
dapat saya mengingati
saudara saudari dan diri sendiri
moga kita semua dirahmati
jadi umat yang disayangi
ditadirkan syurga Firdausi.

~CNM, 10/5/11, 19.05 pm~

Raga yang kosong

Penuhi dengan buah yang mengenyangkan
agar nantinya tidak kelaparan.

Penuhi dengan sifat-sifat ketakwaan
agar nantinya tidak kesesatan.

Meraga diri dengan keegoan
kelak diri disingkirkan
sia-sia kehidupan.

~CNM, 10/5/11, 18.47 pm~

Jika dunia malas

Jika dunia malas lagi berputar
tentu hingar bingar
menggeletar
terkejar
pandangan berpinar
tindakan tidak lagi wajar
apakah mampu kuasa untuk bersandar?
sedar
hanya Allah yang benar
hanya Allah yang mendengar
Allahuakhbar.

~CNM, 10/5/11, 18.25 pm~

Andai bulan retak seribu

Andai bulan retak seribu
satukah lagi sinar matamu?
cahaya membias bayangan di mana-mana
bola matamu bundar dalam berkaca
mengenangi titis jernih di hujung lirikan
tak tertahan dek kerdipan
tertumpah membasapi pipi sebu
jadi tanda hati sendu
berlagu dalam haru.

~CNM, 10/5/11, 13.56 pm~

Jangan hanya berdiri

Jangan hanya berdiri di bingkai jendela
melambai-lambai saja
ayuh!!! teman semua
masuklah ke laman yang terbuka
titipkan bait kata suara
kongsikan sesama
moga ada jiwa terpana
membaca.

~CNM, 10/5/11, 13.40 pm~

Novel kehidupan

Dalam sebuah novel kehidupan
pasti ada satu 'chapter' kisah selumbar menusuk
menjadi duri tajam menikam jantung hati
bisa bernanah membarah
mengundang hujan air mata
membanjiri takungan derita
cerita ini seakan sama
jadi fenomena global
tinggal lagi
bagaimana 'chapter' terakhir
mampu digarapkan
agar terukir
sebuah kisah bahagia.

~CNM, 10/5/11, 12.48 pm~

Walau berkurun

Walau berkurun
Aku rela tempuhi
Demi kasihku
Duhai anakku
Selagi ada nafasku
Kamu akan kujaga
Melebihi diriku sendiri
Kerana kutahu
Kamu itu
Satu amanah
Anugerah tak ternilai
Yang hadir menghiasi
Sebahagian perjalanan
Menemui pemilik yang abadi.

~cnm, 10.5.11, 9.22am~

09 May, 2011

Amarah yang menyeringai

Amarah yang menyeringai di birai hati
serkapkan dengan lafaz istighfar
agar terbenam ia dihempap kesabaran
lalu ketenangan bertunas
tindakan bernas
tiada yang rimas
tiada yang lemas
dengan hampas.

~CNM, 9/5/11, 21.48 pm~

Segugus kasih

Segugus kasih yang meranum
mewangikan setaman hati yang mekar
menyuburkan putik cinta
di tangkai jiwa
yang bergayutan pada pohon asmara
menunggu paduan dua sukma
memetik ke singgahsana.

~CNM, 9/5/11, 19.30 pm~

Kemenjadian

Kemenjadian tiada kepastian
kemenjadian tiada jaminan
kemenjadian perlu diusahakan
kemenjadian perlu pengorbanan
kemenjadian perlu kesabaran
malam yang tak menjadi
bawa mimpi ngeri
baiki diri
mungkin mengubah tragedi
tak berulang kembali.

~CNM, 9/5/11, 0.05 am~

08 May, 2011

Hidup ini



Adakah hidup ini sekadar
berlegar-legar mencari makan
mengejar pasangan melempias nafsu
memburu kekayaan dengan jalan belakang.

Kawan,
kita ada agama untuk berpegang
usah terlalu mengikut nafsu syaitan
kelak kita yang menanggung kerugian
hadir di hadapan Ilahi dengan kegagalan.

~CNM, 8/5/11, 22.05 pm~

Bulan bagai bibir



Bulan bagai bibir di muka langit
tersenyum memandang ke bumi
siniskah?
hanya Tuhan yang mengetahui
apakah pengertian di sebalik semua itu?
Ya Rabbi hanya Engkau
maha mengetahui yang terang dan yang tersembunyi.

~CNM, 8/5/11, 21.12 pm~

Bicara labah-labah



Bersalahkah aku?
dikatakan memasang perangkap
sedangkan itu rumahku
berdosakah aku?
kiranya ada yang menemui ajal
pada jaringan wilayah taklukku
aku hanya labah-labah
hidup di tali-tali siratan
yang aku ciptakan.

~CNM, 8/5/11, 21.38 pm~

Hidup biar berteman



Hidup biar berteman
kerana telah ditentukan
kejadian makhluk berpasangan
terimalah seadanya teman
jangan dilihat hanya pada kekurangan
lihatlah pada apa yang disumbangkan
takkan mampu hidup berseorangan
susah senang sakit demam
perlukan perhatian
pasangan.

~CNM, 8/5/11, 20.54 pm~

Pada

Pada ikatan satu lafaz
terjalin hubungan suci
dua insan suami isteri.

Pada tangkai rindu
menguntum kelopak kasih
mengharumkan haruman cinta.

Pada jambangan asmara
terbina tautan dua hati
memadu kasih membara.

~CNM, 8/5/11, 20.42 pm~

07 May, 2011

Sempena hari ibu

Sempena hari ibu
ingin daku ucapkan
terima kasih.

Duhai ibu
tanpamu takkan daku melihat dunia
walau ibu telah tiada
haruman kasihmu mewangi sentiasa
bersemadilah
daku utuskan doa
sejahteralah di sisi Yang Esa.

Duhai isteriku
tanpamu takkan ada anak-anakku
sekalung kasih daku serahkan
moga amanah ini
sama-sama kita jaga
didik mereka
jadi insan mulia di sisi Yang Esa.

~CNM, 7/5/11, 22.11 pm~

Berpada-pada

Aku dengar cerita
makin lama makin mengada-ngada
kau tak baca perlembagaan negara?
jangan nak tiup bara
nanti api marak menyala
membakar yang tak berdosa
berpada-pada
diberi betis nakkan paha
celaka!!!

~CNM, 7/5/11, 20.09 pm~

Haiku7

Senja nan merah
lambai malam di ufuk
bawa kenangan.

Bangkitlah

Di atas tapak kaki modul bina insan
aku berdiri menyiram rangkap-rangkap kata
kepada anak-anak didik yang kehausan ilmu
dalam larian mendaki anak-anak tangga kejayaan
menuju puncak menara gading.

Bangkitlah duhai anak-anakku
pendekkan lena dibuai mimpimu
masa yang berbaki
ragutnya sepenuh hati
jangan lepaskan tanpa erti
sehingga tawaran ke Universiti kau genggami.

~CNM, 7/5/11, 11.33 am~

Bila Dia Pergi

Bila dia pergi
dua puluh empat purnama lamanya
kupujuk hati
terima hakikat dia takkan kembali
yang tinggal cuma
kenangan bersama dia
betapa dalam kasih dia
menetap kekal dalam memori
duhai bonda
moga takdir memihak
pertemukan keluarga kita
di bawah limpahan rahmat-Nya.

~CNM, 7/5/11, 10.45 am~

06 May, 2011

Haiku6

Terbenam senja
malam bawa cerita
kasihnya bonda.

Muka yang bermuka-muka

Muka yang bermuka-muka
tak suka tengok muka
tak sanggup bersemuka.

Muka yang bermuka-muka
pamirkan kekelatan rupa
ingat orang tak tahu dia bermuka-muka.

Muka yang bermuka-muka
selalu buat muka
orang pun tak suka.

Muka yang bermuka-muka
selalu mengada-ngada
nak dilayan macam raja.

Muka yang bermuka-muka
maaflah saya tak tega
buang masa.

~CNM, 6/5/11, 18.55 pm~

Panjatkan sebaris doa

Sebelum terbukanya mata
alam gelita dalam kandungan bonda
sembilan purnama sepuluh hari lamanya
dibawa dengan segala siksa
jangan sesekali melupa
ibu itu besar jasa
bertarung nyawa
titiskan air mata
semata
lihat kita bernyawa
dan membuka mata
melihat dunia
tidak mampukah kita panjatkan sebaris doa?

~CNM, 6/5/11, 14.18 pm~

05 May, 2011

Kaca Cinta

Berderai kaca cinta
dihempap ketulan dusta
perlahan-lahan bercantum di pelantar jiwa
dibajai alunan ayat-ayat doa
disirami air mata redha
dipagari dawai-dawai waspada
terhindar dari barah cinta
yang bisa meranap rasa
ke dasar sengsara.

~CNM, 5.5.11, 22.55 pm~

Kunci

Dengan kunci kita mampu buka segala pintu
dan mahukah kamu jadi kunci?
berkhidmat kepada tuanmu
tanpa mempersoal
walau ke mana sekalipun dicampakkan
akhirnya
kamu juga dicari
kerana tanpa kamu
perjalanan hidup tuanmu terhenti.
untungnya kunci
walau hanya sekeping besi.

~CNM, 5.5.11, 20.51 pm~

Ingatan buat pembesar

Wahai Pembesar-pembesar!!!
sama ada berbadan besar atau kecil
sedarkah?
bintang-bintang kebesaran
yang tersemat di dada
mahupun tergantung di leher
tiada kuasa magik
ala-ala Harry Potter
untuk melindungi diri
dari ketentuan ajal dan maut.

Dari itu saya sebagai pacal yang hina
ingin berpesan
marilah kita naik saksi bahawa
Muhammad itu Rasulullah
dan tiada Tuhan selain Allah
semoga apa yang kita miliki
adalah demi cinta kita kepada Ilahi
yang limpah kurnia-Nya tak terperi
menyelamatkan kita
di dunia dan akhirat nanti.

~CNM, 5.5.11, 20.13 pm~

Akal singkat yang buta

Kesakitan yang menimpa
adakah mungkin?
ianya suatu peringatan
tentang kebiasaan yang kita jalani
harus dihentikan
cuma akal singkat yang buta
tetap asyik masyuk
terarak oleh nafsu
yang gagal
menghidu haruman kebenaran.

~CNM, 5.5.11, 18.55 pm~

Kartografikan hidup

Sejarah hidup kita
kitalah yang kartografikan
di atas topografi alam
kita ada penanda aras
kita punya sumber rujukan
tinggal lagi
perkiraan bearing haluan perlu tepat
memilih jalan yang selamat
agar hala perjalanan kita
akan tiba ke destinasi yang benar.

~CNM, 5/5/11, 13.50 pm~

04 May, 2011

Fikir-fikir

Fikir-fikir

Kita ini manusia
dalam keadaan normalnya
walau;
berbeza jantina
berbeza bangsa
kita punyai persamaan
ehh!!! jangan fikir bukan-bukan dulu.

Sama di sini dari sudut pandangan saya
pertamanya,
sudah tentu kita dilahirkan oleh wanita
setuju?

keduanya,
ketika lahir kita semua berkaki ayam
aik! aik! jangan putar-putar
maksud saya tak berkasut atau berselipar
macam mana setuju?

ketiga,
jika anda muslim
kita akan disemadikan juga dengan berkaki ayam
ada setuju?

ada anda fikir macam saya fikir?
kita hadir ke dunia atas izin-Nya
jika pergi dari dunia atas kehendak-Nya
kita sama, akan kembali kepada-Nya.

~CNM, 4/5/11, 21.49 pm~

Pertanyaanku

Jika bahagia kamu akan temui
setelah mengalirkan selaut airmata
maka menangislah jangan pedulikan apa-apa lagi
curahkan selebat-lebatnya
tewaskan hujan pada musim tengkujuh di pantai timur
teriaklah kalahkan halilintar
biar seluruh alam mendengar kamu mengejar bahagia
jika kamu tak mampu lagi keluarkan airmata
biar aku bantu pipiskan lada ke matamu
mahu?....

~CNM, 4/5/11, 19.36 pm~

Nasihatku

Untuk apa airmata yang kamu titiskan?
jika untuk seseorang yang telah menyakitkan hati kamu
aku dengan ini menasihati kamu
usah bazirkan airmata itu
kerana harga setitis airmata kamu itu
lebih bernilai dari nyawa seseorang yang menyakitkan kamu.

Berakhirkah hidup kamu kerana dia?
tidak bukan!!!!
bukankah banyak lagi insan lain?
yang sepuluh kali lebih baik mampu kamu temui
bukankan banyak lagi cara lain?
yang mampu mengembirakan kamu mampu kamu lakukan.

Bangkitlah dari perasaan yang membuai kamu
ruginya bila kamu memenuhkan hari dengan kedukaan
sedangkan waktu hidup sedetik cuma
lebih baik detik-detik hidup kamu yang berbaki ini
dipenuhi dengan perkara yang membahagiakan
kerana di sana kita belum tentu bahagia.

~CNM, 4/5/11, 17.57 pm~

03 May, 2011

Langit itu tinggi

Dalam reruang alam
manusia dan manusia
manusia dan alam
saling berinteraksi
mencari keredhaan
namun ada yang iri
terpancul kata dengki
tunggulah hukum Ilahi
baru kau sedar langit itu tinggi.

~CNM, 3/5/11, 22.55 pm~

Bila Alam dicemari

Manusia terkena bahana sendiri
konon maju dengan industri
tapi lupa akan kesan diberi
udara, air, tanah dicemari
semuanya membawa kesan ngeri.

Udara tak lagi suci
bila dipenuhi asap, habuk dan gas dicemari
nafas manusia terhenti-henti
penyakit sistem pernafasan menjadi-jadi
siapa yang rugi?

Air disimbah dengan sisa industri
hidupan akuatik tak mampu bertahan lagi
nelayan jadi mangsa fenomena ini
rezeki kian pergi
anak bini hiba menanti.

Tanah tak terlepas dicemari
sampah sarap dibuang sana sini
campak ikut suka hati
lalat tikus lipas berparti
bawa penyakit sukar diubati.

Apa nak jadi dengan warga kini?
pembangunan tak lestari
tiada plan kondusif dicari
makin lama makin dibebani
masalah sejagat kesan urbanisasi.

~CNM, 3/5/11, 22.16 pm~

Penjara tempurung

Kau begitu selesa di bawah serkup tempurung
tak ingin mencuba melihat ke luar
pada luasnya dunia
hidup terkurung
dalam reruang sempit yang disangka mencabar
hakikatnya kau terpenjara.

~CNM, 3/5/11, 19.19 pm~

Landasan kebenaran

Prinsip apapun yang engkau ingin pertahankan
keegoan diri apapun yang engkau ingin junjungkan
ingatlah tiada insan yang mampu menongkat langit
setiap detik yang berlalu itu
menandakan waktu hidup semakin singkat
berwaspadalah
dikhuatiri tiada kesempatan
kembali menyelusuri landasan kebenaran.

~CNM, 3/5/11, 17.55 pm~

Sandiwara ke lubang kubur.

Dulu kata-katamu harum
mewangi bagai air mawar
setelah disimpan dalam lohong dusta
katamu kian membusuk
menjadi hanyir pada setiap hela nafasmu
rakyat jelata semakin mengerti
kenapa engkau terus diam membisu
jika benar tampillah dengan kebenaran
jika kepalsuan pohonlah kemaafan
kerana itu lebih baik
dari bersandiwara ke lubang kubur.

~CNM, 3/5/11, 17.42 pm~

01 May, 2011

Biarkanlah

Setelah diberi peringatan
jika mereka dengan cara mereka
biarkanlah.

Allah akan mengurniakan nur ketakwaan
kepada sesiapa yang disukai-Nya
benarlah
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Maha mengetahui yang terang atau yang tersembunyi.

~CNM, 1/5/11, 22.38 pm~

Mentari

Mentari
tegak berdiri
menjirus bahang
tanpa henti
tiada tepian
menyubur
membakar
dalam sangkar alam
tadbiran Tuhan.

~CNM, 1/5/11, 13.25 pm~

Sepi

Sepi yang menghujani
merajut kenangan berduri
diseret ke tabir mimpi
dipaksa merangkak kembali
mengetuk pintu memori
mencacah parut-parut hirisan hati
luka berdarah berulang lagi
menitis ke pipi lipatan sanubari
sejarah kecewa menguasai
sukar melupai
kedurjanaan perajut sukma insani.

~CNM, 1/5/11, 12.21 tgh~

Pekerja

Pekerja
penggerak ekonomi negara
melaksanakan dasar-dasar negara
dalam suka dan duka
tak kira masa
wajarlah diharga
tanda prihatin pemimpin negara
dapat bersantai bersama keluarga
kerana di belakang seorang pekerja
ada sebuah keluarga yang perlu dijaga
jika keluarga bahagia
nescaya
produktivitinya meningkat sama
andai keluarga porak peranda
mutu kerja pasti tak ke mana.

Pekerja
juga seorang manusia
yang ada emosi rasa
ketua-ketua
perlu menjaga
kebajikan dengan bijaksana
tiada unsur pilih kasih di minda
tiada unsur puak dalan urusan kerja
barulah organisasi cemerlang mencapai jaya
sesekali pekerja perlu diiktiraf sumbangannya
ucapkanlah kata-kata perangsang menyubur jiwa
menyemai rasa kecintaan menyayangi tugas seadanya
tidak membantah arahan ketua
melaksanakan sepenuh jiwa raga
selagi tidak bertentangan hukum yang Esa.

~CNM, 1/5/11, 11.20 am~